Apa Itu Nikah Gantung?

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat pembaca setia blog KursusPerkahwinan.Com saya ini.

Terima kasih kerana terus setia membaca artikel-artikel alam perkahwinan dan rumahtangga di blog ini. Saya akan kongsikan lebih banyak lagi artikel tentang alam perkahwinan dan rumahtangga pada masa-masa akan datang.

Untuk artikel kali ini, ianya adalah bagi menjawab salah-satu pertanyaan rakan saya. Beliau ada tanyakan kepada saya apakah itu yang dimaksudkan dengan nikah gantung? Saya akan kongsikannya bersama anda juga melalui artikel blog ini.

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian artikel saya kali ini memberi manfaat buat anda.

Seperti biasa, jika anda rasakan artikel ini berguna dan bermanfaat, saya amat-amat berharap anda boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik butang biru Share di sebelah kanan sudut atas sebelah imej artikel ini atau di bawah ini.

61 Responses to “ “Apa Itu Nikah Gantung?”

  1. croc says:

    bagaimana nak menerangkan kepada ibu bapa/keluarga supaya mereka dapat memahami dan menerima konsep nikah ni..?
    sebab jarang sangat nk jumpa ibu bapa yang setuju menerima konsep nikah gantung ni..

  2. aku says:

    btol tu…jrang ibu bpa nk stuju…tmbah2 klau anak tengah blajar…msti sruh bljar biar abeh dlu…tp klau slow talk n trangkan keadaan kita insyaAllah bley kot…gpn zman skrg mcm2 bnda jd…ibubapa kna pham ank2 zaman skarang…

  3. namia... says:

    a’ah..mcm mna nk trangkn kt prents pasal hal ni?? msti prents xmmahami…bg saya walaupn nikah gntung tp ianya lbih baik dri berkapel…tu pn kalau dua2 psangan da brsedia dn bleh trima psangan masing2…msa dpan lebih terjamin dripd berkapel yg tak thu pengakhirannya…(hanyalah pendapat..^_^)

  4. teori19 says:

    tau x per..most parents x brape phm tntang perkara..supposedly parents la yg perlu dberi pndedahan tntng prkara ini terlebih dhulu..

  5. hashim says:

    assalamualaikum…
    stelah sye bce artikle ini..ati sye sgt gembire…hehe…Alhamdulilah..
    sye ske artikle ni… :)

  6. kyrana says:

    saya nak thu lau nikah gantung n..tangungjawab ibu bapa lagi k atau tngjwab suami da..mcm mne nak terng kat ibu bapa kalau kite nie nak nikah gantung untuk perthankan dri kite sndri dri melakukan maksiat..pada fkiran sya,sya mmg nak nikah gntung n.krene ia amt sesuai pada para remaja mcm sya n.sya xnak fitnah dan maksiat berleluasa dan menguasai dri.tu la sya nak knikah gantung n..tpi mcm mne??sya nak kan penjelasan dan pertolongan.

    • hamba ALLAH says:

      assalam,,,sy nk kgsi dgn pe yg sy tgok alkuliyyah aritu..die ckp.nikah gntung ni,si isteri msh lg dlm tggungan ibubapa die selagi si suami dan si isteri tidak duduk sme n melakukan persetubuhn atau melakukan aktvti mcm suami isteri blh buat tetpi jumpe kdg2 tu xpe(di khlyak rmai)…tp apbila sbliknye plak,si lelaki wjb byr nfkh kpd isteri..tq..nk thu lbh lnjut,tnyelh kpd yg pkar k…wslm..

  7. nadya says:

    salam. adik sy bru brumur 15 thun n pasangannyer 27 thun. parents kiteorang mmg na sgt die org cpt2 bkahwin, ye la, bg mengelakkan maksiat n sebagainyer. coz adik sy ni mmg ta ley ‘makan saman’ suruh sabar da. tp aissshh~ tapi dieorang no hal. but satu je, kalu dieorang kawin , adik sy mmg ta ley skola ea? ada ta undang2 kat malaysia melarang org y da bkawin tuk skola? confiusss lerrr

    • hamba ALLAH says:

      assalam…sje nk kgsi pendpt…mf la kalo da yg slh…sy rse xda undg2 mlysia yg mlrg org yg dh khwin xleh skola..mgkin blh nkah gntung dlu sbb awk msh muda lg…tq..nk tau lbh lnjut,tnye pkar k..wslm..

    • YU says:

      boleh je bersekolah seperti biasa cz undang2 malaysia selagi kanak2 masih berada dalam umur bersekolah dia da hak untuk bersekolah seperti kanak-kanak yang lain.

  8. someone says:

    kalau cth perjanjian 2 tahun then dlm 2 thn tu laki tu terjatuh cinta pada org len cmne??

    • cakcibo says:

      eleh.. kalau dah kawin bebetul 5 -6 tahun pun ramai je laki org jatuh cinta dgn orang lain..

      isteri-isteri orang pun ramai je yang jatuh cinta dgn jantan lain..

      ini kan pula nikah gantung.. hahahah

  9. faks says:

    bagaimana nak menerangkan kepada ibu bapa/keluarga supaya mereka dapat memahami dan menerima konsep nikah ni..?
    sebab jarang sangat nk jumpa ibu bapa yang setuju menerima konsep nikah gantung ni..

  10. mummy says:

    saya ingin bertanya, bermakna, walaupun jauh adakan suami isteri tersebut perlu memikul tggungjawab sepenuh nye seprti nikah biasa? kita pun tahu jika sudah berkahwin kita perlu bertanggungjwb teutama suami terhadap isteri dan ank2,

  11. nor says:

    salam, nikah gantung seperti yg dterangkan td sdikit sbyk membantu dan mberi info. tapi bgaimana skiranya pasangan tersebut telah melakukan hubungan suami isteri adakah masih dikenali sebagai nikah gantung? adakah nikah gantung hanya semata2 menunggu tarikh atau majlis walimatulurus?

  12. Fiq says:

    btol,, stuju…

  13. wangi says:

    saya bersetuju dengan soalan ” croc ”
    mcam mana untuk menyakinkan konsep nikah gantung kepada ibu bapa sedangkan ianya satu kebaikan kepada remaja perempuan.?

    ibu bapa susah untuk menerima pandangan nikah gantung atas faktor kejiranan dan ahli keluarga.

  14. Naziman says:

    caranya kita kena rapat dengan ibu bapa dan cari masa yang sesuai…

  15. irmalina says:

    as,salam..sy nk tny, kalau mampu sediakan rumah dan nafkah2 lain,dan tinggal bersama, tp x mampu untuk mengadakan majlis kenduri..boleh dipanggil nikah gantung ke?

  16. sigadisbinggung says:

    assalamualaikum.. saya tgh binggung.. sy nak tanya sikit pasal nikah gntung dan cara untuk sy sampaikan hasrat kami ini kt parents masing2..
    sy dan si dia dah buat keputusan untuk nikah gantung.. kerana masing2 still belajar… tapi utk terangkan kat parents masing2, agak takut.. macam mna ya .. sy dan dia dh knl dalam 2 tahun.. mcm mna boleh sy terangkan dkt parents kami ya… bantu kami.. kami memang dah buat keputusan nak kawin.. tapi untuk tunggu habs belajr.. mungkin tidak , sbb sy tahu banyk dugaan dlm perhubungn.. tolong bntu kami :)

  17. alina says:

    salam..sedikit prtanyaan disini.setelah pasangn mlkukn hbngn suami isteri,tanggungjwb/nafkah ibu bpa trhdp ank msing2 automatik akn jtuh kepada si lelaki tersebut bkn??

  18. fify says:

    salam… seperti kebanyakan soalan di atas, bagaimana hendak memberitahu parents kami tentang hasrat nikah gantung kami ini? keadaan ini jauh lebih sukar kerana ibu bapa saya baru sahaja berpisah dan perkahwinan bukanlah satu impression yang baik buat keluarga kami sekarang… tapi kami ingin nikah gantung kerana tidak mahu membebankan keluarga masing2 serta mengelakkan diri dari melakukan maksiat… bantu kami pasangan2 muda ini….

  19. darwisya says:

    assalamualaikum…saya nk tanya, saya nak kawin sbb saya dh knl hmpir 6tahun. kami msh menuntut di universtiti yang sama. tapi saya rasa kami dh mampu utk hidup bersama memandangkan kami punya biasiswa. dan kami sudah memberitahu keluarga.mak saya izinkn tp mak bf saya terlalu mementingkan adat smpai menuduh family saya mntak hantaran beribu. dye ckp kt bf sy seolah2 macam anak derhaka. jadi kami buat keputusan untuk nikah tanpa keluarga lelaki..majlis kemudian, akad nikah sahaja. tapi kami akn tggl bersama memandangkan kami mampu sara diri kami.saya nk tnya adakah tu juga dipanggil nikah gntung? kami cuma tunda majlis tp tetap tggl bersama dan sara diri sendiri…dan satu lagi adakah berdosa kami berkhwin tanpa keluarga lelaki?

  20. hans says:

    salam, sy nak tanya, apa beza nikah biasa dengan nikah gantung?

  21. Fa says:

    Salam. Kalau pasangan adalah bukan warganegara. Mcm mane nk buat nikah gantung ye?

  22. saya... says:

    salam….adakah perlu kita hadiri dulu kursus kawen baru boleh laksanakan nikah gantung???

  23. Digantung X Bertali says:

    Segala nafkah zahir akan berlaku selepas hubungan kelamin…
    bagaimana kalau hubungan ringan2 jew???

  24. iqa says:

    macam mana ye? mak saya xpecaya akan nikah gantung ni.. kate dia tak ada istilah nikah gantung ni???

  25. Cahaya says:

    salam, hanya nk berkongsi aftr bca suma komen2 kat atas..
    nikah gantung ni utk meringankan bebanan suami yang mgkin blm mampu utk tggung keluarga kn, ni la kmudahan dlm Islam, tujuan utma utk elak blaku maksiat je..

    kalau pkahwinan biasa, tgggungjwb suma ats suami n pasangan duduk serumah, tp klu kkhitbah atau gantung, tggungjwb still pd bapa n psgan x duduk serumah..

    bnyk jgk yg tnya mcm mna nk gtau fmly maklum la mentaliti org melayu kita yg lebih pentingkan adat..sy ada beberapa cdgan yg sy sndri buat utk gtau parents sy..

    1. rapatkn hubungan dgn parent – klu lebih slesa dgn ibu, nyatakan hasrat kita nk berkahwin
    2. jika ibu halang ats fktor kita masih muda or x keja or tgh blaja lg – terangkan yg kita nk bkhwin bukan ats dasar nafsu, terangkn konsep khitbah kpd ibu tu (sblm tu kt kna dalami n fahami tntg khitbah)
    3. nyatakan yg pkhwinan xkn ganggu blaja/keja..
    4. yakinkan yg psgan kita tu ikhlas – knlkan dkt paents kita..
    5. & finally bnyk2kn berdoa, Islam itu indah dan mudah, jgn kita yg sulitkan~

    drpd kita berkawan & blm tntu akn bkahwin, lebih baik gunakan cara yg Islam sarankan.. bila dh bkahwin nt..rindu pon dpt pahala, bila senyum dpt pahala, bila pegang tgn pon dpt pahala!! berbeza dgn couple.. Indahkn Islam? :-)

    • ladyMia says:

      boleh tahu adakah nikah khitbah ini mmg ada didalam hukum perkahwinan islam atau semata2 adat masyarakat arab? mohon penjelasan agar tiada kekeliruan. kerana adat dan hukum islam ada 2 perkara berbeza.

  26. nini says:

    masalah saya, saya perlu nikah gantung kerana ingin mengadakan majlis serentak dengan kakak. hal ini kerana bagi menggelakkan 2x pernikahan dalam tahun yang sama.dari segi kemampuan, itu tiada masalah.minta pandangan. terima kasih.

  27. gadis kesepian says:

    asalamualaikum..
    nikah gntg nirngkas tapi complicated.cos saye n die lom sdie nak tgung jwb..cm ne kt nak bersedie ea?cos kt sendiri x yakin ngan pnikahan ini,,ade care x?hmm

  28. murni says:

    ad x.. dalam al-quran yang menyatakan tentang nikah gantung ni

  29. mirul says:

    asslmlkm,kalau da nikah gantung..boleh ke kedua2 psngn tu tidur sekali di mane2?misalnya hotel atau rumah?

  30. manusia biasa says:

    bagi saya,cara untuk menerangkan kepada ibu bapa adalah anda mesti berani memberitahu kepada ibu bapa anda.anda terpaksa ambil risiko.belum try belum tau.mnde nie perkara elok.bkn perkara xelok.so,trgkan kpada ibu ayh..mne tau dyorg stuju..kamu jugak yg untung..huhu

  31. kam says:

    Info yg sgt berguna buat saya yg bakal bernikah secara nikah gantung bulan dpn..tetapi majlis kenduri saya pd bulan 2 tahun depan..adakah pernikahan saya nanti masih dianggap sbgai nikah gantung walaupun selepas majlis kenduri? kerana selepas majlis kenduri kami masih lagi tinggal berasingan sblum mndpatkan rumah yg lain..

  32. boleh ka? DI BUAT NIKAH GANTUNG, TAMPA DI PANGGIL WALI?

  33. buntu says:

    salam….cmne kte nk trangkn pd ibubapa kte tntng hal ni…mereka ssah nk fham ank2 mereka zaman skrg…mereka nk smekn ank zaman skrg ngan zaman dieorg dlu…smpi ank2 xboleh nk brsuara..n kna ikowt ckp mereka shj…adil kew?kdang2 ble pk2 blik..kte sbg ank2 bkan nk mlwan ckp..tp kmi nk elak dr bnda2 xelok tp dieorg still xboleh trime n xnk fham…

  34. gadisblurr says:

    salam..saya ingin minta pandangan mengenai masalah yang sedang saya hadapi sekarang. saya berumur 20 tahun & lelaki tersebut berumur 39 tahun. Dia ingin mengahwini saya. bagi saya dia sudah sampai tahap wajib kahwin dengan saya kerana dia tidak boleh mengawal perasaannya setiap kali berjumpa saya atau memandang saya. untuk makluman, dia sudah beristeri tetapi isterinya tidak mampu menunaikan tggjwb batin sbgai isteri kerana sakit-sakit memandangkan umur isterinya sudah menjangkau lebih 50 tahun. jadi atas sebab itulah dia ingin berkahwin dengan saya. jadi,bagaimana saya ingin memberitahu perkara ini kepada keluarga saya memandangkan umur lelaki itu amat jauh berbeza dari umur saya. tapi,lelaki itu mampu untuk beristeri dua.

  35. wanie says:

    kalau nak nikah gantung ni kena kursus kahwin dulu ke tak payah?

  36. akhi shukri says:

    kita terangkanlah dengan sebaiknya kepada ibu bapa kita mengenai nikah khitbah ini…usah di malukan..kerana ia tidak bercanggah dalam syariat ….^_^

  37. hadoi says:

    kawan opis saya ada nikah gantung sorang popuan
    nikah2 tak dapat anak pastu kena cerai
    pastu popuan tu dok bgtau status dia bujang belum pernah berkahwin
    mcm menipu saja. dh kena bantai ngan laki dia dan bercerai
    mengaku xprnh kawin…
    org popuan ni suka menipu. kalo dh nikah gantung pun kalo dh janda mengaku
    saja la..

  38. asking 4 the right question . says:

    assalamualaikum .kalau dpt anak dgn pasangan dlm nikah gantung, anak tuu dibawah tanggungjawab sape?

  39. nurul says:

    salam
    Sy terbaca komen-komen diatas mostly yg berminat untuk nikah gantung adalah pelajar. macamana pulak kalau yg bru bekerja dan xstabil lg nak nikah gantung? nak kumpul duit mmg kna tunggu lama lg tuk khwin tambahan pulak sy ada komitmen dgn keluarga dan ada komitmen lain seperti membayar hutang ptptn dan sebagainya. adakah nikah gantung merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini?

  40. faiz muhamad says:

    Sumber daripada Sahih Bukhari & Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah telah ber’khitbah’ dengan Saidatina Aisyah (ketika Saidatina Aisyah berusia 6 tahun). Khitbah yang dilakukan oleh Rasulullah ini adalah dengan akad nikah yang sah. Namun Rasulullah hanya tinggal bersama Saidatina Aisyah selepas 3 tahun kemudian (iaitu ketika Saidatina Aisyah berusia 9 tahun). Inilah konsep khitbah dalam Islam dan ianya adalah amalan yang biasa dalam masyarakat arab. Tetapi konsep ini telah disalah tafsir oleh masyarakat melayu kita hari ini. Konsep khitbah dalam masyarakat arab (Islam) adalah amat berbeza dengan konsep pertunangan dalam masyarakat melayu hari ini yang menyimpang dari syariat Islam. Pertunangan ini hanyalah sebagai satu tiket kepada pemuda-pemudi untuk terjerumus ke arah pelbagai maksiat.

  41. ika says:

    sy nak tya, nikah gantung ni ada tercatat dlm al-quran tak? sy takut juga larangan Allah ni. trima kasih.

  42. Eisley says:

    Berapa batas umur untuk nikah gantung ni yer? Mohon jawap. Dah tak tahu nk cari sumber kat mana.

  43. Cik Hawa says:

    pandangan saya..dari buang duit bertunang baik nikah gantung…pastu ada rezeki lebih bersanding…tapi susah masyarakat hari ni..bg dorang baik bertunang dulu…beribu2 bertunang pastu nk kumpul duit lagi nk nikah dan sanding…mak aihh smpi tua xkawen2 la saya..
    sy pn mengalami situasi yg sama..skrg tgh pikir nk nikah gantung je..sbb umo dah hampir 30..duit pn xselalu xckp..

  44. farah ain says:

    salam. Sy umr 19 sme dgn bf sy.. Smlam fmly bf dtg mrisik but juz utk nikah gantung sbb kmngknan bsar kmi akn dpt twran d unimas sme2 .. So,kmi dh rncg awl2 lg.. Fmly bf dh stuju n nk kmi khwn cpat2,,fmly sy plak x bg sbb dye ckap blaja x hbs lg laa,gtal, mcm2.. Niat kami btol.. Cmne nk pstikn prents sy ni bleh tbke pintu hti utk bnarkn sy nkah gntung??

  45. secrect name says:

    untuk pasangan yang ingin menikah gantung ini,perlu hadirkan diri untuk kursus kahwin jgk ker???????????

  46. nafeesa says:

    salam, sy nak tanya , nikah khitbah ni tggungjwb suami dlm memberi nafkah diringankan, so kalau si isteri pregnant n bersalin adkh jtuh kwjipan pd suami utk beri nafkah pd isteri? mohon pencerahan.. wallahualam ..

  47. anonymous says:

    salam. Saya nak tanya kalau nikah gantung tetapi di thailand adakah sah nikah tu ?

  48. ShaylaAdelia says:

    halal ke nikah gantung nii ? sah ke jika bersetubuh ?

  49. Nudra Juliet says:

    Salam en.admin …. sy ada satu pertanyaan… situasi sy ialah bakal suami sy seafarer … kami merancang apabila dia habis 1st ship, kami ingin melangsungkan majlis pernikahan… kemudian dia belayar naik 2nd ship …. lepas 6bulan tu baru kami melangsungkan majlis persandingan bila dia dah signoff dari 2nd ship.. ada itu dinamakan nikah gantung??? Harap sudi reply… terima kasih en.admin :)

  50. zue says:

    salam saya nk Tanya jika sya ingin nikah gantung tp Baikal suami says adallah suami org.blh ke tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>