Bagaimana Jika Isteri Lebih Tua Dari Suami?

(Sumber imej: mediamalaya)

Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kerana anda masih sudi bertandang ke blog saya dan mendengar perkongsian saya pada kali ini.

Untuk blog post kali ini, ianya merupakan jawapan kepada persoalan yang telah ditujukan oleh salah-seorang subscriber laman web MalamPertamaPengantin.Com saya. Ribuan terima kasih kepada beliau saya ucapkan kerana memberikan saya feedback dan idea untuk menulis artikel di laman blog ini.

Topik tersebut ialah berkenaan dengan bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.

Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi usah risau, dalam menempuh pelbagai cabaran tersebut, ada kebaikkannya juga jika kita berkahwin dengan isteri lebih tua.

Salah-satu cabaran yang biasa akan anda sebagai suami muda akan tempuh ialah isteri yang lebih berusia dari anda sifat cemburunya yang agak kuat. Ye lah kan, suami lebih muda, kalau suami jeling sikit pada wanita yang lebih muda atau seusia dengan anda, pastinya isteri anda itu akan cepat terasa. Cemburu la katakan. Tapi takpe, itu tandanya dia memang sayangkan anda.

Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi seperti ini?

Berikut saya kongsikan satu tips yang boleh anda cuba amalkan jika isteri anda naik jealous dengan anda:

Cepat-cepat pujuk isteri anda sambil berkata, “Abang tengok perempuan tu sebab dia cantik hanya di mata Abang. Tapi hanya Ayang sorang yang tetap teguh bertakhta di hati Abang selamanya. Kecantikan perempuan tu nanti akan pudar juga ditelah usia. Tapi cinta dan sayang Abang kepada Ayang, takkan sesekali pudar di telan usia.”

Oh! Romantiknya kan? Anda boleh cuba ye nanti ;-)

Ok, sekarang kita bincangkan pula soal dari segi persediaan yang perlu anda lakukan dalam menempuh alam perkahwinan bersama wanita yang lebih berusia dari anda.

Persediaan yang paling penting dan utama perlu anda beri sepenuh fokus ialah dari segi mental dan rohani.

Caranya ialah dengan melengkapkan diri anda dengan seberapa banyak ilmu yang boleh tentang mengendalikan hubungan rumahtangga. Tak lupa juga hal-hal berkaitan agama dan fiqh munakahat (perundangan rumahtangga Islam). Baca buku atau nak free cari sahaja info di Internet (contohnya macam blog KursusPerkahwinan saya ni ;-)

Dengan adanya ilmu, lebih mudah anda kelak sebagai suami untuk melayari dan menjadi nakhoda bahtera perkahwinan anda. Segala konflik rumahtangga mampu anda selesaikan dengan tenang.

Antara kelebihan-kelebihan kita berkahwin dengan wanita yang lebih berusia adalah:-

  1. Mengikut kajian, wanita yang lebih berusia ini lebih penyayang, mengambil berat pasangan, pandai mengambil hati suami serta daya pemikirannya lebih matang.
  2. Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik. Ini kerana dia mampunyai pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding suami.
  3. Sunnah Nabi SAW. Rasullullah kan berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang jauh lebih tua. Betul tak?

Jika kita memang telah dijodohkan dengan wanita yang lebih tua, terimalah dan panjatkanlah rasa syukur kepada Allah SWT. Laluilah perkahwinan tersebut berpaksikan iman dan taqwa. InsyaAllah, perkahwinan anda mampu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Cuma satu nasihat yang perlu dipegang oleh si isteri terutamanya sekali. Walaupun isteri berumur lebih tua dan memilikki pengalaman hidup yang lebih banyak, martabat suami sebagai ketua, pemimpin dan nakhoda anda tidak boleh sesekali dilupakan.

Suami masih tetap wajib anda patuhi dan hormati segala keputusannya. Anda sebagai isteri boleh memberi pandangan dan pendapat. Hormatilah suami anda seperti mana anda menghormati orang yang lebih tua dari anda. InsyaAllah diri anda dan rumahtangga anda akan mendapat barakah dari Allah SWT.

Seperti biasa, jika anda rasakan artikel ini amat-amat bermanfaat buat anda, saya mohon jasa baik anda untuk kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook ya. Cuma klik sahaja butang Share berwarna biru di sebelah sudut bucu atas kanan imej artikel ini.

61 Responses to “ “Bagaimana Jika Isteri Lebih Tua Dari Suami?”

  1. eiza says:

    As salam,..topic nie membuatkan sy ingin berkongsi cite..ermmmm,…sy kini sdg bercinta dgn jejaka yg 11 thn lg muda dr sy..dia 26thn n sy 37thn..kami sama2 bujang..pd mulanya sy agak keberatan utk menerima cintanya..mcm2 yg sy pikirkan..tapi dia telah berjaya menyakinkan diri sy didlm byk perkara..dan kini hubungan kami berdua berjln dgn lancar..syukur alhamdulillah..

    • Waalaikumsalam Cik Eiza,

      Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan. Saya doakan agar hubungan cik dengan teman lelaki berkekalan ye.

      Dan cepat-cepat boleh mendirikan rumahtangga tu. Memang dah sesuai sangat masa :)

      Memang sebenarnya umur bukanlah faktor utama kebahagiaan perhubungan & rumahtangga.

      Cuma satu sahaja pendapat saya yang saya kira amat penting untuk Cik Eiza pegang, sentiasalah hormati bakal suami cik sebagai. Walaupun dia jauh lebih muda dari Eiza. Kita perlu taat dan patuh kepada suami walau apa pun.

    • shamari says:

      kte pn skrg bth brcinta wanita lebh tua…kte 24thn wanita trsebut 31 thn
      lebh selesa rasenye

  2. tulipindah says:

    salam cik eiza..tahniah dan smoga hbgn baik ini trus berkekalan hgga akhir hyat..em,tntu ad crita menarik dsbalik perkenaln cik eiza dn teman lelaki..cmne korg berkenaln?..blh kgsi?

  3. AreJue says:

    Salam Cik Eiza.

    Syukur Alhamdulillah saya tumpang gembira untuk anda. Anggap lah Si Dia jodoh anda yang telah di tetapkan untuk anda kerana telah membuka pintu hati anda untuk menerima cintanya. Sebenarnya usia bukan penghalang.

    Ambillah iktibar dan rujukan contoh hubungan antara Khatijah R.A dan Rasulullah S.A.W sebagai panduan. Yang Mana Sentiasa Berada di sisi suami dengan sabar dan setia baik susah atau senang sama-sama pikul dan berganding bahu.

  4. adek says:

    salam cik eiza..

    sesama kiter doa kan semoga cepat cik eiza dan pasangan ..mendiri kan rumah tngga ..

  5. firdaus says:

    salam..sy ingin brtnye..sy juge mmpunyai kisah yg same sy dlm prsose berkwan dngn bekas ckg sy dan dia juga berbeze usia hampir 10 tahun..sy bru 20 dan dy sudah mngjangkau 30..mcm mane care terbaik utk sy kekalkn perhubngan dan mcm mane sy perlu mnjage hatinye..?..kdng2 orng sekeliling brpendapat yg x elok klw berkahwin dngn wanita lbih berusia kerane maslah akan dtng bile usia sudah mningkat..boleh x saudara bg tips mcm mane utk mnghadapi semue masalah ini..

    • Salam Firduas,

      Ok, berikut adalah pandangan dari saya.

      Dalam kes Firdaus ini, ianya berkaitan dengan umur Firdaus itu sendiri. Umur Firdaus memang sangat dan terlalu muda. Terus-terang saya katakan, memang terdapat sedikit ‘risiko’ di sini kerana pasangan Firdaus tu dah pun mencapai umur 30 tahun.

      Memang dah sampai masa untuk dia berkahwin.

      Cadangan saya, adalah lebih baik Firdaus lebih fokuskna kepada pelajaran atau kerjaya dan kukuhkan kedudukan kewangan.

      Mudah nanti, jika sudah bersedia, Firdaus boleh terus masuk meminang pasangan Firdaus tu.

      Buat masa ini, Firdaus perlu sentiasa berfikiran dan bertindak secara matang. Firdaus perlu menjadi pemimpin yang boleh membimbing pasangan Firdaus ke arah lebih baik.

      Penting untuk Firdaus terus membina membina keyakinan yang tinggi agar pasangan Firdaus akan terus setia bersama Firdaus.

      Secara kesimpulannya, terus-terang saya katakan, Firdaus takkan rugi apa-apa sebab usia Firdaus jauh lebih muda sebenarnya.

  6. Abd Haqeem says:

    Assalamualaikum…

    saya ingin bertanya sedikit,saya kini sedang bercinta dengan seorang wanita yang kini usianya 27thn,dan saya berumur 21thn,keadaan saya sekarang alhamdulillah telah stabil dan saya rasa insyaallah tahun depan 2012 saya ingin berkahwin dengan pasangan ini,tapi bagaimana cara untuk saya mengekalkan hubungan dengan pasangan saya,malah sekarang ini pun pandangan orang disekeliling saya menjadi sesuatu yang x disenagi oleh mereka,bagaimana cara untuk saya lalui pderjalan ini,saya harap,orang yang mempunyai pengalaman dapat memberikan saya sedikit tips untuk saya lalui perkara ini…
    wassalam

    • Waalaikumsalam Haqeem,

      Sedikit perkongsian daripada saya.

      Saudara perlu terus tabah dan banyakkan doa kepada Allah untuk tempuhi ujian. Semua ini merupakan ujian bagi saudara. Mana-mana perhubungan terdapat ujian.

      Senang sahaja kalau nak hadapi ‘cakap-cakap orang’ ni. Kita perlu ‘pekakkan’ telinga sahaja.

      Takpun, jadikan ia sebagai sumber motivasi saudara untuk terus mempertahankan hubungan tersebut. Buktikan kepada mereka nanti saudara akan berkahwin dan mampu juga pertahankan rumahtangga saudara bersama pasangan hingga akhir hayat.

  7. shah says:

    salam…

    sy nk tny, skang ni sy berkawan dgn prmpn yg 10thn lbih tua… mslhnya, family sy menentang keras…tp ikutkn mmg sy nk truskn smpai berkawen..jadi apa pendapat sume?mmg agk dilema skang ni..pe yg patut sy buat?sblm family sy tau treatment dyrg ok, tp skrg hubungan kami terjejas hnya sbb umur..ble bercakap tntg takdir, sunnah dyrg percaya, tapi ble jadi cmni dyrg sgt2 xleh terima.

  8. hanie says:

    Salam,

    Saya baru sebulan mendirikan rumahtangga bersama suami yg berumur 28thn, saya dahpun 34 tahun,pada mulanya memang saya tak nak layan “budak” yg mcm muda dari saya rasa mcm adik2 aje.tp bila dia nampak betul2 beria-ia dan mintak saya cuba menerima cintanya maka saya cuba dan akhirnya saya rasa dia boleh menjadi teman hidup saya, dia lebih menghormati dan menghargai.

    Memang pandangan sekeliling bila kita berdua amat terasa, saya beberapa kali telah ditegur seperti “oo ini adik eh?” takpun..”tk nk beli baju untuk adik”
    hmm.panas jugak mungkin penampilan saya nampak tua dan suami bersaiz kecil dan “babyface” pulak..mungkin kami tk berpegangan tangan dan mudah disangka adik.tapi alhamdulillah saya redha dengan jodoh dan dengan restu kedua belah pihak dan kawan akhirnya kami berbahagia dan berharap akan sentiasa begini..

    Memang ramai yg kata kalau dah umur begini..lelaki sebaya memang sukar nk jumpa sbb mereka akan cari yg lebih muda ataupun suami org ataupun duda..dan pastinya ramai diluar sana yg selalu menghadapi dilema lelaki muda yg sering datang mengetuk pintu hati..nasihat saya..jgn cepat menolak..mungkin itulah jodoh yg tuhan bagi..wallahualam..

    • Terima kasih Puan Hanie di atas perkongsian ini. Saya amat menghargainya.

      Pembaca lain pasti boleh mendapat manfaat dan jadikan sebagai iktibar untuk menerima pasangan yang jauh dari segi jarak umur.

  9. shah says:

    insyaAllah akhir tahun ini kami akan berkahwin..tapi masih di luar pengetahuan parent..bagi saya hidup saya, saya ada hak utk memilih…jodoh dh ditentukan..tapi sy xkn abaikan tggjwb sy pada mereka.doakn kami.

  10. Ash says:

    Salam… saya pun sedang bercinta dgn wanita yg lebih berumur dari saya.. say 28 dia 33…dia yatim piatu… nak best lagi… dia janda anak sorang… :) benar kata dlm artikel… dia memang penyayang dang pandai jaga hati saya dan menghormati saya walau lebih muda… anaknya pun suka pada saya… parents pun takde masalah…. alhamdulillah… saya sayang dia…

  11. luniaz says:

    Assalamualaikum..
    adakah harapan blh diletakkan jika pasngan lbh muda?

    • Waalaikumsalam Luniaz,

      Sememangnya boleh diletakkan harapan. Umur bukanlah faktor utama dalam menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga.

      Cumanya satu perkara yang amat penting untuk diambil kira sekiranya bakal suami itu lebih muda. Pastikan tahap pemikiran dan kematangannya jauh lebih matang daripada usianya.

      Kita boleh tahu sejak dalam tempoh perkenalan/bercinta bersama dia.

  12. Simar says:

    Assalam.. saya ada kesah nak di kongsi bersama. saya pun sekarang sedang bercinta dengan wanita yang usianya 15tahun beza dengan saya yang 24tahun ni,dia pulak 39tahun. dia punyai anak lelaki seorang berusia 15tahun. pada mulanya hanyala sekadar kakak angkat dan adik angkat. bila keluar bersama kami sering bertiga..lama kelamaan kami dah rasa macam anak beranak dan sekarang saya rasa selesa dengan mereka bagaikan satu family yang bahagia.. anaknya pun ingikan saya mengahwini ibunya, sebab dia yakin saya dapat bahagiakan ibunya dan menjadi ayah yang baik. kami bercadang ingin di hijabkabul pada tahun depan,kerana genap kan mengikut sunnah Rasulullah SAW 25tahun mengahwini Siti Khatijah RA 40tahun. mudah2han perkahwinan kami nanti diberkati Allah s.w.t. Aminn… doakan kami ya semua.

    • Waalaikumsalam Simar,

      Amin. InsyaAllah, saya turut mendoakan agar perkahwinan Simar berkekalan.

      Memang cantik betul pemilihan tarikh dan umur Simar tu. Dah di kira ikut Sunnah Nabi tu, sebab ikut baca Nabi kita :-)

      InsyaAllah, sama-sama kita harapkan keberkatan dari Allah SWT.

  13. adam rbk says:

    sy berkenalan dgn seorang yg lebih tua dari sy,sy adam berumur 21thn telah menjalinkan hubungan dgn pasagan yg berumur 38thn,yg menjadi masalah pada sy ialah kami berlainan agama..sy beragama islam dan dia belum memeluk agama islam..yg menjadi halagan bg kami ialah dari pihak keluarga sy dan pihak keluarga dia..kami saling mencintai dan menyayangi”sy perlu pendapat dan tip dari en khairul..

  14. cahaya says:

    saya juga sedang bercinta dgn lelaki yang 7 tahun lebh muda dari saya…dia seorg yang baik, kuat bekerja…alhamdulillah famili dia merestui hubungn kami..cuma saya masih blm memberitahu keluarga tntg dia..takt famili tak dapat terima…saya banyak meminta pndpt kawan2..tapi jawapan yang saya dapat terlalu negatif sehingga saya kadi takut utk meneruskan hubungn kami…

  15. siti says:

    salam..saya juga sedang bercinta dgn lelaki yg jauh lebih muda dari saya..status saya ibu tunggal ada anak berumur 17thn..saya pula brusia 39thn..kekasih saya berusia 26thn..jauh sgtkan..?? dah puas saya elak utk teruskan hubungan ni tapi kami mkin rapat..anak sya dah mengenali dia dan dia merestui hubungan kami..tentang keluarga..inilah masalahnya..!!keluarga saya x de masalah tapi..keluarga dia seperti mghalang tapi bukan krn status dn usia sya tp krn ayah sya..x tau knp mak dia x suka..skrg kami msh meneruskn hubungan ni dn trfkr utk berkahwin tnpa pengetahuan keluarga dia..tp sya rs takut plak…mcm mane ni..???

    • boy says:

      sme lah kita…..sya pulak family sebelah perumpuan tak suka…adik beradik semua halang…sbb katanyer niat sya hanya nak kan duit..dia skrng umur dh 34 sya pulak 21….dia janda nak sorang,,tpi penyayang sgt2..agama pulak lain2 , dia islam dan sya kristian..and im convert to muslim dlm masa trdekat..tpi sya tak menyesal dgn tindakan yng sya buat..redah jer lah….janji bahgia…kdngkala cinta buatkan kita binggung dan gila.

  16. sham says:

    Salam kpd sume..

    sy sekarang memang sedang bercinta dgn wanita yg berumur dari sy.. jarak umur kami 10 tahun. sy umur 26 dan dia berumur 36 thaun..sy amat2 bersyukur kpd Allah krn pertemukan kami. dia wanita yg memenuhi ciri2 yg sy idamkan.. kami berkenalan di facebook atas dasar bisnes tetapi lame kelamaan hubungan tu semakin erat.. bibit cinta berputik dan mula mekar.. memang ade keserasian antara kami..

    pada awal perkenalan memang indah dan ade gk mslh sbb kite ni muda dari dia.. so kene lah bertolak ansur dan kenali dia lebih mendalam jk bnr2 sayangkan dia. ego kene kawal.. dia lebih dulu merasa asam garam kehidupan so kita ptt belajar dari dia..

    sy sngt2 sayangkan dia dgn sepenuh hati dan memang sy dah beberapa kali berjumpa keluarganya.. mrk sngt senang dan terima sy.. layan lah si dia dgn baik… jaga aty dia.. dia ada masanya mudah marah tp sy elakkan bertengkar dgn dia. bila reda baru sy berbincang dan nyatakan ape yg xpuas hati.. bercinta wanita yg berusia ni kite kene belajar utk lebih matang.. cepat dan tuntas..

    ape pn kami bahagia dan gembira…. bnyk yg special ttg dia dan sy anggap ini hadiah dari Allah S.W.T kpd sy yg paling berharga dlm hidup sy… dia bidadariku sampai bila2.. kami plan berkahwin bulan 12 tahun nie.. insyaAllah… doakan semoga perangcangan kami berjalan lancar dan selamat di ijabkabul nnt.

  17. Rizal says:

    Assalamualaikum… saya ialah seorang suami yang telah pun berkahwin dengan seorang wanita yang jauh lebih tua dari saya. Tetapi rumahtangga saya selalu suram disebabkan isteri saya yang selalu ingin menjadi orang yang menentukan apa-apa juga keputusan dalam rumahtangga. Dia juga lebih tinggi jawatannya dan lebih pendapatannya dari saya. Tiada langsung rasa hormat pada suami. Saya benar-benar buntu untuk menyedarkan isteri saya yang langsung tiada rasa hormat pada suaminya. Setiap kali pertengkaran biasanya berakhir dengan saya yang perlu untuk meminta maaf walaupun saya tahu kesalahan itu berpunca darinya yang selalu menengking dan merendah-rendahkan saya. Saya memohon agar pihak tuan dapat memberi saya sedikit tunjuk ajar dan cara bagaimana harus saya memujuk dan menasihati agar isteri saya dapat menghormati serta mengekalkan hubungan perkahwinan kami. Amin..

  18. db says:

    salam.
    saya sekarang berusia 28 tahun dan pasangan saya berusia 43 tahun.kami mempunyai beza umur 15tahun.memang benar apa yg dikatakan.tapi saya mahu tahu.apakah persepsi masyarakat pada pasangn seperti saya.keluarga saya semuanya menentang dan saya kehilangan semuanya kerana saya berkahwin dengan isteri saya yg jauh 15 tahun lebih dari saya.

    • boy says:

      ur comment is awaiting moderation.

      sme lah kita…..sya pulak family sebelah perumpuan tak suka…adik beradik semua halang…sbb katanyer niat sya hanya nak kan duit dan mcm2 lgi lah alasan yng tak masuk akal..dia skrng umur dh 34 sya pulak 21….dia janda anak sorang,,tpi penyayang sgt2..agama pulak lain2 , dia islam dan sya kristian..and im convert to muslim dlm masa trdekat..tpi sya tak menyesal dgn tindakan yng sya buat..redah jer lah….janji bahgia…kdngkala cinta buatkan kita binggung dan gila.

  19. bda says:

    slm. tunang sy lebih muda 3thn. sy 25 dan dia 22. kmi bru shj bertunang dan tlh bknln 6 thn. ap yg mggngu fkrn sy slepas bertunang. sy sering rsa risau dan mula berfikir dr segi setia, rupa paras sy bila usia mngkt, sma ada dia sygkan sya. Sedangkan dia sering kali mgatakan dia syg sy shngga mgmbl kputusan bertunang dan kami akan berkahwin. sy jga byk memberi peluang kpd dia dr segi masa bersama kwn2, sbb sya thu llki muda msih pntgkan masa bersama kwn2. sy kurangkan msg dan bercakap hanya krna tidak mhu buat apa yg dia tdk suka. btul ke tindakan sy?? Kenapa sya dlm perasaan sentiasa risaukan hubungan kami?? dan sya hanya pndamkannya.

  20. Ayie says:

    Saye berumur 21 tahun…dan teman wanita saya berusia 24 tahun…saya dalam dilema sama ada sy ingin teruskan bersama die atau x disebabkan faktor usia sahaja..adakah btoi keputusan yang sy buat…saya pkir cam tu pon sbb tkot usia die akan meningkat jika tggu sy untuk kahwin dengannye…mnx penjelasan sgt2..??? Terlalu Buntu…!!!

    • anonymous says:

      case kite hampir sama, saya 26thn & boyfriend 24thn.Parents reject hubungan kami kerana perbezaan umur 2tahun.stress juga macamna nak settle problem nie..

  21. sue says:

    sye skrg sdg brcinta dgn lelaki lebih muda drp sye..umurnya skrg 22thn dan sye 32thn..utk pgtahuan, sye adalah seorg ibu tunggal branak 1..kami saling mencintai satu sama lain..msalh skrg dia tkut hndk mmbritahu hbgan kami kpd kluarganya..soalannya bgaimanakh caranya lelaki trsbt nk bgthu kat kluarganya ttg bkal menntunya seorang ibu tunggal branak 1 dan tua 10thn drpnya..harap dpt bantu

    • nr says:

      saya tengah hangat bercinta dengan wanita umur 24 anak 2 sedangkan saya umur 22 insyaallah tahun hadapan saya akan melangsungkan perkahwinan…..retu orang tua perlu diambik berat );

  22. Nanee says:

    Salam, Saya berumur 35thn janda 2 anak, dan teman lelaki saya berumur 28thn bujang..keluarga sebelah lelaki tidak merestui perhubungan kami. Ibunya malu sekiranya dia mengahwini saya kerana belum ada keturunan dia yang berkahwin dengan perempuan tua dan janda. Saya berasa kesal atas kata2nya, tapi teman lelaki saya amat menyayangi saya. Dia ingin mengahwini saya bulan March 13 nie.
    Apa yg perlu saya lakukan, saya takut untuk berdepan dengan keluarganya. Bantulah saya??

    • siti nurul dayane says:

      salam sy juge spt anda umur 31thn sy janda ank 1 and pernah berkawan dgn lelaki berusia 25thn. family dy x merestui kami dan dy penah ajak sy bernikah di siam. family dy hina sy mcm2. akhirnye sy buat keputusan utk memutuskan hubungan atas dasar family.
      alhamdulilah, sy kini bertemu jodoh dgn lelaki berusia 26 thn dan mendapat restu family dy.
      org ckp kalo kite sabar pasti ada ganjaranye kan..

  23. kamarul says:

    Salam
    Saya mohamad kamarul sy skrg sudah jatuh hati dkat ssorg prmpuan yang tua dari sya,kami da brkenalan 8bln dah,ttpi skrg ni yelah umor sy die tdk thu.sy tkut utk btrus terang kpdnya..tlong la saya..

  24. Mama Rose says:

    Aslkum…suami saya berusia 35 tahun (duda tanpa anak), saya dah mencecah 50 tahun ini.Kami bernikah di Songkla setahun yg lalu tanpa pengetahuan ibunya. Ibunya sgt mengenali saya tetapi tidak dapat menerima sya sebagai menantu.Suami saya nk kan zuriat dan beliau akan bernikah lain utk tujuan itu. Wp berat nk terima saya redo jika itu ketentuan Allah.Tp pernikahan kami tetap akan menjadi rahsia, saya pun xpasti sampai bila.Suami saya ni panas baran dan caranya agak kasar, wp dia ok2 je tp kdg2 saya sllu berkecilhati tp xbole nak bersuara..so mmg la memerlukan kesabaran yg paling tiggi…Bagaimana boleh saya menjadi seorg yg lbh redo menghadapi hari depan yg xpasti.

  25. shasha says:

    salam..saya juga mengalami masalah begitu..saya umur 27 dn psgn sy 21,umur dia sama dgn umur adik saya,keluarga dia merestui hbgn kami tpi ibu sy x mngizinkn kerna usia dia yg jauh lbh muda dri sy..dia sgt ambik berat dn syg kn sy,tpi skrg sy sdg dilanda krisis kerna sy cmburukn hbgn dia dgn kakak angkt nyer yg bkal berkhwin usia muda 1thuun dri sy..perlukah sy teruskn hbgn ini??keliru sgt2

  26. azam says:

    Salam. Sy bru 20dan psngan sy 29 kami brcdang akan brkhwin awal taun dpn,

  27. haqim says:

    sy berumur 22 thn. girfriend sy 29 tahun. klu sy kawin ngn dia. pada masa akan datang macam mne dengan hubungan kami. Dari segi take care memang saya bg dia 5 bintanglah. tp kdg2 bile sy tanya pendapat kawan2. ad yang sesetengah tu bagi jawapan yang negatif. tp ad jugak yg bagi jawapan yang positif. tp dari segi keluarga sy plak. keluarga sy ni macam 50%-50%. kdg2 sy sampai nk putus je ngn die.accaner tu?

  28. mawar says:

    sy pun ade mslh yg sama..sy ibu tggal brumur 27 thun n ada ank sorang.. skrg ni sdg brkwn dgn lelaki bujang umur 21 thun.mulanya cuma anggp die adik tp mkin lama tmbul prasaan syg antara kami..dr situ sy da pk mcm2 mslh yg akan tmbul klu kami truskn hbungan trutama dr fmily msing2.pnh berapa kali sy tolak cinta dia sbb x yakin tp dia dtg kembali..skrg ni sy tgh konfius samada utk truskan atau tidak.

  29. MrOnline says:

    Bgos btol topik ni..smoga blog ini sentiasa maju dan update tentang isu-2 semasa

  30. gadisblurr says:

    salam..mcm mane pulak kalau lelaki jauh lagi berusia dari ppuan,ppuan 20,lelaki 39. tambah2 lagi kalau lelaki tu suami orang?

  31. lee says:

    malah saya terbuka janda atau balu yang mempunyai anak sekiranya serasi saya terima. Saya seorang guru.

  32. Achdiat says:

    Saya umur 9 tahun dan say sedang menjalin cinta dengan janda beranak tiga umurnya 49 tahun ,usia kami terpaut 30 tahun, dan dia kini telah mengandung buah cinta kami.
    aku bingung gimana harus bilang ke famili buat menikahinya ?

  33. siti nurul dayane says:

    sy janda anak 1.. skrg nie sy berusia 31thn dan dy baru berusia 26thn. alhamdulilah keluarga dy terima sy seadanye.
    kemungkinan kami akn berkahwin dlm tahun nie.

  34. papie says:

    Salam Sejahtera….

    Here the real story…sy & psng beza 9thn.dah kawen 3thn lebih.anak sorang dah.Sepanjang perhubungan nie dugaan mmg BANYAK dan tak tertanggung rasanya,hanya mampu berserah pada TAKDIR.sAYa tahu,masa bercinta memamg BEST,ENGKAU SEGALANYA,SANGGUP HIDUP SUSAH,SANGGUP MENJALANI HIDUP BERSAMA WALAU APA PUN TERJADI..DUNIA OH DUNIA..ini sekadar peringatan & nasihat kepada kawan2 semua,FIKIR MASAK2,JANGAN TERBURU2,UTAMAKAN KELUARGA(PARENTS)KERANA MEREKA LEBIH MENGETAHUI PAHIT MANIS ALAM RUMAHTANGGA INI,KUKUHKAN KEWANGAN,BUAT PERSEDIAAN FIZIKAL,MENTAL..Remember!!!we are the leader…kepada pasangan perempuan,kalau dah tersurat dapat suami yg lebih muda,SEDARLAH…setinggi mana pun pangkat,sebanyak mana pun harta,sejauh mana beza usia,SEDARLAH,SEDARLAH SEDARLAH,,syurgamu terletak pada KEREDAHAN SUAMIMU(suami yg tidak melanggar batasan agama).Saya dah lalui semua ini,Perkahwinan bukan main2..Sebelum membuat keputusan,sebaiknya Pasangan LELAKI & PEREMPUAN,minta pandangan ORANG YG LEBIH BERPENGALAMAN,takut nanti MENYESAL DI PENGHUJUNG CERITA…kepada yang berjaya MENGHARUNGI BERSAMA TAHNIAH,,,,,Sekadar peringatan buat teman2,supaya tiada penyesalan di kemudian hari kelak…SEMOGA BERMANFAAT..gud LAK…NICE TOPic-tq to admin…..

    • nur lavender says:

      boleh berkongsi pengalaman… sebab sy janda anak 3.. baru2 ne ada seorang teruna usia 24thn ingin pristerikan sy dh berusia 32thn.. tetapi jarak umur buat sy rasa berat.. tp sy rasa selesa pertama kali keluar dgn dia.. dgn batas brkawan terjaga.. setiap waktu dia akan bawa sy ke masjid tuk tunai kewajipan.. tp hati sy belum terbuka tuk terima dia lebih dari seorang kawan..

      insan dlm dilema
      nur lavender

  35. aidil says:

    saya 21 n isteri sya 41…

  36. Ahmad says:

    Assalamualaikum…saya 23 dan dia 33…saya sukakan dia dalam diam dan x/ jarang bercakap dengannya jauh utk memberitahu saya suka kan dia….sebenarnya dia lecturer saya…saya punya prinsip akan kukuhkan kerjaya/pelajaran/kewangan dahulu kemudian saya akan beritahu pada dia….kalau dia jodoh saya yg Allah tetapkan tak kan kemana dia tu…tp kalau tidak saya pasti sangat sedih sebab saya sangat sukakn dia..apapun saya akan tunggu masa tu…

  37. ella says:

    askm.. sy ella berusia 23thun bru setahun bergelar janda tak ada anak… sy bru bekenalan dgn llki lgi muda dri sy melalui fb dri pesahabtan kmi mula mesra tpi sy jnis suka lelaki lebih tua.. so dyiawal kmi kwn dy tipu umo mngatakn umo dy 20thun sebb mnkn sy bole terima.. allah s.w.t maha mengetahui keihklasan aty dy sy pts cinta masa tu so sya rasa sedih n sepi dy hadir so kmi bncg untuk terus serius so kmi bncnta.. mcm2 jgk dugaan kami tempuh sepjg bercinta.. tpi antara kmi dy lebih matang.. lps raya dy nk jmpe kuarga sy sbb nk kahwen ngn sy.. ujian untk kmi bila kuarga dy tentang sy jdi xsdap aty.. akhirnye dy cter dy bru masuk 18thun.. tpi sy mmg ikhlas syg sy.. sebb sy jujur pada hbgn kmi.. sy pompuan yg sgt memahami n baik bgi dy.. bg sy dia matang sellu ada saat sy sedih.. sellu oesan jgn tgl sebyang.. pki tudng ttp aurat sy sgt seng dgn dy.. sy mula agk sedih n kecewa kami pon putus kn hbgn tu.. sebb dy penah bersumpah kalo dy tipu yg dy benar2 syg sy.. hbgnn kami xkekal.. semnngu berpisah sy yg sedih… mnynsal.. semua ada.. kenapa sy terllu ikt kata org kata ati.. sedangkan mne la tahu dy mmg jodoh yg terbaik buat sy.. akhirye setela sebulan berpisah sy sendiri tipon mnta couple blik.. sekrg kami lbh matang serahkan senua pada takdir.. sy terharu bila sy sedih dy sellu ada.. walo xdpt tolg dri segi kewangan tpi sokongan wat sy terharu.. dy terima kekurangan sy yg kuat merajuk.. sy harap kami akn besama suatu ari nnti.. ikhka diati sy.. sy mmg syg dy.. n jtuh cinta pada dy bkn usia tpi layann dy pada sy n kuarga dy..

  38. yuyue says:

    tunang saya 1 tahun lebih muda dr saya.and kami sgt ok..sy pun boleh hormat dia sbg ketua family kelak.. tak ada rasa kekok.

  39. ema says:

    Assalam…saya mohon pendapat dr semua. Saya dan teman lelaki beza 12 tahun lebih muda dari saya, saya dapat rasa kasih sayang diberikan berbanding dgn teman lelaki saya yg lebih tua dari saya sebelum ni. Hubungan kami telah masuk 7bulan. Antara satu sifat dia yg saya suka dia tak pernah tanya kisah silam saya, malah anak lelaki saya umur 13thn suka & rapat dgn dia sbb mereka berdua mempunyai minat yg sama iaitu bolasepak.
    Kami bercadang utk bernikah awal bulan July’14 tpi keluarga kami masih belum mengetahui hal kami ini. Tapi setelah melihat kad pengenalannya, hati saya mula resah, perasaan saya risau bimbang takut yg dia akan sia2kan saya. Lebih2 lagi bila umurnya mencecah 30an saya takut dia akan mencari yg lebih sebaya dgn umurnya. Kerana saya tahu lelaki umur 30an boleh dikatakan matang saya takut dgn kematangan itu dia tersedar kekurangan saya yg umur lebih jauh tua dari dia.
    Mohon pendapat semua…sekian, terima kasih.

  40. Alhamdullillah . Tenang sy mndgar cerita2 diatas sy jejaka brusia 22 dan sy brtmu dgn seorg hamba allah yg brusia 30 .. sy tenang brsma dia wlaupon usia kami brbeza ..
    sy slalu amal kan ayat .. kalau dah jodoh .. alhamdullillah syukur pd allah kerna temukan sy dan dia

  41. kikiwawa says:

    Assalammualaikum…
    saya telah menerima seorang lelaki yang usianya 5 tahun lbih muda dpd saya dan setahun lebih muda dpd adik saya. Dia mempunyai kerjaya yang tetap.Dia sering membantu saya jika saya mempunyai masalah.kami telah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu dan akan berkahwin pada tahun depan.keluarga masing2 telah merestui.pada pandangan keluarga saya dia seorang yang matang tapi pada saya dia tetap seperti budak2 lagi.hati dan perasaan saya tak sepenuhnya pada dia.tapi dia tak kisah dan sanggup bersabar.saya sendiri masih keliru samada nak teruskan @ nak minta putuskan pertunangan ini.tapi saya khuatir famili akan memarahi saya jika saya memutuskan pertunangan ini.

  42. Jenna says:

    Kalau perempuan tua 3 tahun dari lelaki tersebut. Terlalu jauh sangatkah usia tersebut?

  43. Assalamualaikum.
    Hi semua…sy seorg janda berumur 31tahun. Dia seorg 23 tahun. (8thn jarak hubungan kami)
    Kami kenal sejal dri tahun 2012. Mcm2 dh kami harungi wlu di awal perkenalan dia la yg sgt beria sgt nk menjaga saya. Ada permasalahan di sini.. anak2 tak tinggal dgn sy. Yg sulung lelaki berusia 6tahun kini tinggal bersama bekas suami. Sebb dulu, bekas suami yak bekerja dri sejak anak bru lahir sehingga berusia 3 tahun. Yg kecil pula, mmg dri kecil tinggal bersma ibu sy.. sebb sejak anak ke 2 di lahirkan bekas suami di tawaran bekrja di sektor kerajaan. Dan sy kena juga kerja dan kerja untuk menampung hidup. Setelah berpisah, sy hanya tinggal sehelai sepinggang. Dan masuh kena bekerja. Di sebabkan itu, sy merasakan sy tidak mampu untuk menguruskan anak2 dgn baik. Iya lah sebab masih kecil. Sy takut mereka tidak dpt sepenuh perhatian. Namun kerap kali sy mengambil anak2.
    Bercerita tentang si dia, yg 8 tahun lebih muda ini, egonya tinggi, cepat merajuk. Hehehe.. dia mempunyai efford yg sgt tinggi. Wlu pu kdg2 ada la juga selisih pendapat. (Itu normal kan???) Yang penting dia boleh terima anak2. Kami merancang utk bernikah. In syaa Allah. Sy masih menantikan dia menghabiskanpelajaran dia dulu. Sebb dia kata, nk tanggung isteri dan anak2 (anak2 sy) sebb dia tak nak lagi sy terseksa….. sweet kan?? -perempuan ni apa yg penting… kasih sayang dan sikap tanggung jawab je ygdorg nak… anak seorg lelaki bersedia memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga, dan di restui Allah, semua jalan akan jadi mudah…. betul tak? (Wlu pun, agak sukar bg sy menunggu dia nk abis belajar ekekekek.. :-p) skrg dh tahun akhir.. tunggu je la… in syaa Allah jika ada jodoh, tak ke mana kannnn???… doakan kami.. tak sabar sy ingin bersatu dgn anak2… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>