7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak? :-)

Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:

  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ¬†ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Itulah beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda jika anda mempunyai hasrat untuk kahwin awal.

Owh ye, seperti biasa, jika anda rasakan tips-tips ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook. Mudah saja caranya, anda cuma perlu tekan butang Share berwarna biru di sebelah sudut kanan atas imej artikel ini.

Jika anda memang benar-benar mempunyai niat untuk kahwin muda, anda boleh dapatkan satu panduan bagaimana anda boleh kahwin muda berikut. InsyaAllah dengan panduan ini, anda MAMPU kahwin muda. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut caranya!

56 Responses to “ “7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal”

  1. redfar says:

    lambat lagi rasanya nak kahwin.. hehe..

  2. awi says:

    tmba ilmu sbnyk mngkin..dugaan hdp…

  3. sue says:

    a’ar btl semua 7 tips tu…semuanya perlu ada sblm brkhwn…

  4. zatul says:

    kalau tak sedia, x guna jugak…

    • Betul kata cik Zatul tu.

      Apa yang penting, perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

      Lagi satu, ilmu berkaitan pun perlu la juga sikit-sikit sebelum melangkah ke alam perkahwinan tu ;-)

  5. mie says:

    salam………
    hai semua sht ke….
    mie dh khwin muda skrg…..
    skrg mie umr bru 24…..
    pasangan mie plk bru 21 umr…
    buat msa skrg x de lgi mslh…..
    mie bru khwin 3 bln je…..

    • Salam Mie,

      Wah, tahniah diucapkan buat Mie dan pasangan kerana telahpun mendirikan rumahtangga. Agak muda juga tu.

      Saya doakan agar perkahwinan Mie akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat ye. InsyaAllah, Amin.

  6. adek says:

    dah bersedia utk berkawen .cuma seru jer x smpai lg

  7. bunga says:

    bersedia, tp tidak mendpt kbnran ibu bapa masing2. sbb katanya kami masih bljr..

    • Ya, bagi saya pun memang adalah lebih baik jika dihabiskan dulu study saudari Bunga tu. Penting juga untuk kita mendapat keredhaan ibubapa sebelum berkahwin.

      InsyaAllah, pasti jodoh Bunga dan pasangan akan kuat jika memang dah jodoh. Harinya akan tiba juga nanti bila Bunga dan pasangan akan disatukan.

  8. syud says:

    Bagus tips ni.. Nak kata bersedia, memang dah bersedia semua tips tu.. Tapi belum ada calon.. haha..

    • InsyaAllah Syud, bila tiba masanya akan bertemu juga dengan calon Syud tu.

      Senang je nak mudah bertemu dengan calon ni, caranya kita luaskan pergaulan dan ramaikan rakan-rakan berlainan jantina ;-)

  9. Sue says:

    Sya umor 22 tahun.. tak kan lah tak sesuai lagi nk kahwin.. kene tnggu sampai umo 25 jgk ke? batin tersiksa dh ni..

    • Batin Sue dah tersiksa? Wah, kes berat juga ni..huhu :-)

      Memang sebenarnya tiada sebarang halangan untuk Sue berkahwin. Cumanya jika ingin berkahwin di usia muda ni, dugaannya akan lebih besar.

      Perlu ada situasi kewangan yang kukuh dan yang kedua perlulah sentiasa tambah ilmu berkaitan alam rumahtangga.

      Lagi satu penting juga untuk kita cuba dapatkan keredhaan ibubapa kita sebelum berkahwin.

  10. NikHisyam says:

    perkongsian yang menarik! :) sepupu saya sendiri kahwin mase umur 19 tahun. malah,rakan-rakan yang sebaya dengan saya sekarang (20 tahun) dah ramai yang kahwin. kadang-kadang jeles jugak. haha!

    • Terima kasih saudara Nik kerana sudi meninggalkan komen.

      Nik kalau dah cukup duit, mental fizikal dah bersedia dan jodoh pun dah ditemui, tak salah jika ingin berumahtangga.

      Semoga cepat-cepat Nik melangkah ke alam perkahwinan juga ye ;-)

  11. iema says:

    dh ade calon tp beza umur t’lalu jauh (17thn).. bnyk fkir tntg mase dpn lau trus kannya. tp ati dh syg…

    • Iema, jauh juga tu ye beza umur dengan pasangan awak.

      InsyaAllah, jika memang dia adalah jodoh awak, pasti akan kahwin juga.

      Banyakkan berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk dan berusahalah sama-sama agar jodoh anda berdua kuat.

  12. hatta says:

    saya dah berumur 26 thn,mslh saya adalah blm ada calon & sukar jatuh cinta.nafsu hidup cuma hati rasa lain.mslh tmbh parah bila sy ckp pd mana2 pompuan bahwa saya masih single,bleh kata smua x percaya

    • Saudara Hatta,

      Saudara perlu buka hati saudara agar mudah menerima cinta dari seorang wanita. Saudara boleh luaskan pergaulan dan berkawan dengan ramai wanita.

      Pastinya akan bertemu juga jodoh anda. Banyakkan berdoa kepada Allah agar mudah saudara untuk menerima cinta.

      Dari bercinta, bolehlah ke langkah ke seterusnya iaitu ke jinjang pelamin InsyaAllah ;-)

    • ina_fendy says:

      salam…saudara hatta.. ermm maaf la lau sy menebok ek. bukn pe sy tbace komen awak ni td. n tgerak ati sy nk tanye lanjut ttg dri awk. bkn pe, sy oun sbnayer de sorang kawan pmpuan sebaya sy (umo 25tahun) , dia pon mcm awk stil single , orgnye baik lmah lmbut, tp nape ntah dia blom de pasangan yg baik.dia pnah bcinta b4 nih tp blom jodohnya lg kot, x bpnjgan hbgn tsbut.sbg kawan baik, sy xmo dia sedih2 n dkecewakan olh mreka yg bniat jahat n skadar nk mainkan prasaan n pergunakan dia utk kpntgn sdri. hmm kot la encik hatta ni btol2 nk cari pasangan, kot nk bknalan ngn kawan sy nih. :-)

  13. azizi says:

    calon xa de lg..umur makin meningkat..sedih..

    • InsyaAllah, setiap orang jodohnya telah pun ditetapkan. Azizi boleh terus usahakan ye. Cuba berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan wanita. Buka hati lebih mudah menerima mereka dalam hidup anda.

  14. Luqman says:

    Senyum saya baca artikel ni. :D
    Saya ada kawan yang berkahwin umur 20. Dan kini giliran saya pula 20! Haha..

    Ingat 22 nak nikah la, ok tak? Saya pun tengah kumpul duit dari sekarang~

    • Terima kasih Luqman :-)

      Nak nikah umur 22 tahun pun tiada masalah. Yang penting cukup duit, mempunyai pendapatan yang stabil dan telah bersedia memikul tanggungjawab yang besar ;-)

      Mula untuk lengkapkan ilmu berkaitan rumahtangga dari sekarang.

  15. azri says:

    alangkah indahnye klu agame di dahulukn drpd adat…nk kawen ssh skrg,lg2 br abes blaja..tpkse tangguh niat kawen sbb nk kumpol duit smate2 ntok hntaran, knduri mcm2 lg..sume sbb adat

  16. Ummu Umar says:

    Assalamualaikum,

    Nak kawin awal kalau dh betul2 ready dari segi agama dan mampu untuk pikul tggungjwb tp xcukup duit…xpe, akad dulu. sb bila hubungan dh diredhai ALLAH, ALLAH akan membantu dlm menguruskan kehidupan.kalu yakin dengan ALLAH xde masalah.

    ramai juga diantara kwn2 sy yg akad dahulu dn majlisnya kemudian. ada yg baru nak buat majlis setelah setahun berkahwin.ada juga yg dh beranak seorang baru nk bermajlis.saya xmenolak utk readykan harta.utk zaman skrg ni mmg agk pnting. tp lg penting kalau diikat terlebih dahulu.setelah berkahwin pula kita mesti saling memahami dn tampung-menampung segala kekurangan,jaga emosi,jaga hubungan dgn ALLAH dan sbgnya yg bkaitan.kalau ada mslh org ketiga(mgkin bks kekasih/tunang dtg kmbali or els), minta pnjelasan secara baik smbil bdoa pd ALLAH.jgn bulat2 dgr cerita org.kaji dulu btul ke tak walaupun berita tu diterima daripada rkn baik kita yg kita percaya(bkn nk kata kwn baik tu jahat,tp baik hilang kawan daripada melakukan sesuatu yg dibenci Allah,sb kawan yg baik dia xkan mengapi2kan kita.kalau dia bgtahu cerita buruk mengenai pasangan,dia juga akan berusaha utk selamatkan kita bukan menjauhkan kita drpd pasangan kita.malah mbantu kita cara2 utk memperbaiki pasangan kita kalau ada kekurangan).
    kalau ya, selamatkanlah pasangan kita.jgn serang atau mulakan pergaduhan atau terus mahu berpisah.jgn biarkan akal,hati dan perbuatan kita dikendalikan oleh syaitan ar-rajim.bykkan baca dan hayati makna alquran.moga tenang.

    *kalau anda semua hadam sirah(sejarah) Rasulullah anda akan lihat bagaimana Rasulullah kendalikan keluarga baginda dan bagaimana kehidupan para sahabat yg kahwin awal!Yg penting imannya!

    • Memang ada benarnya juga pendapat Ummu Umar tu. Ya, sangat setuju, dalam rumahtangga, agama dan keimanan perlu dijadikan sebagai tunjang utama.

      Terima kasih di atas pendapat ini. Boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan pembaca kita yang lain juga.

  17. missA says:

    nice info….kena start dari sekarang le sape yg terasa nak kawen awal..kumpul duit dan belajar ilmu agama lebih mendalam lg
    sy ada jumpa new frenz yg kahwin awal…sweet je…baru je umur 18-girl, suaminya-21…masih belajar..
    nak kahwin tu takut jugaklah…takut no support, lebih2 lg family & dunno perangai people ni kan…tp kadang2, bila anak nak kahwin, makbapak x kasi…bila mak ayah nak kahwinkan anak, anak pulak x nak…

  18. Nur says:

    Salam :) umur sy 20tahun, dan dah ada pasangan umur 26tahun seorg jurutera. Kami dah ready nak kahwin cumanya risau parents xkasi sbb sy di Egypt(medic) dan dia di Msia. Tapi masing2 dah ready. Macam mana pulak tu..

  19. ira says:

    salam’alaik….bf sy mengajak sy kawen awal..kami msng2 berumur 20 thun..sy msih belajar n dia tlh berkerja…dr segi kwangan mmg dia mampu tp sy xyakin yg sy boleh fokus dlm rumah tngga kerana status sy sbgai pelajar….

    • Salam Ira. InsyaAllah, jika Ira cukup ilmu dalam rumahtangga, boleh melaluinya dengan bahagia.

      Yang penting, cuba mula lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah SWT.

  20. siti says:

    senyum seorang baca blog ni..semoga segala info rakan2 semua akan menjadi panduan di dalam rumah tangga yang bakal dibina.
    tapi adakah umur 24 n umur pasangan 25 masih muda untuk menikah?

    • Terima kasih saudari Siti kerana sukakan perkongsian saya ini.

      Bagi saya, umur tersebut memang cukup sempurna kalau ingin berumahtangga. Yang penting kedudukan kewangan yang agak stabil.

  21. kin says:

    saya lak study lagi, pasagan tu dah ada dah cuma dia nak saya habis study kemudian barulah kami rancang perjalanan kami seterusnya.

  22. nieys says:

    nak kawen.tapi takut nak beritahu parent.calon dah ada.tapi keja belum tetap.sy tgh bljr.tp rsenya x pe kalau dia xde bajet banyak dlu coz sy still bljr lg 3 tahun.still ada duit pnjmn utk tmpung dri sndri..cuma tu la,xde keberanian nak beritahu parent.takott….

  23. CKR says:

    urm..pkongsian yg bgus..sye jgk ade rncg nk kwin muda ni..tpi, msih blom ade kkuatan..cmne ye?

  24. kikin says:

    salam..sy pn tgh plan nk kwin awl..sbb nk elak dr mksiat..tp msyrkt skg pndg rndh ngn psgn yg kwin awl sdgkn niat nk elak mksiat tu murni..kdg2 ase tkt nk truskn niat ni ble rmai sgt yg tak menyokong..

  25. nisa' says:

    sy berumur 20thn,masih belajar di timur tengah.sudah menemui calon suami yang soleh,sebaya dengan saya,dan sdg blajar di malaysia..kami xpernah bercinta dan seboleh2nya mahu berusaha menjaga hubungn kami menurut lunas2 syarak.dia sudah pun berjumpa dgn ibubapa saya,tp mereka mencadangkan agar kami bernikah selepas saya tamat study.antara alasannya ialah kami jauh,blm wajib bernikh bak kata emak ,msh study dan yang utamanya belum mempunyai pendapatan tetap.

    tapi pada kami pula,kami merancang untuk bernikah pada pertengahn thn 2012 iaitu sewaktu sy pulang bercuti.kami mmg sudah berbincang dr pelbagai segi,ekonomi,persediaan emosi dan fizikal,ilmu agama dan sebagainya..pendek kata,sudah bersedia untuk bernikah dlm masa terdekat.tambahan pula,kami tidak mahu bertunang terlalu lama..sampai bertahun2..bg saya dua tahun tu terlalu lama.bimbang rosak hati jika bertunang lama2..

    meengenai bajet perkahwinan juga kami telah bincangkan,dan kami xberhajat untuk berlebihan dalam urusan ni..yang penting cukup rukun nikahnya dan juga terpelihara iman dan sempurna separuh dpd agama kami.

    sebenarnya saya mengambil keputusan untuk menerima dia pun,atas dasar keluarga.sy harap jika sy bernikah dgn dia,dia dpt bantu saya untuk dakwah pd ahli keluarga..sy yakin dia mampu lakukannya.sy bimbang sekiranya menangguh2kan pernikahan ini hanya akan melambatkan proses dakwh itu sendiri dan juga sekiranya berlaku kejaidan yang tidak diingini spt kematian.sekurang2nya itu akan dpt menjamin waktu yang lebih untuk beri ruang pd ahli keluarga saya yang bermasalah untuk bertaubat dan menerima hidaya Allah swt.

    skrg ini kami masing2 sedang cuba memujuk ibubapa kami untuk membenarkan kami bernikah pd thn depan.insyaAllah,semoga Allah permudahkan urusan kami..

    mohon sekiranya encik khairul mempunyai sebarang idea yang baik dan bernas bagaimana cara terbaik untuk kami terangkan kepada ibubapa kami.

    jazakallah khairan kathira..:)

  26. kaka says:

    kawin muda..elak maksiat :)

  27. tengah usahakan jugak ni nak kahwin seawal yang mungkin

  28. arip says:

    saya memng rancang nk kawen awal . buat mase skg nie . saya masih belajar dri giat mara . skg nie umo saya 18 dan pasangan saya pula umor 21 tahun . macam mana nk kawen awal ye . rase berdebar la pula :)

  29. dol says:

    kan bgus klu dulu bc blog ni…taklah silap percaturan..klu tak dh blh kawin dh huhu..nasihat yg bgus..tq admin..

  30. cik enn says:

    as salam .. :) enn nak kawin awal jugak . calon pon da ada , tapi dia singaporean .. mesti parent tak kasi punyaa .. how ?? sedih betol begini ..

  31. rina says:

    sye nak kawin dah tak lme lg…tp sye tak twu laa..knp haty sye berbelah bg..sebelah kate na kawin,sebelah lg kate tak nak..atoyhai…

  32. izz zyyad says:

    umur sya sekarang 18..tapi dah da niat nak kawin dengan calon yg dah da sekarang bila kita org habis belajar nanti..tapi entahlah hati saya mcm tefikir semua perkara2 yg dalam 7 tips tu..mcm saya akan gagal untuk tunaikan semua tips tu..

  33. juslina says:

    saya baru berusia 16 taon dpan nak rncg b’kawin . ibu stju sebb sya da xstudy lgi klau ayah tidak pasti sama ada terima atau x . bulan 12 nak b’tunang . psgn sya pula baru berusia 21 taOn. dia da ada kja ttap . boleh bagi nasihat kat sya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>