10 Tips Menjadi Suami Soleh

Post ini saya kongsikan bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada rakan-rakan pembaca blog ini yang meminta saya kongsikan pula apakah tips-tips untuk menjadi seorang suami yang soleh. Mereka meminta saya untuk tuliskannya saya menulis 8 Tips Menjadi Isteri Solehah.

Kiranya, post ini merupakan pelengkap untuk post 8 Tips Menjadi Isteri Solehah tersebut.

Berikut adalah tips-tips nya. Cuba amalkan sedikti-demi-sedikit ke dalam kehidupan seharian anda. Tak perlu lakukan perubahan secara drastik pula ye:

  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
  • Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.
  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.
  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.

Itulah dia beberapa tips yang dapat saya kongsikan khusus bagi anda seorang lelaki yang ingin menjadi seorang suami yang soleh InsyaAllah.

Owh ye, seperti biasa, saya amat mengharapkan jasa baik anda jika tidak keberatan untuk kongsikan artikel blog post ini bersama rakan-rakan anda yang lain di Facebook anda. Jika anda rasakan ianya bermanfaat.

Cuma tekan butang Share berwarna biru di atas (sebelah bucu kanan atas imej artikel ini).

8 Responses to “ “10 Tips Menjadi Suami Soleh”

  1. insyira says:

    bagus entry ini..kongsikan lebih lagi ya..:)

  2. hasbullah says:

    memang menarik..terima kasih atas perkongsian tajuk ini..boleh belajar jadi insan yang berguna pada keluarga,masyarakat dan negara..
    lebih-lebih lagi pada isteri tercinta.. ^_^

    • Terima kasih juga buat saudara Hasbullah kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Sy amat menghargainya :)

      Benar kata saudara tu, apa yang penting ialah ilmu yang mencukupi dalam menempuh alam rumahtangga ini.

      Pasti akan kekel bahagia hingga akhir hayat dengan ilmu pengamalan ilmu yang betul.

      • saryaa says:

        husbd i prnh tnya ustaz..antara jemaah bsm famly n masji@surau..which 1 is better n diamal oleh nabi..

        then ustaz tu jwb…nabi tak amalkan jemaah di rumah bsm anak2 dan isteri krn baginda tidak mahu ank2ny tidak mengenal jemaah di masjid @ surau…(anak lelaki la)

        so para suami…keraplah berjemaah di masjd @ surau.pahala suami tu kan akan di share bsm isteri..toi tak?

  3. bagus says:

    artikel bagus, salam dari indonesia

  4. farodis says:

    Terima kasih ye ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>