Bagaimana Untuk Memahami Suami Anda

Anda kata, anda tidak faham akan lelaki? Anda benar kerana lelaki sukar untuk di fahami oleh wanita seperti mana wanita sukar untuk di fahami oleh lelaki. Sebagai wanita, anda perlu fahami bahawa mereka hanya mempunyai perangai yang berbeza dari wanita. Sebagai seorang isteri, amat penting untuk anda cuba memahami hati suami tercinta anda agar segala perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Berikut saya kongsikan 5 cara bagaimana anda boleh memahami suami tercinta anda.

Pertama, jika anda hendak memahami suami anda, jangan terlalu syak wasangka pada dia. Kadangkala perasaan syak wasangka menutup hati kita untuk menilai perasaan sebenar seorang lelaki. Pernahkah anda bertanya pada suami soalan ini, ‘Apa yang abang fikirkan‘. Dan suami anda jawab kembali dengan jawapan.‘ Takde apa – apa‘.

Suami anda memang bercakap benar. Memang tiada apa – apa yang dia fikirkan. Lelaki tidak menyembunyikan rahsia tetapi mereka tidak mahu anda tahu rahsia mereka. Jika tiada kaitan dengan anda, mereka tidak akan cerita pada anda. Kurangkan syak wasangka, anda akan lebih memahami isi hati mereka.

Kedua, lelaki bersikap terus atau lurus. Jika anda mahu sesuatu dari mereka, anda perlu berterus terang. Jika tidak, mereka tidak tahu yang anda mahu sesuatu dari dia. Berbeza dengan wanita, lelaki suka berterus terang mengenai perasaan mereka.

Ketiga, jika dia di beritahu mengenai masalah, dia akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki adalah raja dan mereka rasa setiap masalah anda adalah tanggungjawab mereka. Jadi, jangan terlalu ringan mulut untuk menceritakan masalah anda pada suami anda. Lelaki apabila mendengar masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya.

Keempat, layan suami anda seperti kawan anda dalam masa yang sama juga sebagai teman hidup-semati anda. Kita akan berkawan dengan siapa sahaja yang kita suka. Kita terima seadanya kawan kita. Untuk memahami hati seorang lelaki, anda perlu layan mereka seperti kawan anda. Walaupun lelaki itu adalah suami anda, anda akan lebih rapat jika anda layan dia seperti seorang kawan.

Kelima, jangan dengar apa yang seorang lelaki kata tetapi lihat apa yang dia buat. Lelaki memang terkenal dengan perangai cakap tak serupa bikin. Jadi, untuk anda lebih mengenailnya, anda lihat apa yang di buatnya. Seorang lelaki boleh cakap sebanyak mungkin kata – kata cinta pada anda, tetapi untuk anda menilai cintanya, anda lihat apa yang dia lakukan untuk mencintai anda sebagai wanita.

Begitulah beberapa cara yang boleh anda cuba amalkan dalam kehidupan seharian anda untuk memahami hati suami tercinta anda. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan cara klik pada butang Share berwarna biru di sudut atas kanan segelah imej artikel ini.

One Response to “ “Bagaimana Untuk Memahami Suami Anda”

  1. amy says:

    suami saya sgt pendiam.. sy tau dia ada maslh tp die xpernah bercerita..senyap..dan akhirnya die yang stress..puas sy cube korek crite agar die lepaskan semua tekanan die tp masih tidak bercerita..kadang2 terasa hati juga kerana sy isterinya tetapi x pernah meluahkan apa2 maslh…
    sy sush nk phm sikap die..mungkin die ade terasa hati ngan sy kerana sy seorg yang belawanan sikap dengan die..tp xpernah tegur sikap sy…sy takut jd isteri derhaka secara tidak sengaja…mcm mane ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>