7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak-Jauh

Pada blog post kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda salah-satu ‘dilema’ yang mungkin anda atau pernah anda dengar rakan-rakan anda lalui. Ianya berkaitan dengan hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ;-)

Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerena tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-

  • TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.
  • TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.
  • TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.
  • TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.
  • TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.
  • TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
  • TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, saya mohon jasa baik anda untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda Facebook kay. Hanya klik butang Share berwarna biru di sebelah sudut atas kanan imej artikel ini. Share the Love :-)

49 Responses to “ “7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak-Jauh”

  1. 74M1M says:

    terima kasih en. khairul di atas artikel anda.

  2. NikHisyam says:

    perkahwinan jarak jauh? tak sanggup!! hahaha.

  3. iza says:

    mmg mnjadi impian & dh dpt pun offer naik pangkat utk jd branch manager..masalahnye kna pndh berjauhan dr suami..& suami pun nmpk berat hati nk bg saya pergi..dlm delema..em,tp rsnye saya akn pilih brsama suami..you’re the 1st my dear!

    • Tahniah Puan Iza. Saya pun memang amat-amat sokong dan setuju dengan keputusan yang Puan buat tu :-)

      Satu lagi yang penting ialah keredhaan suami.

      Tak pe puan, InsyaAllah, walaupun puan telah tolak rezeki kali, di lain kali mana tahu Allah akan kurniakan rezeki yang lebih besar kepada puan.

      Ini kerana puan telah memilih jalan untuk terus kuatkan perkahwinan puan (dengan cara mementingkan suami puan).

  4. adek says:

    hrp dpt kekal hubungan wlpun jarak jauh ..

    • InsyaAllah.

      Dengan tips-tips yang telah saya kongsikan ni, harapnya boleh terus kekalkan lah ye.

      Tapi kalau boleh, usah lah lama-lama berjauhan tu. Cuba usahakan juga untuk tinggal sebumbung.

      Boleh try minta transfer tukar tempat kerja (kalau ada cawangan) dari bos.

  5. nani says:

    sy bakal berkawin xlama lg….sememgnya kami xdpt dok bersama lg…sorang d utara n sorang d selatan….tips yg d berikan akan d jadikan panduan tuk kami layari bahtera rumahtangga nanti….terima kasih…

    • Alhamdulillah. Semoga segala perancangan majlis perkahwinan Nani dan pasangan berjalan dengan lancar ye saya doakan :-)

      InsyaAllah, nanti Nani dan suami boleh cuba amalkan tips-tips tersebut kay. Banyakkan bersabar dan percaya kepada pasangan.

      Semoga kekal bahagia rumahtangga yang bakal Nani bina.

  6. Bayu pagi says:

    jaga solat lima waktu sehari semalam. tambahkan xtra dgn menghidupkan 1/3 malam.
    bertawakkallah kepada ALLAH. mintalah petunjuk dari ALLAH agar membantu dalam mengambil keputusan. kita x mampu nk jaga, keluarga kita, anak2 kita, harta benda kita. bahkan diri sendiri pom x mampu nk jga. pintalah berlindunglah padatuhanmu, tuhanku jua. Dia lah tuhan yg satu. ALLAHHUAKBAR..

  7. zya says:

    En khairul tima kasih info yang diberikan saya akan kawin tak lama lagi InsyaAllah ,pasangan saya bekerja di Johor saya pulak di terengganu kami ni mmg tahu kedudukan kami yang masing2 duk jauh..kdg2 byk terfikir duk jauh2 nie.namun saya hrp dah kawin nti saya dpt duk dkt.

    • Sama-sama Zya. Terima kasih sangat juga kerana sudi meninggalkan komen. Saya amat hargainya.

      Tahniah saya ucapkan buat Zya kerana bakal mendirikan rumahtangga.

      Nanti boleh la ye cuba-cuba tips saya tu ;-)

      Saya pun amat sarankan agar Zya cuba usahakan juga untuk duduk dekat dengan suami.

      Selamat Melangsungkan Perkahwian ye saya ucapkan.

  8. anymous says:

    bkn kte yg mntk utk brada jauh dgn suami tercinta…tp apakan daya,demi tugas utk tanah air,msing2 perlukan pngorbann.sy rela bjauhan dgn suami demi mnjaga tanah air dr ancaman musuh..mmg kdg2 trasa sunyi dan trasa kurang prhatian dr org yg kte syg..sy da lm dduk bjauhan ngan suami…da byk kali mntk tkar utk dduk bsama,tp xblh…

    • Semoga Anymous terus tabah dan banyak-banyak lah berdoa ye agar terus ikatan perkahwinan puan dan suami kukuh selamanya.

      Puan boleh terus berusaha tanpa berputus asa untuk mohon pertukaran tempat kerja tu. InsyaAllah, jika rezeki puan dah tiba masanya, pastinya Allah akan kabulkan permintaan puan.

  9. zafa says:

    ye..perkahwinan jarak jauh sgt byk dugaan dan saya sendiri melaluinya…tq 4 the tips…

    • Sama-sama Zafa. Terima kasih juga kerana sudi meninggalkan komen.

      Sangat setuju juga dengan Zafa. Semoga Zafa akan terus tabah dan boleh la ye cuba-cuba tips tersebut.

      InsyaAllah, moga perkahwinan Zafa terus bahagia dan kekal selamanya.

  10. eica says:

    Kami baru saja mendirikan rumatangga. Saya dan suami kerja berjauhan, jarang sekali dapat bersama. Suami saya lebih sibuk berbanding saya. Kadang-kala terasa amat sunyi & bosan.Tapi apakan daya,,,,

    • Eica perlu tabah dan kuatkan kesabaran ye. Kalau suami pulang sekali-sekala tu, boleh la ye habiskan dan gunakan masa sebaiknya untuk melakukan aktiviti bersama suami.

      Untuk kurangkan bosan dan sunyi ketika berjauhan, mungkin Eica boleh cuba amalkan tips-tip yang telah saya kongsikan tu.

  11. dewi says:

    salam, sy baru berkahwin dan terpaksa berjauhan dgn suami , sdg berusha mendapatkan kerja berdekatan suami tp belum ada rezki lg.. Tip2 en khairul mmg sy amalkan, kdg terasa seperti zaman bercinta dulu..apepun dpt menatap wajah suami tiap kali bgn tido adalah saat yg paling bahagia.

    • Salam Puan Dewi,

      Terima kasih di atas komen puan. InsyaAllah saya doakan agar perkahwinan puan dan suami akan terus kekal bahagia walaupun terpaksa berjauhan buat masa ini.

      Tahniah juga saya ucapkan kerana telah mengamalkan tips-tips tersebut.

      Semoga usaha puan mendapatkan tempat kerja yang dekat dengan suami akan berjaya ya.

  12. mona moni says:

    tak sanggup wei…susah nak urus anak2 sorg2…

  13. aisyaz says:

    Salam…perkahwinan kami mmg PJJ sejak berkahwin..kebanyakkan tips yg di atas mmg kami amalkan especially no 1. Tapi yg paling utama kepercayaan dan doa. bilalah kami dapat hidup di bawah 1 bumbung.. mudah2an hjg tahun ni dapat pindah di samping suami..

    • Salam Puan Aisyaz,

      InsyaAllah, saya turut doakan agar dipermudahkan urusan perpindahan puan. InsyaAllah, jika ada rezeki dan doa yang tidak putus-putus, pasti Allah akan perkenankan permintaan puan tersebut.

  14. yna says:

    saya dah hampir 10 bln berkahwin. suami kat johor saya kat trg. biasa la tuntutan kerja apa blh buat kan. average, 2 minggu sekali kami akan berjumpa. tapi skrg dlm proses utk saya transfer ke sana. doa2kan la dapat ye. perkahwinan jarak jauh ni ada jgk pro nya – perasaan cinta dan rindu tu bertambah kuat dari hari ke hari, lebih2 lg kalau dipraktikkan tips2 kat atas (ye, sbhgn besar tips kat atas mmg kami praktik). yg penting tolak ansur, persefahaman, dekatkan diri dgn Allah. Isteri wlpn tinggal berjauhan, masih perlu jaga batas2 dan adab2, sbb dlm islam, dosa isteri perlu ditanggung oleh suami juga. maka perlu la sentiasa beringat dan jadila isteri yg baik wpn suami tiada d sisi.tapi, satu nikmat yg besar jika tinggal bersama.banyak pahala blh dikutip bersama, cthnya solat berjemaah etc.bersabar lah bg mereka yg terlibat dlm perkahwinan jarak jauh ni.Allah akan permudahkan urusan insyaAllah.

    • Terima kasih puan Yna kerana sudi berkongsi pengalaman.

      Saya doakan agar dipermudahkan urusan perpindahan tersebut. Dah duduk satu rumah nanti, mesti lagi manis perkahwinan puan :-)

  15. hana says:

    terima kaesh..encik..sungguh bermanfaat sekali

  16. cain says:

    sy x lm lg akan berlansung perkahwinan..sy keja di johor, bakal isteri di k.l…setiap tips yg suadara berikan sy akan gunakan..terima kasih..selamat hari raya ucapkan…

    • Sama-sama Cain. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi membaca artikel sy ini dan meninggalkan komen. Sy amat menghargainya.

      Sy doakan agar segala perancangan majlis perkahwinan Cain akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

  17. siti says:

    terima kasih encik khairul

    • Sama-sama Siti. Terima kasih juga kerana sudi memberi feedback. Semoga ianya bermanfaat.

      Jika tidak keberatan, boleh Share kan artikel ini bersama-sama rakan anda di Facebook ya.

  18. Hamba Allah (wanita) says:

    saya dlm dilema.
    hendak pecah kontrak sbg lecturer dan duk bsama suami, tapi kene hidup susah la ye..
    suami pulak tak kesah yang mana-mana..
    sbb hutang sndri, sndri la bayar kan..
    saya jer yang nak tinggal sebumbung..
    takut juga nak mengadap family& pnjamin..

    tapi tak sanggup nak tinggal berlainan negara dengan suami selama 12tahun..
    pekerjaan best,hidup senang di malaysia,
    or hidup ganti hutang di negara orang bsama suami..
    suami pentingkan pelajaran&kariernya,
    saya nak sokong la kariernya, tapi dengan bebanan hutang..mampu ke ek..
    insyaAllah..
    dah la suami muallaf..

    family saya pn risau,
    adakah saya akan selamat hidup jika
    menolak rezeki yang sangat menyenangkan
    (tempat kerja islamik,terjamin,boleh bantu keluarga,jaga hati pnjamin..)

    yang mana yang terbaik ek..

  19. ain says:

    saya mmg salu praktikan semua tip di atas…saya diputrajaya suami diperak..hari2 akan call n sms…stp hari jumaat pas keje balik perak..kdg2 akan bergilir2…tapi skrg bila dah ada baby susah sikit husband nk dtg sini dgn nk bwk baby sorg2..so saya t’paksa berkorban demi kebahgiaan rumah tangga kami..mmg sgt mencabar perkahwinan jarak jauh,yg penting kepercayaan dan kejujuran dlm hati masing2..semoga tahun dpn akan ada khbar gembira buat kami sekeluarga dn dpt surat pertukaran ke perak..amin…dh dua tahun lbh PJJ..

  20. isteri pelaut says:

    saya baru berumah tangga 3 bulan, tp baru berkahwin 2 bulan da kena tinggal, suami saya berlayar di negara luar.. tp ape kan daya jodoh saya dgn org berlayar.. 6 bulan sekali baru jumpa.. tp tiap kali die balik lepas 6 bulan kami rasakan seperti pengantin baru. :) im proud to be wife seafarer…!

    • Wah, seronok saya dengar. Itulah salah-satu kebaikannya bersuamikan yang bekerja jauh. Tiap kali suami pulang, mesti rasa macam pengantin baru :-)

      Saya doakan agar kebahagiaan Puan terus kekal abadi InsyaAllah.

    • siti says:

      Tq encik khairul…saya pun sama, isteri pelaut..mmg byk dugaan, bila suami sign off itulah saat yang sgt dinanti2kan..semoga tabah, i am proud to be a seafarer’s partner!!

  21. Syikin says:

    Sy berat hati utk melepaskn suami sy bkerja juah ngn sy.sebelom ini kami satu tmpt keje.sdikit salah faham diantara suami sy ngn majikan,mmbuat kn suami sy mmbuat kputusn utk brhenti tanpa bfikir pnjg.sy kecewa.basically ni family biz,tp sikap ego n pns baran lgsg xajk sy,ayh sy brbincg.sebaliknye mmintak pndapat kwn2 nye yg blom brkawin.sy kecewa.smpi sekrg die blom bekerja hmpir 3mgu.cuba mncarik alasn utk kerja di kl.kalo die pk psl sy yg sedg mgandung 3bulan dan ank kami yg baru 10bulan tu die xptut tgal kami hanye utk kpentingn dirinye sendiri.kalo die sorg yg sbr n sygkn keluarga,die harus berusaha mncari keje yg halal dn kami tgal bersama.saya xsgup utk mngal kn biz ayh sy.ayh sy cuma ade sy n adik sy utk urusan prniagaan kami ni,insyaA smpai ank cucu.

  22. nNur Fatihah says:

    dlu sblm kawen sggup je duk jauh2, tp skrg…serba xkena rasanya:-(

  23. ezah says:

    En khairul….saya baru saja dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah.Mengenangkan ekonomi sekarang yang semakin meningkat dan atas persetujuan suami saya telah menerima tawaran kenaikan pangkat tersebut.Masalahnya saya kini sering rasa kesunyian tanpa anak-anak dan suami disisi.Walau pun saya balik setiap hujung minggu berjumpa anak-anak dan suami namun kesedihan tetap terasa.Tolonglah En Khairul bagi saya semangat @ tip mengatasi masalah saya ini.

  24. AA_guava says:

    saya setuju sgt2,,malah saya mengalami pjj ini selama 3 tahun,,semestinya anda perlu jujur dgn pasangan anda walau pelusuk mana pun anda berada,,

  25. ita says:

    hubungan jarak jauh lumayan capk dan melelahkan. Gk kuat …seandainya aq bisa memilih…..

  26. mizzcahaya says:

    Assalamualaikum..

  27. mizzcahaya says:

    Assalamualaikum..
    saya juga telah mengalaminya..masuk tahun ketiga..sangat banyak dugaannya..
    kepercayaan dan kejujuran paling penting..begitu juga dengan komunikasi..tapi kalau hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha ke arah menjaga hubungan jarak jauh ini pn tiada gunanya..

  28. ika says:

    Salam.. en khairul.. terima kasih dia atas tips yang diberikan sedikt sebanyak ada saya praktikan bersama suami.. bak kak pepatah jauh dimata tetapi dekat dihati.. smga allah memberikan kekuatan dalam mengharungi dugaan perkahwinan jarak jauh ini.. saya kongsikan doa yang menjadi kekuatan saya selama perkahwinan jarak jauh kami ini…

    Ya Allah ku korbankan persaan ku terhadap suamiku kerana-Mu,kerana mengharap redha-Mu,kerana mengharap syurga-Mu. Mungkin pengorbananku tidak setanding dengan pergorbanan Rasullah,para isteri baginda,ahli keluaraga baginda dan para sahabat. Namun Ya Allah aku ini seoarang wanita biasa, seorang isteri yang dikurniakan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap suamiku, yang diciptakan oleh-Mu rasa cemburu dan rindu, Ya Allah terimalah pergorbananku ku ini. Terimalah tanpa dihisab Ya Allah. Perasaan ku ini hanya Dikau yang maha memahami…

  29. ifa says:

    sy akan berkahwin dan kami akan duduk jauh..1 di selatan n 1 di utara..semua kerana faktor kerja.sy tkaut nk hadapi idop berjauhan.takut perkahwinan ini tak mampu tahan lme,,ape pendpt..

  30. Aizal says:

    Terima kasih sangat sangat En.Khairul atas tips tips yg diberi :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>