6 Cara Pikat Suami Supaya Terus Sayang

Tentu anda ingat dulu-dulu waktu sebelum berkahwin anda sedang bercinta dengan suami anda. Waktu itu, pastinya anda tidak penah jemu-jemu untuk pikat dan bermanja-manja dengan dia. Lebih-lebih lagi waktu anda nak sangat cepat-cepat dia masuk meminang anda. Betul tak? :-)

Rutin dan amalan anda ketika bercinta-cinta dulu haruslah anda kekalkan sehingga anda telahpun berkahwin. Ini dapat terus menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat anda berdua.

Berikut saya kongsikan bersama anda 6 cara yang berkesan dan mudah untuk anda amalkan sebagai seorang isteri.

Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama
Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan. Itu memang saya akui dan kita juga harus akuinya. Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.

Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia
Maksud saya, bukanlah anda perlu ikat perut suami anda dengan tali dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye :-) Maksud di sini ialah anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan.

Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.

Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta
Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.

Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda
Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua telibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja
Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.

Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia
Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda. Jangan pula anda tolak pelawaan suami anda pula ye jika dia meminta ;-)

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik butang berwarna biru “Share” di atas sebelah kanan imej artikel ini.

12 Responses to “ “6 Cara Pikat Suami Supaya Terus Sayang”

  1. emma says:

    Cara 1: kadang2 aktiviti kegemaran kita tak sama, especially kalau suami peminat setia bola dan kebanyakan isteri tak suka bila suami sanggup keluar awal2 subuh semata2 nak tengok (apatah lagi kalau game hangat, cthnya Real Madrid vs Barcelona, MU vs Chelsea dsb). jadi, sy tunjukkan kesungguhan sy menghormati kegemaran dia dan akhirnya berjaya temankan dia tengok game pd 4pg minggu lpas. berbaloi wpun dia bising sket sy byk bertanya.

    cara 2: sy bukan pakar masak tp suka juga krn dia tidak memilih. cuma cabaran apabila dia plg nak rasa masakan spt ibunya (pakar + katerer). kesabaran penting. dapat hadiah 1pujian pun dh memadai.kalau dia bertanya utk lauk yg sama. maka sy tau dia suka rasa masakan tu.

    Cara 3, 4, 5: kami bukan kategori romantik. dlm hal ni, sy suka suami yg luahkan kata2nya yg seumpama “dpd Kamus Dewan Bahasa”, puitis dgn cara lama. kerana kata2 itu sukar diucapkan dia, setiap yg diperolehi sy abadikan dlm diari. kalau sy yg ucapkan, dia suka cebikkan muka. takpe sbb sy tau dia mendengar dan lain kali dia yg akan ucapkan semula. :-)

    cara 6: kdg2 fikir tak logik cara ni menjadi, tp sy suka lakukannya, dan sebolehnya tanpa disuruh. kerja dia menuntut masa berjam2 di depan komputer, jadi ringan2kan mengurut mata, kepala dan belakangnya agk membantu. yg “lain/ seterusnya” tak perlu sebenarnya. cukup apabila dia dpt tidur lena slps itu, sudah utk buatkan sy rasa sy tenang dan bahagia..he is cute by his way..

  2. Gimana cara pikat istri karena aku adalah suami

  3. LIZA says:

    macamna nak atasai suami yang baran?????

    • Terima kasih Puan Liza kerana bertanya.

      Masalah ini memang boleh dikatakan ramai juga pasangan suami-isteri yang alaminya. Tapi InsyaAllah, dengan usaha yang betul, pasti ia boleh diselesaikan.

      Pertama sekali, jika puan dapati suami puan sedang panas-baran, cuba puan alihkan perhatian kepada perkara lain. Jangan sesekali ‘menuang minyak ke api’. Cuba tenangkan diri dan elakkan untuk bergaduh.

      Jika puan tidak keberatan, cuba tanya dengan lemah-lembut apakah punca utama yg menyebabkan suami puan baran.

      Mungkin dia ada masalah di pejabat, bersama rakan. Atau mungkin juga dia ada masalah berkaitan ‘dalam kelambu’ atau ‘atas katil’.

      Setiap pasangan suami-isteri harus terbuka dalam berbicara. Setelah kita mengetahui puncanya, barulah cuba cari jalan penyelesaian bersama.

      Dan yang paling akhir dan penting sekali ialah, puan banyakkan berdoa dan solat hajat kepada Allah SWT agar Tuhan lembutkan hati suami puan serta hilangkan sifat panas barannya. InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa puan tersebut.

  4. Joey says:

    Jika satu pun x masuk dalam senarai di atas macam mana? tapi selalu cari salah suami yang tidak sebesar mana. Si suami melakukan aktiviti kegemaran (bersukan) & kerja pejabat? Dah lama x merasa jumpa kawan2 ngeteh kat mamak… Selalu mencabar suami dan pernah juga memukul kepala suami dengan bantal.. apa tindakan yang sepatutnya suami lakukan.. fikirkan masa depan anak-anak.

  5. PB says:

    Para isteri wajib baca ni.. teknik yang simple dan blh di amalkan terus slps baca..:)

    Nice sharing.. keep it up admin! :)

  6. noor says:

    Salam En. Joey,

    Tahniah sbb anda seorang ayah yg mengambil berat psl masa dpn anak2 nya..saya tumpang rasa bangga. Ini kerana ayah saya memilih jln bercerai pd ketika saya berumur lebih krg 19thn tp adik saya yg bongsu masih 6 thn. Adik2 saya terabai..saya pula gagal dlm ijazah akibat terlalu sedih. Sampai skrg umur saya dh 31 thn tp percayalah, sukarnya ada ibu & ayah tiri w/pun mereka baik tp tetap xsama ketika ayah & ibu kita masih bersama. Saya skrg dlm dilema rmhtangga tp sy tetap bersabar & teruskan demi anak2 saya supaya mereka xrasa kesusahan saya dulu akibat perceraian ibubapa..Psl isteri encik, nabi Muhammad pernah berkata, jika hendak mengajar isteri, mula2 asingkan tempat tidur. Cara kedua xbercakap dgn dia. Cara ketiga, masa dia pukul encik dgn bantal tu, encik peluk & cium dia smpi dia mengalah. Perempuan ni alah dgn sentuhan lelaki..hehe..Tapi saya xpasti jika cara ini berkesan pd isteri encik krn hanya encik yg phm perangai dia..tp pendapat saya lagi satu, encik cari kelemahan dia & guna kelemahan dia sbg kekuatan encik. cthnya jika dia suka shopping dgn duit encik, jika dia pukul encik, encik ckp, “saya xkan bg duit awak shopping nnt”. Kalau encik nk keluar minum dgn kwn, sblm tu encik cadangkan la dia pegi rmh kwn dia or tempat yg dia blh lepak bersama ank2..Hanya encik yg boleh didik isteri encik. Apa yg saya cadangkan adlh yg saya praktikkan pd suami sy..kira situasi kita sama tp saya isteri. sy yg bg cdgn pd suami sy, jika dia nk keluar dgn kwn dia, hntr sy rmh kakak dia supaya sy ada teman berbual..tp jgn la setiap mlm..hehe

  7. nurul says:

    salam.
    saya mahu tahu tips bagaimana mau pujuk pasangan supaya bekerja dan tinggalkan pekara yang bukan2.saya buntu.dia bagaikan tiada semanagat langsung mau bkerja.tolong bantu kami.t.q,

  8. Ennie says:

    salam..ape yg sy nk lakukan klu suami sy lately nie slalu cari silap sy wlpun hny perkara remeh..fyi,suami seorng panas baran,kdg2 smpi nk naik tgn tp x smpi lg lerr..sy dh cube jd isteri yg baik n slalu berdoa spy tuhan lembutkan hatinyerr n jalan kn tgjwb sbg seorg muslim..itu dh memadai dgn mengingati tuhan..sy dh cube pikat hatinyer,setiap kali sblm g keje sy akan bersalam n cium tgnnyerr tp bler die tgh tdr sy hny cium dahi n pipi shj..so pe perlu sy lakukan spy die berubah sikap? any idea?

  9. rhia says:

    ngetes dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>