Prosedur Perkahwinan Di Malaysia

Salam Sejahtera saya ucapkan buat pembaca setia blog KursusPerkahwinan.Com

Wah, nampaknya dah lama juga ye saya tidak kongsikan artikel berkaitan hubungan suami-isteri dan perkahwinan bersama anda. Ok, dalam post pada kali ini saya akan kongsikan salah-satu topik penting untuk setiap bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Ianya ialah prosedur perkahwinan di Malaysia.

Ia berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk berkahwin dari segi urusan rasmi. Ia lebih kepada urusan rasmi yang melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Berikut adalah langkah-langkah tersebut mengkut turutan:-

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

  • Salinan IC
  • Salinan Surat Beranak
  • Salinan Surat Nikah Ibubapa
  • Salinan IC wali
  • Gambar pasport bersongkok/bertudung
  • Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
  • Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
  • Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
  • Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini

2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

Semoga artikel prosedur perkahwinan saya ini dapat mendedahkan kepada anda tentang apakah persediaan yang perlu anda ambil sebagai bakal pengantin baru. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik butang berwarna biru “Share” di atas (sebelah kanan imej artikel ini).

158 Responses to “ “Prosedur Perkahwinan Di Malaysia”

  1. bella says:

    salam..
    ujian hiv tu mmg wajib buat ke?kalau x buat blh ke?leceh la kalau spital kerajaan..

    • Ya betul cik Bella, ianya wajib dilakukan dan hanya boleh dilakukan di hospital kerajaan sahaja buat masa ini.

      • daniel says:

        Kalau sye bawah umo mcm mane lak..sye da 18 tpi xgenab lagi… tapi pasangan sye da cjup dye umo 19 mcm mane nk buat ni?

      • finaz says:

        Salam.. En.khairul.. Sy ingin bertanye..
        Saya anak tiri warga negara. Sy besar di malaysia,skrg sy msih pkai pasport,tetapi mengunakan visa ikut org tua.
        Persoalannye skrg surat ape yg perlu sy ada.
        Surat nikah ibu saya bersama ayah tiri sy warganegara. Atau surat cerai?? Dan yg ke-2. Calon sy org trenggnu.. Jika kami ingin bernikah di johor,boleh ke?? Sbb nye kmi tgal di johor. Yg ke-3. Sy ank ke-2 dr 2 adik beradik.. Pertama abg.. Persoalanye,sy perlu ada surat akaun bujang ke?? Bleyh ke sy dpt kan surat tersebut di tempat sy tgal di johor bhru.. Atau perlu dr kg sy,tempat sy lahir.. Sdngkan sy dr kecik di mlysia. Hrp en.khairul dpt mbantu.. Trima ksih.

    • etiey says:

      xsusah pun nak buat….dan xlama pun…sekejap jerk…rapid test…. prosedur tu mcm check gula dlm darah if pernah tgk…mcmtu lah cucuk sikit je kat hujung jari.

  2. akupun says:

    kalau pasangan pengantin alamat di kad pengenalan berlainan negeri tetapi ingin bernikah di negeri lain bagaimana??

  3. ina_fendy says:

    salam… ujian HIV TU KENE BAYAR KE KALAU NAK BUAT?? brape ek kos wat ujuan hiv tuh?? harap bleh kongsi info.. terima kaseh yer :)

    • Salam Ina, ye memang kene bayar untuk melakukan Ujian HIV tu. Kosnya hanyalah RM1.

      Boleh di buat di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan atau mana-mana Hospital Kerajaan.

  4. murni says:

    salam, nak tanya yang surat pengakuan bujang tu untuk lelaki sahaja atau perempuan juga perlukan surat pengakuan bujang? kerana ada di sesetengah negeri memerlukannya…
    kedua, surat nikah ibu bapa diperlukan sekiranya anak sulung perempuan yg ingin berkahwin kan? kalau anak kedua atau seterusnya adakah ianya masih diperlukan?
    ketiga, bagaimana nak tahu siapa kadi yang akan nikahkan kita nanti? adakah ditentukan oleh pejabat agama atau perlu cari sendiri?
    tQ~~

    • Salam Cik Murni,

      Ok, berikut adalah jawapan bagi persoalan cik tersebut:-

      1. Surat akuan bujang hanya bagi lelaki sahaja.

      2. Ya, surat nikah ibubapa hanya untuk anak sulung perempuan sahaja. Anak perempuan ke-2 dan seterusnya tidak perlu.

      3. Untuk Kadi yang akan nikahkan cik dan pasangan, pihak Pejabat Agama yang akan tentukan. Tak perlu kita cari sendiri.

      • ADAM says:

        Salam En.Khairul.saya nk tnya skit.sye duk kt kl dan ingin berkahwin dgn org penang.perlukah sye minta surat kebenaran di penang?dan adik pasagan sye berumr 23.bolehkah adiknya menjadi wali setelah kematian bapanya.dan perlukah bapa saudara pasangan sye yg jd wali jgk..

  5. adin says:

    jika berkahwin dengan warga indonesia, nikah di sana tetapi daftar perkahwinan di malaysia, boleh ke?

  6. eina says:

    Salam, saya nak tanya.. kalau saya duduk di Kuala Lumpur. Tetapi saya akan berkahwin di Seremban. Dimanakah harus saya mengambil surat kebenaran nikah?Dan bakal suami berasal dari melaka. adakah beliau harus ke melaka untuk mengambil borang permohonan nikah luar kawasan?atau tak perlu? hanya saya je. boleh terangkan satu persatu. kerana saya agak keliru.

    • eina says:

      Satu lagi, harus kemukakan surat nikah ibu bapa jika anak sulung perempuan kan? kalau ibu bapa sudah becerai, bagaimana pula ye?

    • Salam Eina,

      Surat kebenaran nikah perlu di ambil di negeri yang akan cik berkahwin. Jadi, dalam kes ini, di Seremban (Negeri Sembilan) la cik dan pasangan perlu dapatkan surat tersebut.

      Cik boleh terus minta pasangan untuk ke Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan iaitu di Seremban sahaja. Semua urusan akan dapat diselesaikan di situ.

  7. iza says:

    Salam saya nak tanya.saya duduk di selangor,boleh tak kalau saya nak mohon nikah di kuala Lumpur? Bakal suami orang KL.Lagi satu tentang nak ambil borang permohonan nikah untuk lelaki dan perempuan kena ambil di satu tempat ke?

    • Salam Iza,

      Ya, sememangnya boleh. Iza boleh bernikah di KL walaupun tinggal di Selangor. Tiada masalah.

      Borang nikah perlu ambil di Pejabat Agama Negeri di negeri yang akan majlis akad nikah Iza adakan. Dalam kes ini, di KL.

      Cik Iza dan pasangan perlu ambil borang di tempat yang sama, dalam kes ini juga, di KL.

  8. eina says:

    Salam. Kalau ibu bapa sudah bercerai.. Yang ada cuma surat cerai. nak kemukakan surat cerai tu ke? sebab surat nikah kan dah dimansuhkan oleh pejabat agama. Bagaimana ye?

  9. sang keliru says:

    Assalamualaikum En. Khairul…

    Saya ada satu kekeliruan di sini.Untuk makluman tuan,bakal isteri saya berumur 17 tahun pada 11 Disember 2011 dan tidak bersekolah. Bagaimana jika saya mahu mengahwini bakal isteri saya sekiranya bakal isteri saya ini sedangkan dia masih di bawah umur? Boleh terangkan kepada saya prosesnya.

    Harap En.Khairul dapat membantu.

    Terima kasih.

    • Waalaikumsalam Sang Keliru,

      Ya, memang di Malaysia dibenarkan untuk berkahwin dengan gadis di bawah umur 18 tahun. Akan tetapi terdapat satu syarat tambahan yang diperlukan.

      Ayah atau wali gadis yang ingin encik kahwini itu perlulah mengangkat sumpah secara rasmi terlebih dahulu.

      Encik boleh terus hubungi pihak Jabatan Agama Islam Negeri untuk prosedur selanjutnya yang lebih jelas.

  10. syeeda says:

    Salam En. Khairul.

    Nak tanya sikit..dokumen2 tersebut kena submit kat pejabat agama dalam jangka masa berapa hari/bulan sebelum akad nikah??

    Thanks.

    • Salam Syeeda,

      Adalah disarankan dalam masa 2 bulan sekurang-kurangnya. Lagi awal, lagi bagus.

      • Noor says:

        adakah ia bergantung kepada mana2 pejabat agama? ini pernah berlaku pada kawan sy..bila dia cuba memohon awal, pegawai bertugas memaklumkan supaya dapatkan borang sebulan sebelum nikah..kesudahannya proses permohonan tersangatlah lambat sehinggakan pihak perempuan (luar mukim) terpaksa tunggu permohonan tersebut dalam masa yg sgt terdesak…perkara ini seolah2 menyukarkan pasangan tersebt..boleh terangkan kenapa perkara ini boleh terjadi? tq

        • Salam Noor, terima kasih kerana berkongsi hal ini.

          Ya, dalam kes ini ianya bergantung dan punca dari masalah pengurusan di Pejabat Agama. Boleh buat laporan kepada mereka terus.

          Yang penting, dapatkan nama pegawai bertugas ketika urusan permohonan perkahwinan.

          Dan jika berlaku sebarang masalah, terus hubungi dia.

          Yang penting ketika majlis akad dapat diselesaikan dengan sempurna.

  11. Anas says:

    Assalamualaikum En. Khairul,

    Saya(pihak lelaki) berasal dr Melaka tetapi bermastautin di Selangor dan IC masih beralamat Melaka.Saya bakal berkahwin dgn tunang sy yg berasal dr Selangor dan mjlis akad nikah akan dijalankan di sana. Perlukah sy mendapat surat kebenaran berkahwin di luar negeri? dimanakah surat itu dipohon? Melaka atau Selangor?

  12. alina says:

    assalamualaikum….

    sya nk tnye soalan ne….sya dduk K.L dan n asl K.L….bakal suami sya pn sme jgk..kami akan bkahwin di perak prlukah sya mnganbil borang kwin di perak?brapa lme kah proses membuat ujian HIV dan tolong terang kan prosedur nye…

    • Waalaikumsalam Cik Alina,

      Ya, perlu ambil di Perak bagi segala urusan. Lebih mudah iaitu di negeri majlis akad akan dijalankan.

      Untuk ujian HIV perlu ambil di hospital kerajaan, hanya RM1 sahaja bayaran yang dikenakan.

      Keputsan akan keluar dalam masa sebulan. Adalah disarankan cik Alina buat lebih awal.

      • Noor says:

        salam..keputusan apa yg encik maksudkan dalam tempoh sebulan tu? HIV test ke? setahu saya HIV test tu keputusannya akan dpt pada hari yang sama kita test tu…validnya sehingga 6 bulan sahaja…tq

        • Ya betul kata Noor. Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah adalah lebih baik buat awal.

          Bergantung juga sebenarnya kepada pihak hospital. Ada yang awal, ada juga kes-kes terpencil yang memang lewat beri keputusan.

          Sebab itu sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik prepare awal.

  13. zira says:

    salam..saya asal perlis, tunang johor..akan bernikah di perlis. jadi, borang permohonan nikah perlu ambil di perlis utk lelaki dan perempuan?jadi pihak lelaki x perlu ambil apa2 borang dr pjabat agama johor?

  14. aini says:

    dear…
    nak tanya.
    1.lau nak nikah dalam masa sebulan lagi blh x amek form 2?
    2.kalau famly kita dah cerai,?so mcm mana?

  15. sha says:

    mmg lama ke tempoh kebenaran perkhawinan? ambil mse smpai 1bln ke?

  16. Shafinas says:

    Salam En Khairul,
    Pembantu rumah saya warga Indonesia ingin berkahwin dengan teman lelakinya, seorang warga Indonesia juga, di Malaysia. Adakah dia perlu mengikut prosedur perkahwinan Malaysia? Apakah dokumen yang diperlukan? Saya berharap En Khairul dapat memberi panduan.
    Terima Kasih.

  17. azie says:

    sy pernah menghadiri kursus pra perkahwinan pada 2009 smasa menuntut di IPG..sy akan berkahwin pada november 2011..adakah sijil tersebut masih boleh digunakan?

  18. Izza says:

    Salam.

    Saya warga Malaysia dan tunangan saya berasal dr america. Bolehkah kami menikah di sana dan bagaimana prosedurnya?

    • Boleh bernikah di sana. Perlu ikut Jurunikah di sana untuk prosedurnya. Di Amerika saya kurang pasti prosedurnya.

      Tapi dalam tempoh 6 bulan selepas bernikah di sana, anda perlu mengisytiharkan juga pernikahan anda di Malaysia. Sebab anda masih warganegara Malaysia.

  19. ingin kepastian says:

    Saya asal Kelantan dan menetap di KL.Tunang asal N9 dan majlis nikah kat N9.
    Bolehkah saya dapatkan surat akuan bujang dari majikan saya sahaja dan pengesahan bermastautin di KL tanpa perlu pulang ke Kelantan??Adakah ia dibenarkan??Terima Kasih.

  20. insan biasa says:

    salam.. kalau surat cerai ibubapa dah hilang, macam mana nak dapatkannya untuk proses perkahwinan saya?

  21. apit says:

    Salam.

    Saya ingin bertanya,nombor pada pertengahan kad pengenalan kami adalah nombor negeri asal kami tetapi alamat di kad pengenalan kami adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Adakah kami masih perlu mengisi borang bermastautin sekiranya kami ingin bernikah di Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur?

  22. kirimaru says:

    salam
    saya ada satu kemusykilan.
    jika semua borang2 da settle perlu hantar ke JAbtan Agama Negeri yang diakad nikah sahaja kan? perlu x diberi kepada jabatan agama negeri pasangn tersebut?

  23. ismi says:

    salam,
    en. khairul. saya bermukim di kelantan, bakal suami saya pula converter di kelantan, adakah dia perlu minta keizinan di negerinya di perlis atau di pejabat agama di kelantan? adakah perlu bakal suami saya itu menyediakan salinan sijil nikah ibu bapanya atau tidak? tq.

  24. amy says:

    sy asal perak..sy ingin bnikh pd buln dec 2011.mjlis akn dadakn skli dgn kakak sy.sy dn wali tidk tinggl skli..kerana wali(bapa) dan ibu sy sudh bpish..wali sy ada d t’ganu.sy & tung bkerja d kl.semasa mngikuti krsus kwin,kmi dbrithu boleh mengisi borang pmohonan kwin yg d ambil dr jbtn agama wilyh pskutuan kl..adkh ianya boleh d ambil oleh kmi berdua @ hnya tung sy sje yg boleh mengisi d kl,manakala sy hrus blik ke perak utk mndptkan borang pmohonan tsbut..

  25. Iza says:

    Sy nak tanye,kalau anak xsah taraf pulak mcmne plak erk urusannye.berapa lame urusan nye…kalau mase nikah nye tgl sbln lg…

  26. jiha says:

    salam.. sy pnh wt kursus kahwin pd thn 2007.. n sy akn khwin pd apr 2012.. tp masalah sy adalah sijil kursus sy hilang.. adakah sy kne wt kursus kahwin smula.. hrp dpt m’bntu.. trm ksh..

  27. hana says:

    sy org perak tp ic beralamat di selangor, sy akan berkahwin di perak dgn org kl,
    sy hanya perlu dptkan borang pemastautin shj ke? boleh tak sy buat ujian hiv di Kuala lumpur shj wlupun sy kawin di perak dan berapa lama sah sijil ujian hiv itu

  28. confius says:

    salam…sy nk tya saya asal trgn dan tgl di daerah kemaman…blak suami saya asal kelantan…majlis akan diadakan di kmaman trgn adakan bkal suami saya perlu mengambil borang di negeri kelantan?

  29. harmizee mohamed says:

    askm…saya mnetap di kl n bkl brnkh di ns, jd semua borng kbnaran khwin perlu ambil di ns…betul ke? pngeshan mastautin siapa yg ade tauliah? plg cepat proses brmula submission kebenaran khwin shigga upcara nikah berapa lama? thx…

  30. Amirah says:

    Salam,

    Saya dilahirkan di kelantan tapi menetap di selangor.. IC beralamt di selangor. Akan bernikah dengan orang kelantan, dan akan akad nikah di kelantan.

    Adakah saya perlu minta surat kebenaran nikah di luar dr negeri saya bermaustatin?

    Apakah langkah2 yang patut saya mulakan?

    • Salam Cik Amirah, Ya, perlu dapatkan surat kebenaran bernikah luar daerah kerana IC anda beralmat di Selangor. Boleh dapatkan segala-galanya daripada pejabat JAIS di Shah Alam.

  31. nina says:

    salam… nk tnya, kalau tarikh perkahwinan tggal semingggu lg sy nk ubah tarikh akad nikah boleh ke?? sy dah pn buat pendaftaran nikah sy di pejabat agama tp nk ubah balik.

  32. ain says:

    salam…saya ingin bertanya beberapa persoalan:

    1) saya lahir di Muar tapi dibesarkan di Johor Bahru. Namun, keluarga saya bercadang untuk buat majlis nikah saya di Batu Paahat. Jadi dimana saya perlu buat pengesahan sama ada di Muar, Johor Bahru atau Batu Pahat.

    2) Ujian Hiv tu boleh buat di negeri mana-mana ker?maksudnya bukan pada daerah kita menikah???

    3) Bakal suami saya orang melaka tetapi bekerja di KL hampir 4 tahun.Maka pengesahan bujang perlu buat di Melaka atau KL?

    Sekian, terima kasih atas bantuan tuan

    • Secara keseluruhannya, pengesahan perlu diambil di pejabat agama Negeri mengikut alamat IC anda.

      Ujian HIV perlu diambil mengikut negeri alamat pada IC anda atau di tempat di mana majlis akad bakal dilangsungkan.

  33. Cocombee says:

    Hmmm, skarang memang diwajibkan pagi tiap pasangan untuk berkursus dulu sbelum kahwin. Salah satu tempat kursus kahwin tu dkat Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, KL. Dkat ngan sogo. Sijil boleh dipakai di seluruh Malaysia..
    Ni web diorang.

    http://www.facebook.com/pages/Kursus-Perkahwinan-Islam-Malaysia/267478693316863

  34. izwan says:

    salam encik khairul. saya nak tanya sikit . surat pengesahan bujang itu perlu dialamatkan kepada alamat pejabat kadi belah perempuan atau lelaki sekiranya berlainan negeri?

  35. ina says:

    assalam.

    saya nak tanya..saya ada sikit kekeliruan,
    alamat ic sy di petaling jaya, tapi saya sekarang menetap di ampang,kuala lumpur, jadi saya kena isi borang mastautin sekali kan..tapi jika saya hndak nikah di titiwangsa, kuala lumpur, macam mana prosedur saya ye? kena pegi kariah masjid dekat ampang ke dekat titiwangsa dimana tmpt saya akan nikah nanti? saya agak keliru di sisi sebab melibatkan 2 tmpt berlainan.
    terima kasih

    • Ya, cik Ina perlu isi borang permstautin di KL. Cik di kira berkahwin luar daerah kerana IC di Selangor, tapi bernikah di KL. Urusan boleh dilakukan di Pejabat Agama JAIS kerana mengikut IC cik.

  36. amir says:

    salam…
    klu surat nikah mak ayah x ada macam mana???sebab diorg x pergi ambil dekat pejabat agama lg…

  37. awe says:

    salam,
    saya ada beberapa soalan nak tanya?
    1)semasa buat HIV test,dokumen apa y perlu ada?
    2)sy & pasangan kerja dkt KL,bolehkah kami buat ujian HIV dekat KL?
    3)kami merancang Berkahwin bln8,boleh ker kami mengambil borang perkahwinan sekarang dan dimanakah borang tersebut saya boleh dapat?

    • Salam Awe,

      Untuk jalani ujian HIV, cuma perlu bawa IC sahaja.

      Boleh lakukan ujian HIV di tempat berkekatan tempat kerja.

      Borang dan proses permohonan perkahwinan hanya boleh diambil dan dibuat 3 bulan sebelum tarikh bernikah. Awal dari itu, tidak boleh. Result HIV test pun hanya valid untuk 3 bulan sahaja.

  38. zara says:

    salam..
    kalau saya nak daftar tarikh nikah tapi nak menggunakan jurunikah di luar mukim di atas sebab2 tertentu mcm mana cara nya?

  39. eita says:

    salam..saya nak tanye pasal kursus kahwin..saya nak berkahwin kali ke2.perlu ke ambil kursus kawin semula?satu lagi,bakal suami orang melaka n berkerja di serawak.kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki kene buat di serawak ke?tq..

  40. siti only says:

    macam sakarang saya nak tanya baru2 ny kawan pergi ambil di kedah dya kena bayar rm300….betol ke sekarang dah naek kalau macam kita lahir tempat laen nak ambil k.sus negeri laen klau yang sdah brpndah cuma tdak tkar alamat bleh ke

    • RM300? Biasanya memang tiada mana-mana pusat kursus kahwin yang mengenakan bayaran semahal itu. Adalah saya nasihatkan untuk rujuk Pejabat Agama Negeri tentang pusat kursus kahwin yang mengenakan bayaran tersebut.

      Yuran masih lagi RM80 untuk kursus kahwin 2 hari.

  41. lisa says:

    Salam, sy ingin b’tanya, sekiranya sy adalah seorang cina dan blm b’cerai tetapi ingin memeluk islam. Adakah suami sy akan b’cerai secara tidak lgsg apabila sy memeluk islam? Adakah proses p’ceraian sy semasa sy memeluk islam akn rumit? Kerana sy ingin b’kahwin dgn seorang Islam. Adakah perlu utk sy mengambil kursus kahwin kerana sy tlh b’kahwin sblm ini? Dan bagaimana pula dgn bakal suami Islam sy,perlu ambil kursus kahwin? Bagaimana kami ingin melaksanakn prosedur kami satu per satu m’ikut keutamaan?

  42. lisa says:

    Salam, sy adalah seorang cina dan ingin memeluk islam dan masih mempunyai seorang suami bukan islam. Maslahnya, sy ingin memeluk islam dan ingin tahu adakah suami saya akan bercerai secara langsung apabila saya memeluk islam? Saya ingin berkahwin dengan seorang islam, tetapi suami tidak mahu menceraikan saya. Adakah perlu untuk saya mengambil kursus kahwin kerana sy pernah berkahwin dan bagaimana pula dengan bakal suami islam sy,perlukah dia mengambil kursus kahwin? Bagaimana prosedur yg harus sy lakukan ikut keutamaan dan apakah boleh cara saya ini?

    • max291 says:

      Lepas setahun, sedih sebab tiada siapa yang sanggup bantu Lisa ni.
      Lisa, try rujuk di jabatan agama berhampiran. Tapi kalau Jabatan Agama terlalu kolot, cuba berbincang dengan Ustaz yang mengajar di masjid berhampiran.

  43. acoi says:

    assalammualaikum..

    saye nak tanye kalau saye nak kahwin bulan 1/9/2012 ni.sebulan seblum kawin baru saye balik malaysia,sempat ke tidak?ape2 proses masih belum saye lakukan,termasuk kursus nikah..di bulan ramadhan adekah smue urusan jabatan masih berjalan seperti biase?

    • Waalaikumsalam En. Acoi,

      Saya sarankan, tuan boleh mula dapatkan bantuan mana-mana ahli keluarga terdekat tuan untuk mula berurusan dengan Pejabat Agama Negeri. Mereka boleh mula dapatkan borang dan isikannya apa-apa yang patut.

      Segala urusan perkahwinan di Pejabat Agama berjalan seperti biasa ketika bulan Ramadhan.

  44. nur says:

    salam,
    1)saya nak tahu..kalau saya nak bkahwin tuk kali ke2, perlu ke saya ambil kursus kawin? perlu ke ambil HIV test?
    2)kalau saya nak nikah tuk kali ke2, perlu ke saya minta izin bapa saya? kalau dia xsuka, bagaimana saya nak terus kan, boleh xplain x…
    terima kasih.

  45. ainia says:

    assalamualaikum…

    saya bakal berkahwin tahun hadapan… tetapi saya menghadapi masalah wali… ayah sudah meninggal.. saya ada dua abang.. seorang pernah disahkan menghidap penyakit mental… dan seorang lagi kini enggan mewalikan saya atas perselisihan faham….

    adakah saya masih boleh meneruskan perkahwinan….

  46. cikpuan firuz says:

    as-salam..

    insyaAllah saya bakal berkahwin dengan singaporean..boleh saya tau prosedur untuk pihak lelaki?

    tq in advance.

  47. Nor says:

    Salam..saya nak tanya boleh ke kahwin pada bulan ramadhan.. Dan saya sudah mpunyai anak..perlu ke buat ujian HIv?

  48. razlina says:

    salam.. sy nk tanye. kalau perempuan dah bercerai (bercerai hidup), dan ingin bernikah lagi, perlukah mengambil semula kursus pra perkahwinan?

  49. Rizwan says:

    Tuan saya nak tanya saya warganegara malaysia bulan september ini saya kahwin anak pak cik saya di india. Dia warganegara india selepas kahwin saya nak bawa dia ke sini. Apa prosedur tuan untuk berkahwin.

  50. rizwan says:

    saya nak tanya saya warga malaysia pada bulan september ini saya kahwin di
    india anak pak cik saya.dia warganegara india.selepas kahwin saya nak bawa dia ke malaysia. apa prosedur saya kena pergi kursus ke.

  51. effieyliana says:

    salam..nak tanya,,saya nk kahwin lpas raya..masih sempat ke untuk daftar kahwin??

  52. jiwa keliru says:

    asalamualaikum,encik khairul …sy nk tanya,sy punya calon suami asal malaysia,sy asal indonesia,tp sy nak nikah di malaysia n sy anak yatim piatu,sy nk tau proses n nak dokumen apa yg patut sy buat,harap encik boleh tolong sy,

  53. sham says:

    Salam En. Khairul, saya asal KL dan bakal isteri saya asal Kelantan. Akad nikah akan diadakan di Kelantan. Oleh itu, Saya ingin kepastian tentang soalan berikut :-

    1. Borang kahwin perlu di ambil dimana?kl atau di kelantan?
    2. Borang HIV dan HIV test saya perlu ambil di kl atau kelantan?

    TQ..

  54. zainab says:

    salam ,

    – sya dri klantan dn akan b’khwin diklantan. Keje kt KL dkt 5 taun.. bole x
    sya isi form dri JAIS atau kena amik form kt klntan?

  55. amie says:

    saya asal kedah dan akan berkahwin di perlis.bakal suami menetap di perlis. soalan saya urusan permohonan perkahwinan saya perlu dibuat dimana?urusan permohonan perkahwinan suami perlu dibuat dimana?saya anak sulung perempuan yang akan berkahwin. Bearapa lama sijil kursus pra perkahwinan akan diperolehi selepas menghadiri kursus?bolehkah semua urusan perkahwinan diuruskan dalam masa sebulan dari majlis perkahwinan berlangsung?

  56. mima says:

    Salam, bagaimana saya nak dapatkan gantian surat cerai yg telah hilang?
    apakah urusan untuk pernikahan anak sya nanti ia diperlukan?
    Terima kasih.

  57. dee says:

    salam saya mahu bertanya,senarai semak bagi perempuan,apakah perlu

  58. dee says:

    salam,saya mahu bertanya,tunag saya orang selangor dan saya di ns dan akan bernikah di ns.apakah surat kebenaran dari pihak lelaki perlu diambil dari selangor atau dari negeri sembilan?

  59. jnh says:

    salam en.khairul,
    sy nk tanya… sy org selangor ttp bakal suami org perak… jd persoalan sy:

    1) bakal suami(perak) ingin ambil sign PPN pd borang dia perlu kepilkn hiv result sekali atau tidak??? hanya 2 salinan ic, 2 salinan surat beranak, salinan sijil kahwin dan pengesahan bujang je kan dia perlu kepilkn bersama borang 1 utk mengambil pengesahan PPN jbtn agam islm perak???

    2) bakal suami sy bt test hiv di selangor bersama sy blh ke?

  60. Nurulmioww says:

    Salam. Encik khairul.
    Harap dapat membantu kekusutan saya ini.
    Alamat IC saya adalah di kajang. Dan mak kandung di kajang.
    Akan bernikah di tempat wali( bapa kandung) di klang.
    Saya bekerja dan tinggal di johor.
    Soalan saya: perlu tak saya isi borang Permastautin? Kalo ya, isi alamat mastautin di mana? Johor atau klang atau kajang?
    Tq so much.

  61. liena says:

    Salam..sy igin brnkah inshaallah sblm ujung thun ni.bkal suami org thai dn pnh brkahwin dgn ppn sini ttpi brcerai 2 thun sudh.kmi akn brnkah di perak.adakah bkal suami prlu mggunakn borng prmhonan nikah d perak? Dia tlh mndptkn surat pngesahn bujng dan surt izin nikah luar kariah dr thai.adakah dia prlu uruskn segalanye di perak?adakah sy perlu tunggu dia mndpt kbenaran brkahwin bru sy blh uruskn dokumen2 sy?Semoga jwapn encik dpt mmbantu sy,trima ksih.

  62. sy keliru says:

    Assalam.
    Ade bbrpe soalan yg sy keliru..

    IC sy almt selangor tp bkerja di terengganu dan tunang sy asal sabah dan akad nikah juge di sabah..

    1) Surat kebenaran nikah kene amik kt sabah ke @ di selangor pn bleh ?
    2) Bleh ke sy buat test HIV dkt terengganu?
    3) Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam
    Masjid/Akuan Sumpah perlu ke bg kes sy ini?

    Trima Kasih..

  63. mahmudah says:

    nak tanya apa prosedur klu nak nikah org bukan warganegara malaysia ???

  64. abdul says:

    assalamualaikum En Hairul.
    Saya ingin menjelasan perkara seperti berikut:-
    1. Bolehkah seorang lelaki bernikah baru sedangkan proses penceraiannya dalam prosiding mahkamah yang mana persidangan kerap pospon (sudah hampir 6 bulan ). pada masa yang sama, bekas isterinya memang tidak mahu lagi dengannya.
    2. lelaki ini mengharapkan penjelasan untuk memudahkan cara pernikahan baru di Melaka dgn mengikuti proses yg dibenarkan.

    Terima kasih.

    • hawa says:

      assalamualaikum..

      situasi yg sama. dan saya ingin menambah, jika dibenarkan utk berkahwin walaupun proses penceraian sebelumnya belum selesai, adakah pihak lelaki perlu membuat surat akuan duda ataupun berkahwin?

  65. sarah says:

    bakal suami saya warga indonesia yang ingin berkahwin dengan saya tidak lama lagi, tapi masalah saya adalah dia ajak nikah di negaranya, kemudian balik daftar di malaysia boleh ke ? saya runsing pekara ni!

  66. ezasuhaili says:

    Salam…Saya spatutnya akan berkahwin bulan 6 tahun hadapan…masalah nya pemintaan kga buat secepat mungkin kerana kesihatan ibu xmengizinkan…dan ini permintaan ibu sbb nak tgk saya kahwin…saya akan mgambil kursus kahwin pada 6 & 7 Oct 2012…adakah sulit untuk mbuat permohonan utk kahwin dalam masa 2mgu…satu lagi masalah ibu bapa saya sudah bercerai gantung x bertali…

  67. ezza says:

    salam..sy ingin bertny….sy dan tung sy asal dr jhor..kami bkerja di selangor..kami akn brnikah disember ini di jhor..boleh kah sy mndapatkan borg utk bernikah itu di selangor?

  68. tuliputih says:

    As salam.. sy nak tanya , boleh ke kalau surat akaun bujang dan borang pemastautin tetap tu di sah oleh pegawai kerajaan gred A?

  69. assalamualaikum..sya nk tnyak..lau warga ngra indonesia berkhwin di malaysia dngan wanita indonesia juga.bleh kah mrka dpat kn surat nikah?

  70. ct says:

    salam,sy warga negara indonesia dan ingin berkahwin dengan warga negara malaysia. perlukah sy mengikuti kursus perkahwinan di malaysia?

  71. Nurlaila says:

    Salam..saya dri melaka,tunang owg sbh..kami sudah lama btunang tp xcukup duit tuk wat majlis..kami ingin nikah di pejabt..blh kew?dn kami xingin lg di pndang rendah

  72. solehah says:

    assalamualaikum,

    saya ingin bertanya dan masih keliru tentang permohonan borang nikah ni dimana ada dikalangan rakan saya berkata tidak boleh bernikah di kawasan luar daerah.

    saya dilahirkan dan di besarkan di Klang Selangor, manakala pasangan saya lahir di Kuantan, Pahang dan menetap di Selangor. Soalan saya,

    1. Dimana saya perlu berurusan untuk daftar kawin ini dan adakah pasangan saya perlu pulang ke Kuantan utk mendaftar?
    2. jika saya ingin bernikah di Shah Alam, apakah yg perlu dilakukan untuk procedure kawin ni walaupun saya tinggal di Klang? boleh ke saya dapat kadi dan bernikah di masjid shah alam? kerana majlis saya berlangsung berdekatan dengan masjid tersebut. Adakah akan menjadi masalah untuk pencarian kadi?

    saya agak keliru disini…dan sedikit kurang faham..

  73. Mastura says:

    Assalamualaikum En. Khairul,

    Saya nak tanya beberapa soalan.

    1) Sy berasal dr sandakan (IC juga alamat sandakan) tetapi bekerja di sarawak dan akan berkahwin di sandakan. Bolehkah saya mengambil borang kebenaran berkahwin di sandakan dan menjalankan HIV test di sarawak?

    2) Perlukah saya mengisi borang kebenaran kahwin luar kariah?

    3) Sekiranya saya mengambil borang di sarawak, bagaimanakah prosedurnya?

  74. ahmad says:

    cara nika dengan orang perempuan Indonesia…….ape yg di perlukan dari pihak perempuan

  75. atie says:

    salam ustaz sye nak tanya bulan 2 nie insya allah sya akan langsung kan perkahwinan..
    Tpi sya nie warga indonesia boleh kew sye ambil saringan hiv dan berapa wali dan siapa wali yang di perlukan…ada kah abg kandung boleh menjadi wali dan jika wali warga asing boleh kah

  76. tini says:

    salam..saya nk tnya sekira sy berkahwin dgn bukan warga malaysia,macam mana prosesnye, bakal suami orang arab…berkali saya cuba call JAIS. Utk kepastian,saya sangat risau memandang kan bakal suami akan datang bulan 2, utk akad nikah, sedangkan saya x buat persedian sebarang borang pu,
    Harap tolong terang kan dgn lbih lanjut

  77. Alias says:

    Aslmkm! sya duda dan berhasrat utk nikah dgn warga indonesia d sana.
    Bagaimanakah prosedur nya?

  78. kasih says:

    salam…. selain tu apa lagi yang penting patut kita lakukan selain hasil HIV? Mohon share…

  79. alin says:

    salam, nak tanya jika terdapat kesalahan pada nama sya tapi no. ic masih betul, adakah sijil itu masih boleh diterima?

  80. daus says:

    Salam, nak tanya,ade ke kes buat kursus kahwin lepas nikah kerana bakal pengantin bekerja di luar negara dan tidak sempat untuk mengambil kursus pra perkahwinan,kemungkinan boleh ke macam tu?

  81. sazlin says:

    surai cerai tu wajib ke bg lelaki??? sbb tunang sy punya surat cerai ade di serawak…tp kami di kuala lumpur… jadi masih perlu ke dapatkan surat cerai die tu???

  82. sarina says:

    saya anak ke 5, nak bernikah di selangor. adakah perlu salinan surat nikah ibubapa

  83. aika says:

    salam

    boleh sy tanya tak.sy nk kawin bulan 5 ni,tunang sy org perak.sy mmg lahir di kelantan,tetapi alamt ic sy di trengganu.sy nk angkat nikah di kelatan.jadi dimana sy perlu siapkn document perkahwinan sy?????

  84. hairul says:

    Saya akan berkahwin di sabah pada 24/3/13. Masalahnya bakal isteri saya msih belum ambil kursus kahwin. Tarikh kursusnya 9/3/13. Adakah sempat untuk selesaikan urusan borang dalam tempoh sebelum kami bernikah?

  85. aman says:

    asssalamualaikum…

    saya ingin bertanya… apa yg perlu saya lakukan jika hendak berkahwin dengan warganegara Indonesia?
    perlukah dia(pasangan perempuan adalah warga indonesia)mengambil kursus kahwin, ujian HIV, seperti saya jika acara akad nikahnya akan di lakukan di Indonesia dan bukannya di Malaysia…

    terima kasih…

  86. norul says:

    assalam tuan
    saya akan bernikah untuk kali ke2. Perlu atau tidak untuk sya ambil kursus dan, saya dari pahang bakal suami dari melaka , tetapi kami menetap di kl
    dimana patut dokumen perlu diambik?

  87. norashikin roslan says:

    assalamulaikum en.khairul.. papa saya telah meninggal dunia.umur saya 20.jika saya ingin menikah adakah ibu yang perlu mengizinkan untuk saya berkahwin?sepatunya wali kan?seperti pak cik sebelah arwah papa saya.

  88. Naktanya says:

    Salam nak tanya ..Kalau nak merahsiakan dari mak bapak macam mana Pulak? Sebab mak bapak tak restu ..Cuba terangkan..

  89. Intan zulaikha says:

    En. Khairul saya nak tanya, saya anak tunggal hasil perkahwinan ibu dan bapa saya. Tapi Ibu saya mempunyai seorang anak lelaki iaitu abang saya semasa perkahwinannya yang terdahulu.Saya akan berkahwin jun ini, ibu bapa saya divorce since saya umur 2 tahun dan sekarang saya dah 26 tahun. Saya baru saja mencari bapa saya akhir bulan 3 lepas dan berjaya menemuinya. Sekarang yang menjadi permasalahan nya, untuk berkahwin saya dengar nk kne kemukakan sijil cerai ibu bapa, tapi ibu bapa saya dulu kawin di Thailand dan xdaftarkan perkahwinan mereka. Ibu saya minta fasakh pun di Thailand jadi adakah saya boleh berkahwin tanpa sijil cerai itu. Sebab jurunikah di Thailand kata oleh sebab dah terlalu lama jadi sijil cerai ibu bapa saya dah dilupuskan. Saya harap En.Khairul dapat bagitau saya cara penyelesaian bagi masalah saya ini, xkan la disebabkan kesalahan lampau ibu bapa, anak yang kena tanggung akibatnya.Saya dah tension sangat. Terima kasih En. Khairul.

  90. abd rahman says:

    as salam.. en. khairul.saya nak tanya sikit..kalau yg cerai mati perlukah
    ambil semula krusus kahwin?saya dahulu dah ambik krusus kawin tapi sijil nya tak pasti ada lagi atau tidak.kalau saya berkawin lagi dan pasanganya adalah sama satu negeri mcm mana prosedurnya?dulu saya berkawin tapi berlainan negeri.saya dari johor.terima kasih.

  91. Eyda says:

    salam..sya nk tnye perlukn salinan surat nikah ibubapa lelaki@perempuan?kedua2nye skali@salah seorg?

  92. arinfelma says:

    Salam en.khairul..berapakah tempoh yg slwatnya utk
    Mghantar semua borang pmohonan pnikahan trbabit?
    Trma ksih

  93. siti says:

    Salam..bakal suami saya belum bercerai lagi..bolehkan kami berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama atau surat cerai??

  94. Zana Rahman says:

    Saya Sudah bercerai selama 7 tahun yang lalu. Jika saya ingin berumah tangga sekali lagi, perlukan saya mengambil kursus perkahwinan sekali Lagi. Walau bagaimanapun, Sijil kursus perkahwinan saya yang dahulu tidak Ada bersama saya Lagi kerana telah di ambil Dan di simpan Oleh kadi semasa menikahkan saya dahulu.

  95. atiqah says:

    sy nk tnye klau org sngpore nk kawin dgn org jb ade sebarang masalah ke? sy da bertunang,tunang sy org jb klau nk ambik kursus kawin nk guna pasport ke? sy ade pengeasahan taraf malaysia je rasenye boleh ke guna? sy buntu sangat skrg niy en.khairul..harap dibalas..trima kasih

  96. siti says:

    Salam..borang kebenaran saringan ujian hiv xda yg online ke. .borang yg doktor perlu cop after buat hiv test..

  97. nur says:

    as salam…saya ada kemusykilan.. sy akan bernikah di n 9, tunang sy(pihak lelaki) adalah orang pahang, tapi bekerja dan menetap di johor. adakah pihak laki kene ambil segala surat utk menikah di johor? atau segalanya boleh diuruskan di n 9 saja?
    harap bantuan..terima kasih..

  98. zubir says:

    nak tanye lah kalau tak pakai wali boleh ke? contohnye takdapat kebenaran family

  99. shamiza says:

    Salam..sy duda ank 1. Sy bercerai pada tahun 2009 di sabah..selepaa bercerai sy balik ke semanjung..skrg sy di jb. Kiranya sy ingin berkahwin lg perlu ke sy mendapatkan sijil cerai sy?

  100. fariha says:

    Salam. Sy ada sedikit kekeliruan. Bakal suami org pahang & ic pahang. Bekerja di selangor. Jd bolehkah dia ambil borg nikah kt selangor? Dan perlu ke dia isi borg mastautin?

  101. fariha says:

    Tambahan..dan kami akan bernikah ni pahang..

  102. nfal says:

    salam, saya ada soalan nk bertanya.
    ic sy penang tetapi menetap di johor.
    bakal isteri saya adalah orang sabah dan akan nikah di sana.
    perlu ke saya ambil borang negeri sabah?
    atau sy pakai borang negeri johor?
    bagaimana pula dgn perempuan?
    perempuan pula ada di johor.
    dia kena balik sabah ke isi borang?
    mcm mana ya prosedurnya.

    satu lagi, borang tu nak isi kena ada sijil kursus dulu ke?
    ke boleh amik dlu dan buat test hiv dlu?

  103. jaafar says:

    Ibu bapa tiada surat nikah. Imam dan saksi yang menikahkan ibu bapa ini telah meninggal. Anak perempuan pertama nak kawin. So macammana nak buat utk kes ini…

  104. Mahu kawin says:

    aslmkum.pelajar bidang agama mcm syariah kena pergi kursus kawin jgk ke?

  105. eyda says:

    Salam….tumpang tnya…borang kahwin perlu di hantar pejabat agama selewat brapa bln?

  106. Mey Chan says:

    salam….tumpang tanya..saya negara indonesia…nak kawin dgn org malaysia….apa syarat2 yg harus saya bawa

    • Ramlee Sam Sam says:

      Asssalammualaikum En Khairul,

      Sy nak bertanya,sy akan bernikah pada akhir bln mac tahun ni tetapi sy terlewat menghantar borang kebenaran nikah iaitu sy hantar sebulan sebelum nikah..Adakah ada apa-apa masalah nanti?

  107. lady89 says:

    Salam, saya nak tany. Saya anak kelahiram Johor, tapi bermastautin di bangi selama 5 tahun tapi ingin bernikah di damansara. Dimana saya kena ambil surat kebenaran? Adakah sy perlu minta kebenaran di Johor dahulu?

  108. Rose Ucuk says:

    Dalam alamat ic saya selangor.
    bakal suami saya sabah tapi kami nak berkahwin di perak.
    di mana kami perlu dapatkan borang nikah?

  109. khairil says:

    pasangan saya ni. .msa kelahirannya bapa nya x mngaku dia sbg ank dia n xnk ank trsebut di binti kn dgn nama dia. .psangn sya brbinti kan abdulah. .bapa nya juga telah mghilang shingga hri ni, xdpt dicari. . Adakah pasangn sya hya layak diwali kan dgn wali hakim? Dan bgaimana mahu mndpt kn wali hakim serta brapa temp0h msa n apa pr0sedur nya. ?

  110. naz says:

    Salam…saya(pihak lelaki) berasal dari negeri terengganu dan bekerja di perak.(Dalam Ic Terengganu). Pasangan saya (pihak perempuan) berasal dari negeri kelantan. Jadi, majlis akad nikah di kelantan. Soalan saya :-
    1) Borang permohonan kahwin diambil dari mana untuk pihak lelaki?
    adakah boleh diambil diperak tempat bekerja.? Dan Pihak perempuan dimana?

    2) Bagi ujian HIV/darah boleh diambil dimana untk pasangan..adakah boleh semua tempat?

  111. nazz says:

    Salam…saya(pihak lelaki) berasal dari negeri terengganu dan bekerja di perak.(Dalam Ic Terengganu). Pasangan saya (pihak perempuan) berasal dari negeri kelantan. Jadi, majlis akad nikah di kelantan. Soalan saya :-
    1) Borang permohonan diambil dari mana untuk pihak lelaki?
    adakah boleh diambil diperak tempat bekerja.? Dan Pihak perempuan dimana?

    2) Bagi ujian HIV/darah boleh diambil dimana untk pasangan..adakah boleh semua tempat?

  112. Nana says:

    Salam..sy nk tnye.dokumen diperlukan utk brnikah semula selepas bercerai?bernikah dgn org yg sma..perlukan kedua2 sijil cerai ke?tolong Bantu saya..

  113. penjaga hati says:

    slm..
    Sy nk tnya ckit.. Sy mmpunyai sijil kursus kahwin tp tunang sy ( pihak perempuan) tidak mmpunyai siji kahwin..

    Soalan sy adakah sy dpt kahwin kalau tunang sy tidak mmpunyai sijil kahwin?? Tq..

  114. syikin says:

    Assalam…sya nak tanya…sya asal dari sarawak…bakal suami sabah…tapi sya dan bakal suami kerja d selangor…borang kahwin plak sya ambil kt srwak dan bkal suami ambil dekat sbah cuma mngurus boranh tersebut dekt selangor..kalau nak buat test hiv kt klnik swasta bleh ke?

  115. SYAHIRAH says:

    Saya dan pasangan kedua duanya (orang johor)sedang menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi di luar Negara, kami belum sempat menghadiri kursus pra perkahwinan kerana kekangan waktu dan susah untuk pulang ke Malaysia bagi menghadiri kursus tersebut.Jadi insyaAllah kami bercadang mahu bernikah pada cuti hari raya kali ni. boleh tak kami tangguh mengadiri kursus tersebut selepas akad nikah ? terima kasih.

  116. zahra says:

    assalammualaikum wbt . Sy dan tunang ingin bernikah bulan 11 ni . Tapi masalah sy IC sy masih belum selesai . So , sekarang still surat kelahiran . JPN sabah sgt cerewet . Bolehkah sy mendapatkan kebenaran berkahwin ?

  117. dayah says:

    salam.. tunang sy duda dan perlukan die mengambil lagi kursus nikah kali kedua?

  118. faiz says:

    Assalamualaikum, nak tanya, untuk surat akuan bujang, siapa lagi yang boleh keluarkan surat selain penghulu dan majikan yg beragama islam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>