8 Tips Menjadi Isteri Solehah

Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.

Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.

Berikut adalah tips-tips tersebut:

  • Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
  • Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
  • Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
  • Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
  • Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
  • Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
  • Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
  • Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan secara berterusan ketika melayari bahtera perkahwinan anda berdua. Jika anda rasakan artikel ini menarik dan boleh memberi manfaat, jangan lupa ye untuk Share kan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik pada butang Share berwarna biru di sebelah bucu atas kanan imej artikel ini.

“Renung-renungkan dan selamat beramal ….” :-)

15 Responses to “ “8 Tips Menjadi Isteri Solehah”

  1. ieda says:

    tq 4 tips..

  2. fiizz says:

    klu isteri dah jd solehah,ape plk tips nk jd suami soleh kpd isteri nye?

  3. wany simbiosis says:

    terima ksh encik khairul kerana bg tips dan info2 terbaru sblum ni pasal suami isteri ni..ada tak tips suami soleh pd isteri

    • Sama-sama Cik Wany.

      Terima kasih juga kerana sudi bertandang ke blog saya selama ni. Saya amat menghargainya.

      InsyaAllah, pada post akan datang, saya akan kongsikan pula tips-tips untuk suami soleh. Stay tuned kay ;-)

  4. Buat rakan-rakan pembaca blog saya, saya baru sahaja menulis blog post terbaru berkenaan tips-tips menjadi suami soleh. Ada 10 tips :-)

    Klik link di bawah untuk membacanya:
    http://kursusperkahwinan.com/10-tips-menjadi-suami-soleh/

  5. jaja says:

    t.q///sesuai untuk saya yang akan melangsungkan perkahwinan..

    • Sama-sama Jaja. Jangan lupa untuk Share artikel ini di Facebook Jaja ye. Thanks sebab sudi memberi komen :-)

      Saya juga ingin mendoakan agar segala persiapan majlis perkahwinan Jaja akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

      Selamat Pengantin Baru Jaja.

  6. SHANA says:

    Byk Tips boleh dikongsi bersama pakwe saya insyallah hujung tahun ini saya akan bertunang….doakan saya ye.

    • Terima kasih Shana kerana sudi berkongsi artikel-artikel di blog ini bersama teman lelaki saudari.

      Semestinya saya doakan agar segala perancangan dan perjalanan majlis pertunangan saudari berjalan lancar serta saudari akan menempuh alam pertunangan dengan sempurna InsyaAllah.

  7. diana says:

    boleh tak bagi tips macam mana nak wujudkan perasaan hormat pada suami sekiranya seorg isteri itu lebih tinggi pangkat dan jawatannya dlm alam pekerjaan berbanding suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>