Cara-Cara Meyakinkan Ibubapa Kalau Nak Kahwin Muda

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.

Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.

Ok, habis tentang sesi pembuka kata dari saya untuk blog post kali :-)

Tujuan utama saya ialah ingin kongsikan artikel pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda cuba amalkan untuk meyakinkan ibubapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti:-

  • Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
  • Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
  • Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
  • Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
  • Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
  • Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
  • Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
  • Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
  • Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.

Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil kira sebelum nakĀ kahwin muda. Ini baru sebelum berkahwin, belum lagi selepas berkahwin. Tapi takpe, usah risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. InsyaAllah perkahwinan anda mampu bertahan.

Akhir kata dari saya, jika anda rasakan artikel ini amat bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facbook ye. Cuma perlu klik butang berwarna biru di sebelah bucu kanan atas imej artikel ini.

82 Responses to “ “Cara-Cara Meyakinkan Ibubapa Kalau Nak Kahwin Muda”

  1. fara says:

    saya nak berkahwin walaupun di usia muda.. tetapi.. bakal mak mertua saya menyarankan agar saya belajar hingga habis atas sebab umur saya yang sangat muda.. mcm mne saya perlu buat agar saya dpt yakin kan bakal mak mertua saya? saya inginkan pendapat anda..

    • Untuk kes ini, Fara memerlukan bantuan dari pasangan Fara juga dalam masa yang sama. Fara perlu berbincang dengan pasangan (bakal suami) untuk dia turut memberi keyakinan kepada kedua ibubapanya.

      Pasangan Fara itu boleh berbincang dengan ibubapanya dengan cara menyatakan sifat-sifat Fara, kelebihan Fara, pengetahuan Fara dalam urusan rumahtangga dan kebolehan Fara yang sudah bersedia untuk menguruskan hal ehwal rumahtangga (pandai masak/menjahit/jaga budak dan sebagainya).

      Fara juga perlu lah membuktikan kepada bakal ibubapa mertua Fara yang Fara juga mempunyai prestasi akademik yang memberansangkan.

      Banyakkan masa Fara bersama-sama keluarga pasangan Fara itu dan tunjukkan ciri-ciri yang telah saya nyatakan tadi. Dari situ, mereka boleh menilai diri Fara yang sebenarnya.

    • asalamualaikum…saya da baca komen anda.pertama sekali saya nak minta maaf kalau cadangan saya ne membuat awak rasa lain…

      Bagi saya,nak meyakinkan org tua2 ne memamg sngt susah…ttp kjujuran,keikhlasan,budi pekerti,akhlak, amat pnting dalm mykinkan org tua..bawala duduk berbincang baik2..terangkan sebab kenapa nak khwin muda dan terangkan kw
      khuatiran kalau x kahwin…dengan cara yg paling berhikmah….ya…insyallah…allah akn mmbntu hambanya yg mncri keredhaanya….

    • cik jenab says:

      sama la macam saya. keluarga saya n keluarga pihak lelaki xda masalah kerana mereka cuma ikut kata putus kami. tetapi, bf sy yang minta tunggu sehingga saya tamat belajar pertengahan tahun ini. katanya, sementara saya nak habis belajar, boleh la dia kukuhkan kewangan.

  2. ana buntu says:

    trm ksh ats pnduan diatas ye..mmg bersesuaian dgn situasi sy skrg.mslah sy adalah utk m’dirikan rmhtgge di usia muda disamping mslh lain.disini sy ingin mohon pndpt en. t’hdp masalah sy ni.mcm ni umur sy da diawal 20an dan m’punyai pilihan hati yg tlh berusia 27thn.mslah sy en. fmly sy mnentang pilihan sy krna psgn sy dianggap tidak setaraf dgn thap pndidikan sy skrg.skrg da 4thn kami knal dan mrancang utk mngikat tali p’tunangan terlebih dahulu sementara mnunggu sy tamat bljr ptghan thn dpn.akn ttp disebabkan hbgn kami prnh retak buat bbrape kali sblm ni kami tkt utk b’bincang dgn family sy.kami buntu d kini kami btul2 ikhlas utk bersama dan tidak mmnjangkan lg hbgn ini dalam keadaan ‘tidak halal’.mcm mne ye en nk pujuk fmly yg cm sy ni…kami fikir nk m’cari redha Allah je skrg ni dlm hbgn kami tp tkt nk b’dpn dgn fmly sy yg bgtu..ssh jgk dibwk berbincang..sy da buntu en.
    kptsn sy nk b’khwn awl pn bkn krne terdesak dan lau sy nk khwn sy nk dye 2 je…bkn plhn mak sy.sy tkt mak bwk calon lain smata2 sy ckp sy nk khwn awl…

    • Terima kasih juga buat Ana kerana sudi memberi feedback.

      Boleh sebenarnya jika Ana ingin teruskan hubungan tersebut. Tapi memang agak berisiko sikit, sebab anda berdua pernah berpisah.

      Tapi jika memang jodoh anda berdua kuat, InsyaAllah segalanya boleh berjalan dengan lancar. Mungkin ini merupakan dugaan anda sebelum berkahwin, mana tahu lepas kahwin segalanya akan ok.

      Sama-sama berdoa, dan cubalah berbincang dengan baik bersama keluarga Ana. Banyak berkata tentang kebaikan pasangan Ana tu kepada keluarga dan nyatakan matlamat Ana berkahwin ialah untuk tujuan ibadah juga.

      Selain itu, Ana juga perlulah tunjukkan ciri-ciri murni, patuh kepada agama dan telah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami/isteri di hadapan keluarga Ana.

      Banyakkan doa dan solat Hajat saya sarankan buat Ana. InsyaAllah, jika ada jodoh, memang Ana akan berkahwin juga nanti.

      Dari segi keberkatan ibubapa, InsyaAllah, hati manusia ini boleh berubah juga. Mungkin laman-kelamaan nanti lepas Ana berkahwin, hati mereka akan lembut dan mampu juga menerima pasangan Ana tu.

  3. sti atikah says:

    assalamualaikum w.b.t…
    di sini saya ingin meminta pendapat tentang masalah yang dihadapi..saya tidak mempunyai ibu dan ayah kerana mereka telah lama meninggal dunia..saya bercadang untuk berkahwin pada usia yang muda,dalam masa yang terdekat ini..abg kedua saya amat-amat setuju..namun, abang yang pertama dan ibu tiri saya kurang setuju…(amat tidak setuju)..saya berasa erba salah terhadap keluarga saya..namun keadaan saya memerlukan pasangan hidup dengan cara yang halal…

    • Waalaikumsalam saudari Atikah,

      Nasihat saya ialah, anda dan pasangan anda perlu bincang secara elok bersama keluarga anda.

      Yakinkan mereka dan nyatakan sebab yang kuat mengapa anda ingn berkahwin. Bukan hanya memberi alasan semata-mata ‘tak tahan’.

      Mungkin mereka rasakan anda terlalu muda. Jika saudari telahpun bekerja dan pasangan ada sedikit pendapatan tetap yang boleh menyara anda selepas berkahwin itulah yang lebih elok.

      Oleh cuba dulu segala tips yang saya kongsikan dalam artikel di atas, InsyaAllah pasti berjaya.

  4. sti atikah says:

    assalamualaikum,
    alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Nasihat ncik Khairul saya jadikan panduan. Dan sesungguhnya Allah telah banyak memudahkan jalan. Doakan semuanya dlam aturan dan perjalanan yang baik..insyaallah dan terima kasih

  5. din says:

    salam, saya sudah mempunyai rancangan untuk mndirikan rumah tangga di usia muda, dan juga sudah menyatakan hasrat ini kpd kluarga.. ttp masih ada diantara adik beradik saya yg kurang bersetuju walaupon orang tua saya sudah bersetuju.. apa yg perlu saya buat? perlukah saya mengambil kira bntahan tersebut? walhal pihak perempuan juga tidak menghalang.

    • Jika ibubapa sudah bersetuju, memang saudara boleh teruskan sahaja. InsyaAllah, lama-kelamaan hati mereka akan menjadi lembut dan boleh terima.

      Yang penting restu ibubapa. Banyakkan doa, InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalan.

    • fir says:

      situasinya same dgn saye…memang xde cara lain ke?

  6. jannah says:

    saya mintak izin share kat blog saya ya??? :)

  7. salam..alhamdulillah..saya telah pun berkahwin pd usia 21 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah ipta.kini telah pun mempunyai seorang anak..

    bg saya,amatlah patut bg mereka yang ingin berkahwin pd usia muda.daripada melakukan perkara2 mungkar disisi Allah..

    namun,ramai dikalangan masyarakat kita masih lagi berfikiran negatif..soal berkahwin muda.seolah2 perkahwinan ini merupakan satu beban kpd pelajar yang telah pun berkahwin..

    terima kasih diatas info yg berguna ini.
    izinkan saya paparkan info berguna ini di dalam blog saya..=)

    • Ribuan terima kasih buat puan Ummu di atas perkongsian puan. Saya amat menghargainya.

      Saya pasti, rakan-rakan pembaca kita yang lain akan mnendapat manfaat daripada pandangan dan pengalaman puan ini.

      Boleh puan, tiada sebarang masalah untuk puan kongsikan artikel ini di blog puan. Cumanya saya mohon puan untuk nyatakan sumbernya dan link kan ke laman blog saya ini ye :-)

  8. nurul says:

    Salam. Nama saya nurul. Saya berusia 20 tahun, saya dah bercinta dalam 1 tahun lebih. Saya mmmg yakin yg buah hati saya layak untuk jadi bapa kepada anak2 saya suatu hari nanti.Saya seorang yang tidak suka bergaul dan segala masalah atau perkara yang baik saya akan mengadu pd buah hati saya sahaja. Oleh sebab itu, kami macam belangkas. Saya kurang selesa sebenarnye dan saya nak ikatan yang halal. Masalah sekarang, saya masih belajar. Last six month, sy beritahu mak yang saya nak kahwin. Tapi mak bantah. Baru2 nie saya IM mak melalui FB, mak terus kol n marah2. Saya dah habis pk, sy betul2 nak kahwin cume sekarang saya buntu camne nak wad mak saya setuju sb saya masih belajar. Saya perlu point untuk berbincang ngan mak nanti. saya harap tempat nie boleh bantu saya. terima kasih. salam

    • Dalam hal ini, saya lebih sarankan agar Nurul habiskan dulu balajar tu.

      Keberkatan ibubapa memang penting. Lagipun Nurul masih mudah lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh, Allah akan permudahkan segalanya.

  9. Eynq-fendy says:

    As’kum.. Sy mengalami satu masalah… Iaitu mengenai pernikahan.. Saya dan pasangan telah lama merancang untuk bernikah… Sblum ini, saya takut untuk beritahu keluarga.. Kerna keluarga pasti menentang.. Jika mereka menerima, pasti mereka meletakkan harga hantaran yang tinggi.. Disebabkan ingin restu, Saya telah beritahu mereka, bahawa saya ingin berkahwin… Tetapi bapa saya seakan2 ingin membuang saya.. Akhir sekali, kami merancang untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim.. Adakah cara kami ini betul?..

    • Waalaikumsalam, adalah lebih baik bapa sebagai wali jikalau bapa kandung masih hidup dan boleh berjumpa dengannya.

      Cara mendapatkan wali hakim walaupun bapa masih hidup dan ada, adalah salah.

      Banyakkan berdoa agar Allah permudahkan jodoh anda.

  10. ina says:

    slm cik
    sy nak tny,sy umur 22 thn
    sy dah bercinta dgn seorang lelaki,dulu dia 1 kolej dgn dy,skarang dua2 dah lanjutkan pelajaran ke luar negara
    mslh kami,kami study di negara yg berbeza
    tp dlm 3 jam flight jarak antara kami
    mslh skarang
    kami btl2 nak berkahwin,sy alhamdulillah xdak mslh,parents dia pn dah setuju,tp kakak dia pulak yg xsetuju.alasannya ialah sbb kami belajar di lain2 negara..hmm,mcm mn ni ye..?

    • Salam Ina,

      Bagi saya boleh je, tiada masalah untuk Ina teruskan perancangan untuk berkahwin.

      Tak mengapa tentang kakaknya tu. Yang paling penting ialah keberkatan ibubapa kedua-dua belah pihak. Itu yang paling utama. Jikalau ibubapa sudah bersetuju, InsyaAllah dipermudahkan.

  11. acin says:

    salam….maaf yek….sy nk tnye…lau kwin mude bgus ke? Yela org skrg kn lain mcm org dlu…skrg idup pnuh dgn enjoi saje…maaf sy cube nk tahu pndapat anda… :-)

    • Memang bagus sebenarnya berkahwin di usia muda. Tapi perlulah bersedia dari segi segalanya terlebih dahulu lebih-lebih lagi dari segi kedudukan kewangan.

      Jika anda sumber pendapatan yang stabil, boleh teruskan.

      Apa yang penting keberkatan ibubapa.

  12. giena says:

    salam
    sy brumur 19 thun
    msih blajar
    psgn brumur 21
    pasgan sy ingin brkwin dgn sy tp sy xthu nk pjuk mak sy mcm mane..
    kami ingin brkhwin krna kami xmahu sesuatu y bruk blku…kami ingin mjga maruah msing2 dan ibu bapa…
    kami mahu hbgn y halal…
    kami dah mula mnabung untuk msa hdapn..
    mcm mna kami nk pjuk org tua kami…
    kami ingin hbgn y sah supaya org tidak mmndang hina kpd kami..kami ibu bapa setuju dan mahu kerhedaan Allah S.W.T dan ingin mdkati diri kepada-NYA..

  13. amiera says:

    salam…sy bru berusia 21 thun n skrg sdg blajar dlm bdang perubatan. sy ingin bkahwin tapi sy takut mak n adk bradik sy x bsetuju dgn pilihan sy. si ‘dia’ berusia 22 thun, lumpuh separuh bdan kesan dri ketumbuhan dlm otak 7 thun lpas n dia juga x dpat nk habiskan pengajian dia sbb pnyakit tu. bru2 ni dia ada mnjalani pmbedahan utk m’buang ktumbuhan dlm perut dia n dri situ la sy knal dgn dia. sy btul2 ikhlas cintakan dia n berazam utk bantu dia sihat semula. sy tahu yg keluarga sy akan m’bandingkan sy yg bkal mnjadi seorg doktor dgn si dia yg x punya apa2..hrap dpat bgi pndapat kpd sy.

  14. Mr Boon Too says:

    Sy masih berusia 19 tahun..dan pasangan saya pun sama usia…sudah 3 tahun hubungan kami…ibubapa kami tahu tentang hal ini..kami now masih blajar di sebuah IPTA… kami ingin berumahtangga sebab takut terlanjur, tapi bagaimana hendak memberitahu ibu bapa kami? saya dan pasangan sudah bersedia untuk menanggung tanggungjawab sebagai suami isteri…

  15. iti says:

    Assalamualaikum
    Saya nak minta pendapat en. Sy dan pasangan dh menjalinkan hubungan slama 3thn. perasaan hati,niat adlh utk berkahwin.tp sy dan pasangan masih belajar. sy dan pasangan ada bgtw fmly tntg niat utk brkhwin,wlupn hnya simple wedding.tp fmly kami xbg. sy dan pasangan tkut, jika kami xdisahkan awl2 tkut brlaku prkara d luar kawalan. buat pengetahuan en.,family kami telah mengetahui hbgn kami dan mereka tidak menghalang dan merestui.cuma mereka mahu kami habiskan belajar dan bekerja dulu.

  16. Firdaus Shafik says:

    Salam..
    saya pelajar diploma semester akhir.bulan 1 2012 saya akan mula bekerja.manakala kekasih hati sedang belajar ijasah di semester 3.kami ingin berkahwin pada bulan 5 2012.saya ada menyatakan mengenai perkahwinan saya pada family saya tetapi mereka macam berat hati untuk bg saya khwin.tetapi sebelah permpuan kelurga dia telah bersetuju.mcm mana ingin saya ternagkn kepada keluarga saya.

  17. GadiS says:

    assalamualaikum..
    sy ade keinginan berkahwin dan sudah sedia seadanya.sekarang umor sy dh masuk 25tahun.niat hati nk tamatkn zaman bujang lpas abes blaja umor 22tahun.masalahnya skrg mak sy yg terlalu memilih.semua pilihan sy “xhensem” katanya..walhal sy xkesah pon asalkan aty baik n ikhlas dan btgjawab…sehingga sekrg sy xdpt nk dirikan umahtgga hnya sbb itu shja..sy naik buntu. skrg sy nekad jika pilihan kali ni xberjaya memuaskan hati ibu bapa sy, sy tetap akan kawen jg…sy perlukan seseorg tuk guide sy..

  18. cahaya kemuliaan says:

    assalamualaikum..sy ingin btnye sdkit pendapt..sy skang masih blajar n tgh mempunyai seorng teman lelaki yang lebih 8 thn berusia dr sy..ibu bapa sy ni agak tegas dlm hubngn antre lelaki nie..kalau boleh sy ingin cepat mmberithu ibubpe sy bhwa sy sudah ade teman agar kami bhubungn dlm hubgn yng ase lebih yakin krne ibubpe sy merstuinye..ibubpe pihak lelaki tidak ade mslh mereka sgt bpikirn tbuka..cume sy risawkan reaksi ibubpe sy apabila sy mmberitahu mereka sy sudah mmpunyai teman lelaki…sy takot..tolong sy..

  19. cahaya kemuliaan says:

    assalamualaikum..sy ingin mminte pendpt..sy bkwn dgn lelaki y 8 thn lbh tua dr sy..sy mmpunyai ibubpe y tegas dlm hal phubgn nie..sy takot ingin mmberithu mereka bhwe sy sdh ade tmn lelaki..ape y perlu sy lakukn..sy ingin hbgn kami ini drestui olh ibubpe..psngn sy juge sme..ibubpe die amt bpkirn tbuka…cume sy risawkn ibubpe sy,,,ape y plu sy lakukan??

  20. buntu says:

    salam,umur sy br 19thn,,,tp pkwe sy dah 38thn,,, pbezaan umur kami ketara…tp kitorg saling mmahami,,,dn bcadang untuk berkahwin,,,dia pn mmpunyai ekonomi yg stabil tp masalahnya sekarang,sy masih lg belajar dn sy takot utk mmberitahu keluarga sy,,takut ditolak krana dlm family sy,,,,sy yg paling muda ttp paling awal nk kahwin,,,bimbang dikata gatal sangat nk kahwin,,,,sy buntu utk wt kputusan…

  21. anna says:

    salam
    sy dan pasangan merancang utk kawin muda,umur sy baru 21 dan dia 22..dia banyak menjaga saya,sy dah bg tau hasrat ini pada family saya,mereka setuju tetapi si dia masih belum memberitahu pada familnye kerana takut x diterima..disebabkan dlm family si dia masih belum ada yg pernah berkawin muda..kami plan nak kahwin muda sbb kami mahu saling menjadi yg halal dgn secepatnye..

  22. nisa' says:

    Assalamualaikum wbt..
    Alhamdulillah,sy skrg sedang menuntut di Timur Tengah dlm tahun dua,umur sy skrg awal 20an.kira2 3bulan lepas sy tlh ditaqdim oleh seorg lelaki y sebaya dgn sy,juga masih menuntut di sebuah maktab perguruan di Malaysia.

    setelah membuat beberapa pertimbangan dan juga istikharah,maka sy mengambil keputusan untuk menerima lamarannya dalam keadaan tidak pernah bertemu dua mata ataupun mendengar suara.kami hanya berbincang menggunakan wasilah fb sahaja.sy cuma pernah lihat gambarnya di fb.bermakna,dr segi syarak kami telah pun bergelar tunang.

    setelah itu,sy minta dia dtg ke rumah sy untuk bertemu ibu bapa saya.ibu bapa saya nampaknya xada masalah dgn dia kerana Alhamdulillah dia org yang baik akhlak dan agamanya.ini memang diakui oleh guru dan rakan2 yang mengenalinya.

    cuma satu je masalah,iaitu ibu bapa kami masing2 minta kami habiskan belajar dulu.
    sy xtahu alasn ibu bapa dia,tp mak saya kata kami xada duit cmna nak nikah dan belum jatuh hukum wajib pun untuk bernikah..tu je masalahnya.
    walhal kami bercadang untk bernikah pd pertengahan tahun depan,waktu saya bercuti selama 3bulan pulang ke Malaysia.kami xnak bertunang lama2 demi untuk menjaga iman dan agama kami.

    sebenarnya sebab sy nk bernikah awal dgn tunang pun bukan sebab nafsu semata2,tp kerana sy lihat ada potensi yang baik dlm diri dia untuk membawa saya dan keluarga ke arah yang diredhai Allah.sy sudah gali kisah2 para sahabat dan juga riwayat2 yang disandarkan kepada Nabi,sya kaji..maka kesimpulannya y sy dapat Islam memang menggalakkan umatnya berkahwin awal.apatah lagi di zaman fitnah ni demi menjaga iman kita yang nipis ni.

    pd saya,memang xad masalah dr segi ekonomi,yakni kewangan..sebab sy memang merancang untuk bernikah sekadarnya ,asalkan cukup rukun dan sah pd syariat.xperlu mas khwin tinggi2,atau persalinan berpasang2.pakai baju raya tahun lepas pun xpa.

    lgpun ,jika nikah tahun depan,kami cuma sempat tinggal 3bulan je,lps tu sy balik timur tengah ,lepas 2tahun baru jumpa semula.dan dia pula,masih berbaki satu tahun pengajian.sy kira xada masalah jika dia belajar dan saya boleh mula bekerja.

    lg satu sebab ialah sy rasa lebih baik sy bernikah daripada duduk bawah tanggungan ayah saya sedangkn ayah saya sudah lama tidak melaksanakan tanggjwbnya dlm mendidik dan menyara saya.mak saya yang bertungkus lumus untuk sara keluarga.itupun masih tidak cukup.

    saya rasa dlm situasi sy yang sekrg ni,lebih baik sy bernikah supaya ad orang lain yang dpt take care ke atas saya dan ambilalih tugas ayah saya yang dah terabai tu.lebih2 lagi bila fikirkan rumah kecil saya tu,sy segan nk duduk di rumah sy masa balik nanti sbb rumah sy sgt kecil,kami adik beradik semua tidur di ruang tamu.kalau ayah ada,kadang2 ayah pun tidur dgn kami sekali.sy sgt xselesa bila bangun2 pagi je,ada ayah kat sebelah.sy berfkir2,jika sy balik nti kat manalah sy nak tidur.kalau sy nikah,bolehlah sy menumpang tidur di rumah keluarga suami saya..

    mak kata xperlu balik cuti 3bulan,tp sy balik pun sbb nk tgk situasi di msia..tgk khabar iman adik2,saudara mara saya..sekurang2nya bila balik semula ke tt sy tahu apa yang saya perlu persiapkan untuk keperluan jasadi dan rohani mereka.

    mak sy juga kata xperlu nikah cepat2 sebab kami berjauhan ,tu y kata belum ad hukum wajib.tp mungkin mak xperasan,skrg ni zmn it.kami juga seboleh2nya nk menjaga diri kami dpd bermesej selalu wlupun hanya membincgkn tentang msa depan kami dan masih jaga batas2 berhubung dlm mesej.xad gurau2 dan ramah mesra yang berlebihan.

    mohon cadangan dan pendapat dpd tuan.
    sy xpandai nk terangkan secara lisan,sy cuma tahu tulis je..ni satu kelemahan saya jugaklah..lg2 sy cuma boleh berhubung dgn ibu saya menggunakan tel;efon sahaja.

    mungkin ada cadangan yang bernas dpd pihak tuan untu membantu saya menjelaskan keadaan saya ni.kami rancaang untuk bernikah dlm bulan jun 2012.
    syukran ..jazakallah khairal jazak..

  23. izati says:

    saya seorang pelajar universiti semester 4 dan merancang ingin berkahwin.pasangan yang saya maksudkan adalah sepupu saya sendiri. mengikut sunnah nabi, perkahwinan sepupu sama sepupu adalah tidak digalakkan kerana keturunan yang bakal tidak berkembang. tetapi, kami saling sayang-menyayangi satu sama lain dan mungkin ini jodoh kami. keluraga belah lelaki boleh terima perhubungan kami. bagaimanapun, keluarga belah saya masih belum tahu tentang perhubungan kami kerana saya takut mereka melarang kami ada hubungan sebegitu. tambahan kami merancang ingin berkahwin. apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah, samada keluarga saya terima atau tidak. jika terima, Alhamdulillah. tetapi bagaimana pula jika mereka TIDAK terima? Apakah cara untuk saya yakinkan mereka untuk terima niat kami sebagai sepupu untuk berkahwin? terima kasih :)

  24. hfar says:

    saya pelajar universiti diploma.. baru berumur 20tahun.. saya dan pasangan saya sudah bersedia untuk berkahwin awal.. kedua parents kami sudah tahu hubungan kami ini.. cuma saya tidak pasti mereka tahu atau tidak yang hubungan kami serius untuk ke perkahwinan.. kami takut untuk menyatakan kedua parents kami.. sebab ayah saya pernak beritahu saya lepas habis degree baru boleh kawin.. macam mana cara untuk berdepan dengan parents kami camni? maksud saya bagaimana..

  25. muhammad shahrulnizam says:

    assalamualaikum
    saya sgt2 suka pada seseorang ni
    namun saya malu nak meluahkannya
    patut ke saya pendam atau luahkan?
    mana yang lebih baik?

  26. Gadis says:

    Assalamualaikum. Di sini sy ingin meminta pndpt. Sy seorg gds berumur 21 thun dan mrncang untuk berkhwin. Psgn sy sudah bekerja, mnakala sy pula msh lg blajar. Keluarga kami jga sudah sling mngenali antra stu sma lain. Sy mrncg untuk bertunang, walaubagaimanapun keadaan keluarga sy yg kucar kacir membuatkan niat ini tertangguh. Mak sy brda d tmpt lain, ayah sy pula di tmpt lain, xbersefahaman, dan agak mustahil untuk membiarkn mereka berjumpa tkut berlaku pkra xdiingini. Terlalu rumit untuk diceritakan. Apa perlu sy buat? Kakak sy mncdangkan spya sy cpt kahwin supaya ada tmpt bgntung mmndangkan keadaan kluarga sy yg sebegitu. Mslhnya bgmna akad n mjlis nk belangsung tnpa mak & ayah disisi? Saya sangat2 buntu sekarang, sy btol2 inginkan mak & ayah disisi di saat sy bgelar isteri org. Sy yakin sy btol2 bsedia nk berkahwin, dan seperti yg kakak sy sbutkn sy perlu tmpt bergntung.

  27. jasi says:

    saya pelajar thun akhir diuniversiti n pasangan saya pun pelajar thun akhir.kmi dah nak 1 thun berhubungan.orang tua saya telah bersetuju dengan psangan saya tpi belah laki malah sebaliknya.diorang xsetuju.apa yg harus sya lakukan

  28. cnq says:

    Salam,
    Kami pasangan yg berjarak jauh dan umur pun berjarak. Bakal suami saya 24 tahun manakala saya 29, masing2 dah bekerja, Ada income tetap dan Alhamdulillah setakat ini, dia berjaya meyakinkan ibu bapa kami walaupun umurnya muda tp kematangannya mengalahkan kematangan saya. Doakan Kami!

  29. Matahari says:

    salam.. sy ingin kahwin awl.. tp,kluarga sy tidak membenarkn slagi umur sy tdak mencecah 26.. bgaimana sy ingin meyakinkn mereka sedangkn psngn sy sudah bersdia.. kluarganya trut menggalak kn kami bernikah awal dan hnya menunggu sy tamat plajran..

  30. mountain bike rider says:

    salam. saya tiada pasangan untuk kahwin muda. kerana fikiran saya sentiasa fikir ke arah masa depan. ingin juga pasangan. tapi apabila untuk mendapat pilihan hati. memang sukar, bukan apa. di antra mereka sudah berpunya, hnya hndak berkawan. dan saya decide untuk berfikir belajar. adakah perasaan ini betul untuk lakukan demi masa depan?? saya juga takot untuk mengenali hati perempuan lebih dekat, kerana takot dapat jawapan yang kecewa. sekian;

  31. nilya says:

    assalamualaikum. sy seorg pelajar yg berumur 21thn, dan kemusykilan sy sama seperti rakan2 di atas, berniat utk bernikah awal. tetapi sy kurang berjaya meyakinkan ibu bapa sy kerana mereka merasakan sy seperti tidak mampu utk menguruskan rumah tangga. tp sy yakin, perkahwinan tu mampu mengubah pandangan dan pendirian seseorg itu menjadi lebih baik. sy berharap dr pandangan mana2 pihak dapat memberikan sy semangat utk menjadi seorg yg berfikiran matang dalam hal2 seperti ini.

  32. miss dilema says:

    salam..sy bry berumur 19 tahun dan bercadang untuk bertunang dengan lelaki pilihan sy..memandangkan kemi suda kenal agk lme..sy rasa..aya plu mempunyai hbgn dgnya sbg ikatan y sah.dan rancangan sy..sy hndak mdirikan umah tge ketika berumur 20 tahun..adakah tindkan sy ini salah atau terlalu muda?

  33. nazatul says:

    assalamualaikum..saya berusia 20 tahun,dan mempunyai teman lelaki berusia 19 tahun..jarak umur kami hanya sebulan kerana dia lahir pada januari manakala saya lahir pada disember..kami berkenalan di tempat kerja..ketika itu saya sedang menunggu panggilan untuk ke ijazah manakala teman lelaki saya pula sedang menunggu panggilan ke diploma..sebelum saya mengenali teman lelaki saya ini,saya pernah bercinta dengan seorang lelaki non muslim tetapi hanya bertahan hanya sebulan kerana tentangan keluarga..waktu itu saya masih muda dan tidak boleh membezakan mana yang baik dan buruk..sehinggalah saya bertemu dengan teman lelaki saya yang sekarang ni..bermula sebagai kawan,dia banyak menasihati saya mengenai soal agama..walaupun dia muda setahun dari saya,saya berasa selesa dengan dia kerana dia tidak pernah mahu ambil kesemptan trhadap saya..alhamdulllah,saya berjaya melanjutkan ijazah saya di sebuah universiti di sarawak..dan teman saya pula berjaya sambung di perak..mulanya saya menolak bila dia meluahkan perasaan pada saya pada hari terakhir saya bekerja..tapi hati saya tersentuh bila dia sempat memberi bekalan kepada saya untuk saya bawa ke sarawak,iaitu sepasang telekung,sebuah tafsir alquran dan dua buah kitab agama..saya percaya,dia mampu jaga saya..jadi saya menerima diri dia dalam hidup saya..kini,saya di sarawak,dia di semenanjung..kami hanya berhubung melalui mesej,telefon..kadang2 skype..saya ada terfikir,mahu berkahwin dengan dia walaupun kami masih belajar..walaupun kami jauh,tapi saya bimbang,kami akan melakukan zina secara tak sedar,melalui suara kami di telefon..saya ada suarakan hasrat saya untuk berkahwin kepada dia,dia bersetuju,tetapi dia minta saya tanya kedua ibu bapa saya dahulu..masalahnya,saya harapan keluarga..saya selalu berikan keputusan periksa yang terbaik pada ibu bapa saya..dan semestinya,mereka mahukan saya habiskan belajar dan dapatkan kerja yang bagus dahulu sebelum berkahwin..lagi,kedua2 abang saya masih belum berkahwin,tiba2 saya pula yang mahu berkahwin dahulu..saya bimbang,ibu bapa tak merestui..kerana teman saya pun baru berusia 19 tahun..saya bimbang,walaupun kami berjauhan,bila syaitan dah menggoda,walau macam mana kami mencegahnya,kami bimbang benda yang tak diingini akan berlaku..jadi,saya merancang untuk berkahwin awal..tetapi,kami masih belajar dan masing2 masih bergantung pada duit PTPTN dan duit dari keluarga masing2..jadi,bagaimana?

  34. ainun says:

    salam, mcm mana nak yakinkan ibubapa supaya mmberi izin saya utk bnikah awal dgn cara nkah gntung? kerana kami msh tak ckup duit tuk buat mjlis kahwin sedangkan kmi tak nak berdosa dgn ikatan yg tak sah ni. sy dah jelaskn kpd ibu, tp ibu ttp tak stuju krn tkot dgn pndngan serong msyarakat. ibu sy sruh si dia kmpul duit dan buat nikah mcm biasa(ada knduri dll). msalahnye si dia hanya kerja2 kmpung je. tak mungkin dpat kmpul duit byk dlm msa trdekat. sedgkan kami tak nak mlambatkn pernikahan ini krn tkot dgn hkum allah. mcm mna nk pjuk hati ibu bapa sy dan ibubapa dia?

  35. mya says:

    Assalamualaikum

    Sy ingkn pendapt dr sume.sy berumur 26 thn dn psngn sy berumur 24 thn…sy ingin berkhwin tp ibu sy tdk setuju krna ibu sy beranggpn psngn sy msih muda dn belum sesuai untk brkhwn..jd apa yg perlu sy wat utk yakinkn ibu sy yg psngan sy benr2 bersdia utk kwhin wlupn umurye msh muda…

  36. jijah says:

    saya harap sume bersabar diatas ujian ini. sume perkara ada hikmah dsebaliknye ye..byk2 doa k.

  37. Aimi Adibah says:

    Assalamualaikum..
    saya baru berumur 18 tahun..
    sudah pun mempunyai seorang teman istimewa…
    saya mempunyai hasrat untuk berkahwin pada usia saya sekarang ini..
    tetapi teman saya kata,dia belum bersedia lagi..
    bagi saya kami dalam golongan WAJIB berkahwin..
    macam mane saya nak yakinkan teman saya,ibu bapa saya dan juga keluarga teman saya ?

  38. elrania says:

    saya berumur 22 tahun dan ingin mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki saya yang berlainan agama. dari segi kewangan kami masing masing stabil kerana mempunyai perkerjaan yang menjamin masa hadapan. masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya takut hendak memberitahu kedua dua ibubapa saya yang saya hendak mendirikan rumah tangga bersama dia

    • Raj says:

      Elrania nice to meet you im Raj saye pun mengalami masalah seperti kamu, pasangan saya pun seorang melayu islam im indian hindu so i feel nervous fren

  39. fazza says:

    sy berumur 25 tahun..berada di semester akhir pengajian..sy ingin berkahwin setelah tamat pengajian..tetapi yg menjadi masalah kakak sy mahu sy bekerja dan mengumpul wang untuk berkahwin terlebih dahulu memandangkan sy ank bongsu..tetapi sy hanya mahu melaksanakan yg wajib iaitu akad nikah dan majlis yg sederhana sahaja..ayah sy merestui perkahwinan dilakukan secepat mungkin..yang menjadi halangan adalah kakak sy..apa pendapat ustaz??

  40. Anonymous says:

    Assalamualaikum, saya seorang gadis berusia 21 tahun. Skarang belajar di luar negara di tahun ke-2. Saya dah berkenalan dengan teman lelaki saya selama 1tahun lebih dan dia pun sudah bekerja di sini juga hampir 2 tahun. Sejak berkenalan dengan dia kami bnyak berkongsi masalah dan juga menjalani bisnes yang makin menjadi2 (insyaAllah) di sini. Sejak mula berkenalan dgn dia, dia sudah pun nyatakan niatnya untuk berkahwin dengan saya tetapi saya belum sedia. Sekarang setelah menjalani banyak urusan dengannye dan juga timbul perasaan syg terhadapnya saya bersetuju untuk meneruskan perancangan kami untuk berkahwin.

    Saya sudah pun kenalkan teman lelaki saya kepada keluarga saya, tetapi Belum menyatakan niat kami kerana baru first time jumpe. Skrg kami merancang untuk jumpe semula ibu bapa saya untuk mendapatkan restu dan pendapat mengenai perancangan kami, tetapi apabila saya beritahu mak saya dari skype, dia ckp”abah takkan setuju slagi u tak habis belajar.”

    Ibu dan bapa saya tidak tinggal bersama untuk skrg sebab urusan kerja. Jadi peluang untuk jumpe dgn ibubapa sya sukar sedikit. Cuti keja teman lelaki saya juga tak bnyak. Skrg ni kami ada beli tiket flight utk ke tempat ayah saya, malangnye ntuk 1HARI shj dpt. Adakah patut saya meneruskan shj perjumpaan ni bersama ayah saya? Dan btul ke caranya ntuk teman lelaki saya menyatakan hajat itu masa itu? Saya jdi bingung sebab saya dpt rasa ayah sya akan marah atau bantah tapi saya macam nak cube nak cerita n dptkan kefahamannya. Walaupun ibu saya sudah menceritakan tentang keputusan ayah yng dia mungkin akan bg. Stakat ni saya belum call dia mengenai flight saya ke sana 3 minggu lagi.

    Kalau boleh share jugak tutur cara untuk bercakap dgn ibu bapa supaya tidak terkasar bahsa sbb parents are sensitive kan.

    Harap dpt bntu.

    Terima kasih

  41. Fyz Mohamad says:

    Assalamualaikum… Saya berniat untuk kahwin awal.. tapi mak saya nampak macam tak setuju walaupun pasangan saya sudah menyatakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih mendalam.. Mak saya menyuruh saya menamatkan pengajian sebelum berumah tangga.. Si dia juga telah bekerja dan akan menyambung pengajian tak lama lagi.. patut ke kami kahwin awal??

    #mohon share.. :)

  42. shafeeq says:

    assalamualaikum sedara, saya mohon pandangan saudara..saya dan kekasih saya sudah kenal hampir 7 bulan, jadi kami sudah membuat kata putus untuk berkahwin, selama ini saya dan kekasih keluar tanpa memberitahu ibu bpa kekasih saya..ibu bapanya tidak tahu kami keluar setiap minggu..ibu bpanya tahu kami keluar sebulan sekali dgn saya menjempu kekasih saya dirumah..jadi kami ingin bernikah..

    persoalan saya bagaimana saya ingin memberitahu ibu dan bapa kekasih saya tentang hunbungan saya yang serius ini dan ingin memasuk meminang kekasih saya

  43. Alai says:

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya berumur 26 tahun dan sedang bekerja di Bank. Teman lelaki saya ber umur 24 tahun dan bekerja di Syarikat IT. Kmi ingin berkahwin tetapi ayah teman lelaki saya tidak mengizinkan. Ayah teman lelaki saya berpendapat teman lelaki saya belum bersedia. Manakala ibunya sudah memberi kami restu. Apakah patut saya buat?

    Terima kasih

  44. ayu says:

    salam,saya hadapi masalah dimana psgn sy sudah melamar saya 2 kali.sy juga dah kenalkan dy kpd keluarga dan pd raya 2012 keluarga dy sdh dtg bjumpa kluarga sy.ibunya bertanya perihal sy,tetapi ibu saya meminta spy sy bkerja dulu.baru-baru ini sekali lagi dy mytakan untk bertunang.saya terpaksa mberi alasan yg munasabah demi menjaga hati ibu saya dan dia.dia slalu sruh sy berbincg elok2 dgn ibu,sdgkan ibu sy susah untuk bertolak ansur dengan saya dan saya terpaksa menurutinya walhal sy sdh ckup dws.bagaimana harus saya katakan kpd ibu yg sy mahu berkahwin awal kerana sy takut untk tjebak dalam kemaksiatan.sy ingin skali mympaikn hasrat pd ibu tp sering tertahan2 demi mnjg hati ibu.bantu saya.wasalam…terima kasih.

  45. nur syafiqa binti abdullah says:

    sy ingin mendirikn rumahtangga pd usia 17 tahun pd tahun ni..blh x?

  46. GaDis BuNtu says:

    Salam,,n selamat petang..sy berusia 20 tahun..sy mmpunyai hasrat ntk tmtkn zamn bujng..
    Tp msalh sy kunk,,ibu bpa sy..tak setju..sy trlalu bhgia dgn ibu bpa bf sy..mlh,,kakk2 dy pown sy rpt,,ank sdare dy sudh anggp sy mk sdra mreka..seng cerit,,fmly dy..smoa ok dgn sy..tlong larh sy..
    Terima ksh,,salam..

  47. eka says:

    salam,,saya juga mmpunyai niat yg sama..pihak lelaki tiada masalah..tetapi sy kurang keyakinan untuk berterus terang dengan ibu bapa sy kerana kami jarang berbicara ttg perasaan..lagipun,sy anak sulong dan bimbang mereka terkejut dgn luahan sy,,saya pernah menulis surat untuk diberikan kpd ibu ayah,,tp smpai ke hari ini surat itu sy simpan dalam diari..x berani nak bagi..memandangkan kami bakal meneruskan tanggung jawab sebagai mahasiswa tidak lama lagi,,dan akan berada jauh dr pandangan ibu bapa,,hati saya sering gundah memikirkan hal ini…tolong bantu sy..

  48. Alyssa Syazwina says:

    Salam, ibu bapa pasangan saya dh tanya saya. Mereka mahu dtg merisik sekali ingin mengahwinkan saya dan pasangan pada tahun ini. Saya dan pasangan saya berumur 18 tahun. Keluarga pihak lelaki sudah bersetuju untuk menanggung segala perblanjaan harian kami sehinggalah kami habis berlajar. Masalahnya sekarang ibu dan bapa saya berpendapat kahwin awal sebagai satu bnda yg negatif. Mcm mne saya nk yakinkan mereka bahawa kahwin awal ini adalah sesuatu kebaikan?

  49. Along says:

    #Assalamualaikum, sya ni rancang2 nak mendirikan rumah tangga d usia muda, umur sya baru mencecah 18 Tahun, sya xnk lah ber”couple” lagi, sya nak jdikan pasangan saya itu sebagai isteri sya yang sah, di sini sya nak tanya tentang kos perkahwinan, maklumlah sya masih lagi ingin menyambung belajar, tpi, sya risau dan sya masih kabur soal mas kahwin ni . .

  50. farah says:

    salam…sy akn mendirikn rumah tangga xlama lagi..tpi dlm masa yg sama kami xtahu nk cari wang untuk kahwin muda..kami sekarang hanya tunggu masa utk kahwin..n sy harap pasangan sy berjaya mengumpul wang utk majlis perkahwinan kami yg akn berlangsung tahun depan..

  51. ELLIE says:

    salam..sy nk mintak pendapat..mcm mane nk yakinkan ibubapa untuk kawin awal? sy n bf merancang untk bertunang tahun depan..n kawin pada tahun 2015..sy pernah myatakan hasrat kpd ibu sy untuk bertunang..tp tidak lg kpd bapa sy kerana sy takut bapa sy xkn beri keizinan.. the problem is, bapa sy selalu fikir,if kawin awal..sy akan lupakan jasa mereka,,walhal sy xkan pernah lupakan jasa mereka ibubapa sy,, dan akan terus menyara mereka..niat sy n bf untuk kawin awal adalah untuk mendapat keredhaan dari ALLAH dan mengelak benda yang tidak elok.. mohon en.khairul bantu sy..

  52. ehwan says:

    salam..saya ingin berkahwin muda,keluarga pihak perempuan sudah bersetuju & menerima saya kerana saya sudah bekerja dan juga sudah mempunyai pendapatan yg mencukupi,masalah sekarang ialah pada ayah saya,dia seperti tidak yakin dengan saya padahal sudah berkali-kali saya menyatakan hasrat untuk berkahwin awal tetapi apabila saya menyatakan hasrat saya ini dia membalas jawapannya seperti tidak membenarkan saya berkahwin awal. mohon minta pendapat kalian akan masalah saya ini.

  53. ahmad says:

    Sy ade masalah, sy dah lame kenal dgn kekasih sy. Tetapi dia masih enggan memberitahu ibu bapanya tentang hubungan kami dengan alasan takut akan ibu bapanya. Suah puas sy pujuk tetapi dia ttp berdegil. Dia beritahu yg ibu dan bapanya bukan mcm org lain dan kuat mengongkol hidupnya. Sukar utk kami berhubung kalau dia berada di rumah kerana takut akan ibu bapanya. Sy btul2 rimas dgn keadaan dia skrng.olong la sy berikan .. T,Tpendapat

  54. Raj says:

    terima kasih kepada cik/encik kerana dapat kongsi perkara yang indah kepada saye….. saye menghargai point of view anda tq……

  55. Raj says:

    saya ingin tanya, saya seorang india pasangan saya adalah seorang melayu (ISLAM) macam mane cara untuk memperkenalkan diri saye kepada ibu bapa pasangan saye sebab saye rasa ragu2 coz im indian feel nervous can anyone help me?????

  56. nur farahain says:

    assalamualaikum. sy ingin mnta pndapat admin. sy n bf merancang utk m’buat ikatan.tfikir utk nikah khitbah mmandangkan sy masih bljr n takut ibu bapa sy x mnerima cdgn kmi utk bkahwin awal.kmi bdua x brapa bstuju utk btunang krna btunang bkn la m’halal kn yg haram.niat kmi bdua utk bkahwin dgn cara nikah khitbah ikhlas agar kmi tidak tjerumus dlm maksiat.takut akan ketelanjuran n hasutan syaitan. akan ttp ibu bf sy x brpa bstuju dgn nikah khitbah dan beliau mahu cara kahwin yg biasa d amal kn org lain d mana beliau mahu saya d tmpung spenuh ny oleh bkal bf saya dan bsekedudukan slepas kahwin.ttp saya mpunyai msalah pula dgn ibu saya krana saya tkut ibu saya tidak bstuju lngsung dgn mna2 cdgn kmi ini.(ibu saya agak garang.hehe..)ttp saya blm lg btanya akan pndapat ibu saya krna saya blm ada kberanian..harap admin boleh beri nasihat n tips yg bguna yg dpt mmbantu maslah sy ini.terima kasih.:)

  57. Nur cahaya says:

    salam,,
    Nur berumur 23 tahun n baru sahaja tamat belajar. Sekarang sedang bekerja. Nur mengenali si dia sejak 1 tahun yang lalu. Hubungan kami alhamdulillah,, gembira n bahagia. Yang menjadi masalah sekarang ni ialah ibu semacam x menyukai si dia, Untuk pengetahuan, si dia berumur 43 tahun, seorang duda yang mempunyai 4 orang anak n bekerja sebagai seorang guru.

    Nur cuba untuk menyakinkan mereka bahawa bukan harta yang menyebabkan nur memilihnya. Boleh x tolong beri cadangan ataupun cara untuk nur berbincang bersama mereka tanpa menyakiti hati mereka? pada nur mereka masih segala-galanya buat nur, tapi nur cuma minta ruang yang sedikit untuk nur gembira dgn pilihan nur.

    Terima kasih ye sudi beri pendapat.

  58. husna says:

    Salam.umur saya 20 tahun dan saya ingin berkahwin dengan pasangan saya yang berunur 28 tahun. Saya masih belajar tetapi dy sudah bekerja. Kerja dia biasa biasa sahaja. Sy sedang ambil degree. Manakala si dia hanyalah kerja kampung. Alhamdulillah si dia seorang yang kuat agama. Saya ingin kahwin tetapi keluarga saya tidak setuju kerana si dia tidak ber pendidikan tnggi. Bagi saya itu x penting. Apa yg penting si dia dpt bimbing sy ke syurga. Apa yg patot saya lakukan untuk yakinkan keluarga saya?

  59. Najjah says:

    Slm..sy nak bertanya pendapt saya umor saya 21 tahun n pasangan saya 22 tahun.masing2 dh berkerja..sy berazam untuk berkhawin dgn dia tapi masalahnya sy xtahu macam mane saya nk bagi tahu mak saya yang saya nk berkhawin dgn dia sbb mak sy ni garang sikit phtu bnyk soalan n alasan???kalu boleh sy khawin awal..asalan ape yg perlu bgi thu mak sya yg dia boleh terima n sejutu??

  60. hana says:

    Hai..
    terima kasih.. Saya suka baca entry awak.. Saya nak tanya saya ada pasangan yg lebih tua dari sya.. Pasgn syg tua lebih 10tahun dripada sye.. Kami da rancang nak kawen tapi saya takut sgt nk bgtau parents saya kerna parents saya da ckp siap dia tk stju dgn pasangan saya.. Apa perlu saya buat? Tlg beri cndangan pada sya..

  61. arene says:

    Assalamualaikum, saya perlukan sedikit nasihat. umur saya baru 22 tahun dan saya merancang untuk berkahwin pada umur 24. Saya memerlukan perancangan awal atau mungkin bermula dari awal tahun hadapan. Bakal mertua saya sudahpun merestui kami tapi ibubapa saya kurang menyenangi perancangan kami kerana alasan mereka saya masih muda dan baru sahaja bekerja. Pasangan saya berumur 27 tahun dan dia tidak mengalami apa apa masalah dari segi kewangan untuk berkahwin dan dia hanya menunggu saya bagi green light. Masalah utama saya ialah kedua ibu bapa saya. Bagaimana untuk meyakinkan mereka tentang hal ini?

  62. jauhari says:

    salam.. saya dah bertunang… tapi ayah meletakkan bila dah master baru boleh utk bernikah.. skg sy dan tunang masih degree dan insyaAllah akan grade pd tahun depan.. masalahnya kami ingin menikah awal dan xnk tunang lama2… apa pendapat anda ?

  63. saka says:

    Saya kenal seorang gadis..saya tahu nama, umur, tmpt tinggal, hobi dan sdikit sbanyak personaliti dia..saya suka dia dan dah bertahun saya berusaha untuk dia..1 ja problem, dia xkenal saya..mcm mana nk mula

  64. annur says:

    assalamualaikum… sy nak minta pendapat dan apa perlu sy lakukan. sy dan psangan sy merancang utk mndirikan rumah tangga. pihak lelaki tiada mslah. pihak sy bermsalah sikit. sy tidak berani nk bgtahu tntang psngan sy. kerna sy seorg ank perempuan dlm family. jika sy brcerita tentang lelaki. semestinya mk ayh sy tidak menyukainya. sy tidak rapat dgn mak ataupun ayah sy. kerna mereka lebih mlyan abg n adik sy. so ape sy perlu lakukan??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>