6 Cara Menambah Bilangan Sperma

Artikel blog post pada minggu ini saya ingin kongsikan sesuatu yang boleh dikatakan agak serius jika tidak diambil berat hal ini. Ianya berkaitan mengenai kesuburan kaum Adam atau lelaki. Hah, adakah anda bro-bro di luar sana benar-benar yakin yang diri anda tu subur? :-)

Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.

Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?

Tak semestinya. Kaum lelaki turut ada risiko untuk mengalami masalah ketidaksuburan. Bayangkan jika setelah anda lakukan ujian kesuburan di hospital dan doktor mengesahkan anda (suami) tidak subur! Bilangan sperma anda tak cukup atau tidak sihat dalam kata lain.

Usah risau, dalam artikel ini, saya kongsikan bersama anda 6 cara bagaimana anda boleh menambah bilangan sperma anda.

  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.

Demikianlah beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan dalam meningkatkan tahap kesuburan anda sebagai seorang lelaki. InsyaAllah, dengan usaha yang betul dan doa yang tidak putus-putus, anda mampu juga menimang cahaya mata seperti yang anda idam-idamkan.

Untuk lebih banyak lagi panduan dan tips dalam meningkatkan tahap kesuburan lelaki, anda boleh layari laman web LelakiSubur.Com ini. Klik sini untuk lebih lanjut. Terdapat satu panduan lengkap yang mampu memberi anda panduan langkah-demi-langkah bagaimana anda boleh tingkatkan kesuburan anda.

Jangan lupa untuk Share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook ya jika anda rasakan ianya bermanfaat. Hanya klik butang Share berwarna biru di sebelah bucu kanan atas imej artikel ini.

5 Responses to “ “6 Cara Menambah Bilangan Sperma”

  1. hafiz malek says:

    sebarang info maklumkan pada saya lagi..

    saya sgt2 hargainya…

    TQVM…

  2. Nasir Nawir says:

    sya sngt bterimah ksih coz bgi ptua ne.. sya amat2 hargaiNya…. ^_^

  3. I know this site offers quality based posts and extra stuff, is there any other web site which offers these information in quality?

  4. steven beti says:

    Terima kasih,atas maklumat yang pihak anda berikan.Tetapi kalau ada maklumat tambahan lagi bagus,lama sudah saya dengan isteri saya menantikan puteri atau putera kami.Tetapi sehingga kini belum menjelma lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>