Apa Itu Sifilis?

Pasti anda pernah dengar tentang penyakit sifilis kan?

Sifilis adalah salah-satu jenis penyakit kelamin yang amat berbahaya sekali. Jika ia tidak dirawat pada kadar yang segera setelah mendapat simptom-simptom awal, ia boleh melarat dan boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang boleh merosakkan organ tubuh anda yang lain.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan mengenai penyakit sifilis ini, mari saya kongsikan serba-sedikit pengenalan dan info-info asas mengenai penyakit sifilis ini.

Sifilis ialah Penyakit Kelamin Berjangkit (STD – Sexual Transmitted Disease) yang berpunca daripada bakteria yang bernama spirochete. Cara ia disebarkan ialah tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seks rambang, walaupun ada sesetengah kes ianya boleh juga disebarkan melalui pemindahan ibu yang sedang hamil┬ákepada bayi dalam kandungannya.

Berikut adalah imej bagi bakteria yang menyebabkan jangkitan sifilis ini:

Penyakit sifilis boleh dirawat dengan antibiotik dan pencilin. Jika penyakit ini dibiarkan tanpa apa-apa nasihat doktor atau rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakkan serius pada jantung, aorta, otak, tulang, malah ia boleh menyebabkan buta. Sesetengahnya kes, ia boleh menyebabkan maut jika lebih serius.

Peringkat-peringkat Jangkitan Sifilis

  • PERINGKAT 1: Ulser akan mula kelihatan dan warna kulit kemerah-merahan pada bahagian samada vagina, dubur, zakar dan mulut anda. Walaubagaimanapun, ulcer ini akan hilang selepas beberapa minggu. Seseorang yang mengidap sifilis ini tidak akan sedar dia dijangkiti kerana ulcer ini akan muncul dan hilang kemudian ia akan muncul kembali selepas beberapa hari atau minggu.
  • PERINGKAT 2: Jika selepas simptom di atas muncul dan masih lagi pengidap tidak melakukan sebarang rawatan atau berjumpa dengan doktor, ruam akan mula timbul pada bahagian badan, tapak tangan dan tapak kaki. Ulcer akan mula timbul semula pada bibir, mulut, kerongkong, vagina dan dubur. Pengidap juga akan mula dilanda selsema, demam dan sakit badan. Peringkat kedua ini akan berlangsung selama 1-2 minggu dan akan hilang semula walaupun rawatan tidak dilakukan.
  • PERINGKAT 3: Walaupun simptom-simptom di atas akan mula hilang, pengidap masih lagi ‘memendam’ penyakit sifilis ini secara tidak disedari. Jika anda rasa ragu-ragu, anda boleh lakukan ujian darah bagi mengesan kehadiran penyakit sifilis ini di hospital.
  • PERINGKAT 4: Ini merupakan tahap kritikal. Bakteria spirochete tadi akan mula merebak ke seluruh bahagian badan yang melibatkan otak, jantung, saraf tujang dan tulang. Gejala-gejala seperti kesukaran berjalan, kebas, buta akan mula timbul. Jika lebih parah, kematian boleh juga boleh berlaku!

Di peringkat awal, penyakit sifilis ini mudah dirawat. Hanya perlukan rawatan antibiotik daripada doktor, sudah boleh sembuh. Tapi jika sudah melarat ke tahap kritikal, ia sukar dirawat.

Cara terbaik mencegah penyakit sifilis ini adalah:

Jangan sesekali melakukan seks rambang dan perhubungan seks bebas bertukar-tukar pasangan! Perkahwinan merupakan cara terbaik sebagai langkah pencegahan penyakit ini.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik butang berwarna biru “Share” di atas (sebelah kanan imej utama artikel ini)

Sumber Rujukan: InfoSihat

46 Responses to “ “Apa Itu Sifilis?”

  1. iffa says:

    salam,

    saya ingin bertanya,boleh kah sifilis berjangkit melalui air liur atau darah kepada org lain?

    • Salam saudari Iffa,

      Ya memang jangkitan sifilis boleh berlaku melalui air liur dan darah.

      Ini kerana, kuman spirochete daripada tubuh si penghidap itu boleh menembusi memasukki rongga-rongga mukus permukaan kulit di dalam mulut si penerima.

      Jika dalam keadaan basah (air liur), ianya merupakan medium yang lagi memudahkan perpindahan kuman tersebut berlaku.

      Hal ini sama juga untuk darah.

  2. izham says:

    semasa saya memicit kemaluan saya ada cecair putih keluar,saya tidak pasti adakah nanah atau air mani…
    saya tidak mengalami apa2 simtom2 sifilis
    adakah ini salah satu simptom siflis atau penyakit lain..

    • Encik Izham,

      Ada kebarangkalian ianya mungkin hanya air mani encik.

      Tapi jika perkara tersebut masih berulang (walaupun anda telah berejakulasi), saya amat sarankan encik boleh rujuk pihak doktor di hospital.

  3. Lidya says:

    As’salam En.Khairul..

    Utk pengetahuan tuan sy merupakan isteri ketiga. Persoalan sy, adakh bkemungkinan sy akn tdedah kpd penyakit ini menerusi suami @ madu2 sy? sy resah memikirkn yg bru2 ni sy mngalami ulser pd sekitar vagina dan dubur selain sakit2 bdn.
    Persoalannya adakh sy penghidap sifilis? Adakah penyakit ini boleh diubati jika bagaimana cra utk merawat penyakit ini dan setelah mdpt rawatan adakh kemungkinan penyakit ini akn berulang?

    Sekian, terima kasih..

    • Waalaikumsalam Lidya,

      Memang boleh ada kemungkinan jangkitan berlaku. Tetapi kalau dikalangan psangan yang sudah berkahwin, kebarangkaliannya adalah rendah kerana bukan seks rambang.

      Penyakit ini boleh diubati jika cepat bertindak bertemu dangan doktor di hospital. Setelah baik InsyaAllah dengan rawatan yang rapi ia tidak akan datang lagi.

      Saya amat-amat sarankan puan terus bertemu dengan doktor di hospital untuk pengesahan tentang hal ini. Lebih baik cepat mencegahnya daripada terlewat.

  4. J says:

    Saya ada satu soalan. dekat bahagian penis saya selalu timbul seakan-akan kudis atau jerawat yg mana jika saya pecahkan akan mengeluarkan nanah dan ia hilang selepas beberapa hari. apakah simptom atau penyakit ini? adakah cara untuk mengubatinya?

  5. angah says:

    assalmualaikum….

    saya nak tyer….semasa saya buang air kecil berasa pedih di laluan zakar…..dan pada masa sama jugak sebelom buang air kecil, saya lurut2 kan di bahagian zakar ada keluar cecair berwarna kuning..adakah saya megidap peyakit di atas…untuk pegetahuan tuan saya sudah menbuat pemeriksaan doktor,ambik darah dan air kencing…tp doktor cakap cuma air kencing kotor….skrng sudah 3minggu ubat sudah makan tp masih keluar lagi lendir berwarna kuning di bahagian zakar…..pleaseee tlg beri nasihat….

  6. r says:

    jika pesakit siflis sudah mdapatkn rawatan antibiotik….dan doktor sudah mgesahkan tiada lg kuman yg akfit. adakah pesakit ini boleh berkahwin? n boleh pesakit ini hamil n ade kesan pada bayinya?

  7. liya says:

    sekarang saya sedang mengalami demam dan seleseme .. adakah itu tanda2 penyakit tersebut ?

  8. joe says:

    salam encik khairul,

    sy Ada 1 soalan..selepas melakukan hubungan intim bersama isteri selang beberapa hari sy dapati bahagian kepala zakar sy mula membengkak dan diikiuti seperti melecet kadangkala gatal.ianya akan sembuh setelah seminggu dan akan berulang kembali selepas saya melakukan hubungan intim bersama isteri. untuk pengetahuan en khairul isteri sy sering mengalami keputihan yang agak teruk. adakah ini berkaitan dengan penyakit kelamin? bantuan en khairul amatlah dihargai..

  9. Nazley says:

    Salam…
    Bagaimana rupa ruam siflis… adakah seperti biji2 yg mempunyai cecair putih di dalamnya…

  10. ayang says:

    salam..

    nak tanye, suami saya merasa sakit ketika kencing. adakah itu dinama kan siflis?

  11. saiful says:

    SALAM

    Saya menghadapi masalah dimana zakar saya mengalami pecah darah.Seperti simptom sifilis yang dimana ianya akan hilang sendiri.sebelum ini saya pernah mengalami masalah kegatalan yang teruk sehingga kulit kawasan zakar merekah.kadang kala akan muncul biji seperti jerawat dan akan hilang semula.

    Harap encik dapat membantu mengenai masalah saya

  12. putra says:

    salam tuan

    selamat tgh hari tuan

    Saya menghadapi masalah dimana kawasan atas zakar saya mengalami ruam-ruam merah dan kegatalan.kerisauan seperti alami simptom sifilis yang dimana ianya akan hilang sendiri.sebelum ini saya pernah mengalami masalah kegatalan yang teruk sehingga kulit kawasan zakar merekah.kadang kala akan muncul biji seperti jerawat dan akan hilang semula.

    Harap encik dapat membantu mengenai masalah saya

  13. huney stella says:

    me and my husband secare tak sengaje buat sex semase akhir2 period , (mase tu mmg sye ingat da abes period) so , bile da buat tu , ade kua lagi darah tuh , tapii sikit , so macam mana ya ? adakah itu juga akan dikatakan sifilis ?

  14. Mr.T says:

    Encik…

    Dimana harus saya dapatkan rawatan khusus untuk penyakit ini?

  15. moh faiz says:

    adalah luka didalm memaluan perempuan bole dikatakan siplis….dan ulser diluar bibir kemaluan….

  16. akem says:

    Saya di sahkan menghidap sifilis..boleh tak saya tahu adakan penyakit ini akan datang lagi???

  17. purple says:

    just for knowledge…adakah air liur ketika menjilat faraj boleh menyebabkan jangkitan sifilis?
    and…adakah antibiotic or pencilin boleh didapati di farmasi sahaja bilamana kita menyedari bahwa terdapat simptom2 awal seperti ulser di bahagian mulut berlaku??

  18. acun says:

    kemaluan sya keluar mcm nanah dan apabila kencing terasa sakit sngat..adakah kena mengena???

  19. zulhelmi says:

    salam..encik..saya nak tanya…sejak kebelakangan ini…kemaluan saya ada mengeluarkan sejenis cecair berwarna hijau seperti nanah..adakah ia berbahaya kepada saya kerana saya sukar untuk kencing

  20. zen says:

    doktor..ruam sifilis tu bagi peringkat pertama adakah hanya berlaku di kawasan2 tertentu atau terdapat juga di mana2 bahagian..

  21. cik mderita ksakitan says:

    as salam saya nak bertanya,saya mempunyai masalah bintik2 nanah di vagina.adakah ini tergolong dalam penyakit sifilis?

  22. mama says:

    blh ke ulser terjadi pd anak2 gadis sedangkan mereka x pernah melakukan hubungan intim.dlm erti kata lain masih dara.

  23. intan says:

    awak saya gilah ni ok com

  24. rina says:

    salam… sy ada mengalami gatal2 pd bibir dubur sy.. ianye belaku dlm 2mggu beturut2… gatal yg tesgt sampai kdg2 ia ye terasa pedih bila tekena air slps membuang air kecil.. adkh iaye sifilis?

  25. hidayu yusop says:

    saya mempunyai sakit apabila kencing apa ini tanda2 sifilis??????

  26. kami says:

    saya mempunyai masalah gatal pada batang kemaluan.dan jika digaru..tomok merah akan timbul…pada masa yang sama tangan gatal…paha gatal…tolong saya doc….ada tak ubat pil…saya harap xnk injection..

  27. boy rayan says:

    Kami ada ramuan alam yg dapat menyembuhkan segala macam penyakit seperti SIPILIS ,HEPATITIS,jantung,MATA MINUS,PLUS,SILINDER,autis,epilepsi,asam urat ,kolesterol,stroke,kista,PENYUBUR KANDUNGAN,EJAKULASI DINI,keloid,selulit,langsing,keputihan,asma,maag,kanker rahim,serviks,penyakit menular seksual,kanker otak,KANKER PAYUDARA,insomnia,diabetes,hiper/hipo tensi,,TBC,radang paru,tambah dan kurang berat badan dsb secara alami tanpa operasi,tanpa bahan pengawet dan biaya yang menyesuaikan kemampuan,info lebih lanjut 08128448627 Kunjungi Page kami di http://www.facebook.com/pengobatantradisionalalami

  28. Sue says:

    Salam…saya nak tanya apa Trichomonas Vaginalis?Adakah ia berkaitan dengan siflis juga dan adakah ia merbahaya?

  29. Im91 says:

    Dr.sy ingin brtanye skit
    Apabile seseorg itu mndpat pnyakit shypilis
    Cara trbaik ialah mndapat suntikan penisilin procain
    Tp xsilap sy ade ubat shypilis yg berbentul kapsul
    Adakah benar???
    Bolekah seseorg itu membeli ubat kapsul itu di mana2 klinik???

  30. mantoi says:

    salam…
    saya mengalami gatal2 di pangkal zakar. bila digaru, akan nampak bekepoh mcm panau tp bukan panau.

  31. along says:

    SYA kencing trase sakit.,.kadang wsktu tido ade keluar nanah dsn darah sedikit…

  32. zue says:

    salam,saya dah dapatkan rawatan di hospital tapi still tidak berubah?? berapa lama masa utk kesembuhan penyakit syphilis terima kasih

  33. Ingin Tahu. says:

    Nak tanya, kepala zakar saya ada ulser. Tapi jujur saya tk pernah melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun. Adakah ianya hanya luka biasa ataupun akan merebak menjadi sifilis? Terima kasih

  34. zul says:

    hye
    sy nk bertanya jika ssorg mmpunyai penyakit sifilis dan sedang menjalanii rawatan dokter adakad dlm masa tersebut pesakit itu berkahwin…adakah pasangan tersebut berisiko men dapat jangkitan virus tersebut? saya ingin tahu adakah pesakit sifilis boleh sembuh sepenuhnya jika rawatan tlh di ambil…

  35. Boboy says:

    Assalamualaikum encik khairul.

    Bila saya hendak buang air kencin terasa sakit sangatSebelum hendak menbuang air.Saya lurut zakar akan keluar cecair kuning.Saya risau selepas jadi macam itu.Minta penjelasan dari encik adakah itu simptom-simptom penyakit sipilis..

  36. aiman says:

    Salam doc sye ade kenalan perempuan sie ad masalh gatal di bhagian kemaluan nye
    Ada kah itu tanda2 synplis doc,saya nk thu bagaimana cara .ak mencegah
    penyakit tersebut,terime kasih doc. .

  37. arif says:

    Sy nk Tanya .sy ada JD sebiji merah d kepala kemaluan Dan 2 biji mcm biji lemak d telor kemaluan.adakah bahaya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>