Seks Ketika Isteri Haid

seks oral

(imej dari: teoteo)

Saya telah ditanya oleh salah-seorang pembaca. Pembaca tersebut merupakan seorang suami. Berikut adalah soalan tersebut:

“Bolehkah kita melakukan hubungan seks bersama isteri ketika isteri sedang haid? Bagaimana pula jika saya ingin melakukan ‘seks oral‘ ketika isteri saya haid. Adakah ia dibenarkan? Ini kerana kadang-kala memang saya tidak dapat menahan nafsu saya untuk mengadakan seks bersama isteri, tapi ketika itu dia sedang didatangi haid. Kecewa saya :-(“

Sebelum menjawab persoalan ini, mari kita fahamkan terlebih dahulu satu ajaran yang telahpun digariskan agama suci Islam kita. Islam sememangnya tidak menghalang malah menyatakan bahawa hubungan seks itu merupakan suatu ibadah yang dituntut bagi pasangan yang telah bernikah sahaja. Yang dah kawin je ye.

Tapi, Islam amat tegas melarang bagi pasangan suami-isteri untuk melakukan hubungan seks melalui lubang dubur (lubang najis ‘belakang’) dan ketika isteri datangnya haid.

Oleh itu, bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika si suami ingin benar-benar melakukan hubungan seks ketika si isteri sedang haid?

Jawapannya ialah ‘seks secara oral’. Seks oral bermaksud menggunakan mulut dan lidah untuk merangsang anggota tubuh seksual suami sehingga dia mencapai kepuasan. Seks oral dilakukan oleh pasangan suami-isteri tanpa melibatkan hubungan persetubuhan penetrasi zakar ke dalam faraj isteri.

Ya, seks oral ini sememangnya dibenarkan. Tanpa ada sebarang larangan untuk dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Asalkan ia mendapat persetujuan dan isteri anda selesa dengan perlakuan ini. Ia seharusnya tidak memberi kesakitan kepada kedua-dua belah pihak.

*Tapi ingat! Jangan mendekati bahagian faraj isteri ketika dia sedang haid. Bahagian lain tak mengapa.

Untuk melakukan aktiviti seks oral ini agar ianya boleh menjamin tahap kesihatan anda dan isteri anda, pastikan:

  • Bersihkan terlebih dahulu anggota-anggota sulit anda dan isteri sehingga benar-benar bersih
  • Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran serta kuman. Boleh gosok gigi anda terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seks oral ini
  • JANGAN sesekali dan pastikan anda tidak menggigit anggota sulit pasangan anda. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin boleh berlaku

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi sesiapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas,” (Surah Al-Mukminun: 57)

56 Responses to “ “Seks Ketika Isteri Haid”

  1. nana says:

    Salam wbt….

    Nak tanya…bagaimana kalau time isteri tgh period tu…suami nak adakan hubungan seks…si suami tidak memasukkan zakarnya ke dalam faraj si isteri…tetapi si suami menggesel2kan zakarnya di celah2 vagina isteri sehingga kedua2nya mencapai klimaks…tidak mengapakah cara ini..?

    • Waalaikumsalam saudari Nana,

      Terima kasih kerana bertanya.

      Hukum melakukan hubungan penetrasi zakar ke dalam faraj (persetubuhan) hukumnya memang haram ketika isteri sedang haid.

      Asalkan tak memasukkan zakar ke dalam faraj, ianya masih dibolehakan. Cuba elakkan perlakuan ini. Takut nanti terkena jangkitan kuman dan penyakit daripada darah haid yang kotor tersebut.

  2. naj says:

    bukankah semasa menghadiri kursus perkahwinan, perkara tersebut telah dinyatakan? dan telah difahamkan, sex semasa isteri haid adalah H.A.R.A.M.
    ini adalah utk mengelakkan terjadinya jangkitan2 yg mungkin berlaku seperti yg dikatakan oleh encik khairul…
    lihatlah betapa Islam sangat mementingkan kesihatan… :))

    • Setuju dengan pendapat Naj tu.

      Apa yang penting ialah penjagaan kesihatan. Sebab itulah Islam sendiri telah menetapkan beberapa aturan bagi menjamin kesejahteraan hidup kita.

  3. intanz says:

    Bagaimana pula jika si isteri pula bernafsu ketika sedang haid? Bolehkah ketika melakukan seks oral pada suami, isteri juga mendapat seks oral terhadap dirinya dari pinggang ke atas sehingga klimaks tanpa menyentuh bahagian faraj sama sekali. Adakah ini di bolehkan?

    • Terima kasih kerana bertanya saudari Intanz.

      Ya, memang apa yang dikatakan oleh saudari Intanz itu memang dibolehkan dan itulah cara yang sebaiknya ketika isteri sedang haid tapi masih ingin melakukan seks.

      Lakukan seks adalah pilihan yang tepat. Cuma macam Intanz katakan tadi, mesti di bahagian pinggang dan ke atas di bolehkan untuk si isteri.

  4. merah says:

    apakah kesan-kesan melakukan seks semasa isteri pada hari pertama atau peringkat awal haid?

    • Adakah maksud Merah melakukan seks tu melakukan hubungan persetubuhan?

      Jika melakukan persetubuhan sebelum keluarnya darah haid isteri, tidak mengapa.

      Jika selepas keluar, adalah dinasihatkan jika terdapat sebarang kesakitan atau ketidak-normalan, lebih baik minta nasihat doktor.

      Adalah dinasihat berjaga-jaga dan berhati-hati dengan tanda-tanda awal puan akan ‘datang bulan.’

      Jika terpadat tanda-tanda tersebut atau dah ‘cukup hari’, lebih baik elakkan dari melakukan hubungan persetubuhan. Hubungan seks tidak melibatkan persetubuhan, tidak mengapa.

  5. yazid says:

    camne plak klau ketika sedang bersama isteri dtg haid..adakah perlu diheentikan..atau berdosa jika meneruskan..

    • Wajib diberhentikan serta-merta dan pastikan anda basuh kemaluan anda. Takut terkena jangkitan akibat darah haid tersebut.

      Seperti yang saya sarankan di atas, jika anda dapati isteri anda sudah ada tanda-tanda & dah ‘cukup hari’ untuk datang haidnya, lebih baik jauhi persetubuhan.

      Aktiviti-aktiviti hubungan intim berbentuk selain persetubuhan adalah dibenarnkan ketika waktu itu.

      • ila says:

        salam
        dalam kes sy, sy dtg haid ketika sedang bersama suami.haid blm keluar sblm bersama.selepas bersama, baru perasan yang darah haid melekat di zakar suami (semasa bersama dalam gelap jadi tak nmpk darah keluar).kemudian darah haid saya masih tidak turun mcm biasa.selepas beberapa jam baru darah haid turun.dari segi hukum mcm mn ya?sbb kami tak sengaja.dan dari segi kesihatannya pula mcm mana?sy risau jika dijangkiti apa2 penyakit

        • Salam Puan Ila,

          Dalam hal ini, untuk dari segi hukum ianya tidak haram kerana anda tidak sengaja dan tidak tahu haid tersebut keluar ketika persetubuhan.

          Suami puan perlulah cuci dengan bersih hingga hilang darah tersebut kerana ianya boleh mendatangkan penyakit.

          Jika masih kurang yakin, anda boleh dapatkan nasihat doktor di klinik. Tapi biasanya jika perkara ini hanya berlaku sekali, ianya tidak mendatangkan sebarang kesan.

          Yang penting, perlu cuci dengan bersih bahagian yang terkena darah haid tersebut.

  6. w says:

    bersetubuh ketika berhadas besar adalah haram,adakah dosanye same dgn org melakukan zina?nauzubillah

    • W,

      Dari segi persamaan dosa dengan orang yang melakukan zina, saya kurang pastinya.

      Tapi, yang pastinya memang berdosa besar kalau bersetubuh dengan isteri ketika isteri didatangi haid.

  7. nak tahu says:

    mcm mn pula kalau suami dan isteri melakukan hubungan seks selepas isteri memastikan darah tidak mengalir dalam masa 1 hari..namun begitu, selepas melakukan hubungan seks, keesokan harinya isteri mendapati sisa2 darah haid masih ada?

    • Yang penting bahagian kemaluan suami tidak terkena darah haid. Jika terkena, perlu cuci dengan bersih.

      Kalau zakar suami terdapat simpton yang pelik, perlu dapatkan nasihatkan doktor.

  8. Hani says:

    Salam.Adakah suami istri akan mudah mendapat penyakit kelamin seperti penyakit2 STD atau penyakit lain setelah bersetubuh dengan tidak sengaja ketika istri masih dalam keadaan haid?sedangkan istri sudah memastikan bahawa haidnya telahpun habis tetapi setelah bersetubuh haid istri masih belum habis.

    • Salam Hani. Pada kebiasaannya risiko mendapat penyakit STD ni adalah kerana bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks. Ianya sering terjadi kepada mereka yang melakukan seks bebas.

      Dalam hal hubungan suami-isteri, perkara ini tidak akan terjadi. Sebabnya hanya satu pasangan sahaja kan. Jadi, memang tiada risiko dapat STD ni.

      Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan jika persetubuhan tidak sengaja dilakukan ketika haid, pastikan bersihkan sebersih-bersihnya kemaluan suami yang terkena darah.

      Adalah lebih baik, dapatkan nasihat doktor perubatan untuk dapatkan lebih kepastian.

  9. nina says:

    jika seorang isteri sedang didatangi haid dan dirangsang oleh suaminya sehingga si isteri klimaks…bagaimana cara untuk si isteri mandi wajib?

  10. Ram Aziz says:

    Salam

    Adakah isteri akn mandul jika melakukan sex ketika haid??

  11. nak tau says:

    salam

    nak tanya bagaimana kesannya pula jika bersama ketika istri sudah di hujung haid mulanya tiada darh y kuar dlm msa sehari tp bila habis bersama baru perasan ada darah dan bagaimana pula jika bersama ketika istri di hujung haid hanya tggu betul2 habis tapi tiada darah cuma kesan2 coklat skit2..macam mana ya memang x dapat tahan sebab baru j kawin..

  12. wan says:

    salam
    sy nk tanya.jika melakukan persetubuhan ketika isteri haid,dh pada zakar suami terkena darah haid,adakah penyakit siplis atau penyakit kelamin yg lain akan berjangkit…

    • Zul says:

      Saya tidak begitu arif mengenai persoalan ini. Tetapi saya sudi berkongsi ilmu yang telah saya perolehi dari beberapa sumber (kajian).
      Berdasarkan sumber, persetubuhan ketika haid mempunyai risiko yang lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan boleh membawa pelbagai jenis penyakit dari kelamin iaitu seperti STD (sexually transmitted disease) – contohnya: genital warts, herpes, gonorea dan chlamydia. Kerana darah haid mempunyai monotoksid.
      Sumber juga turut mengatakan yang persetubuhan semasa haid boleh juga menyebabkan kemandulan. Selain itu, persetubuhan ketika haid boleh menyebabkan pendarahan berlebihan pada wanita; mungkin kerana vagina sangat lembut ketika itu. Wallahua’lam.
      Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
      Saya mencadangkan membuat rujukan tambahan (tersendiri)

  13. rose says:

    assalamualaikum. saya nak tanya, apakah hukum sekiranya saya tlh suci drpd haid, tp saya x mandi wajib lg. Kemudian saya melakukan hubungan seks bersama suami saya. tp haid saya mmg benar2 sudah habis.

  14. Puan Tuti says:

    Salam,
    Saya dgn suami dah 7 hari x bsama..bila nak bersama,sy tiba2 keluar haid,jadi suami kena btahan lagi 7 hari..malangnya haid sy kali ni lebih lama dr biasa..suami sudah tidak tahan,sy cuba nak lakukan seks oral tetapi dia mahukan seks berat..sy juga begitu,last2 kami lakukan juga seks,tetapi suami sy memakai kondom..perkara ini blaku diluar kawalan kami..apa pendapat encik?

  15. anne says:

    saya nak tya, bagaimana untuk melakukan oral seks bersama suami semasa isteri dlm haid. apakah cara mengulum saja akan membuatkan si suami mencapai klimaks? bagaimana pula cara memegang/membelai zakarnya? saya sangat ingin tahu cara dan teknik yang paling sesuai dan tidak bercanggah dengan islam untuk tujuan kepuasan suami sj…plzzzz

  16. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum Ustaz..Apakah hukum jika kita memegang kemaluan isteri yang masih dlm keaadan Haid sehingga klimaz. Dan apakah hukumnya pula jika kita memegang kemaluan isteri ketika haid tetapi dalam keadaan berlapik (not direct contact) sehingga isteri klimaz. Apakah balasan yg akan diterima jika berbuatan yg disebut diatas adalah haram disisi agama. Bagaimana kita untuk bermuhasabah supaya perkara ini tidak akan berulang lagi…

  17. puan keju says:

    salam…
    saya sudah habis period..dan telah besama suami. kemudian setelah 3-4 hr ada darah keluar..tak banyak tetapi sikit2..ianya berterusan selama beberapa hari. jika suami meminta dan kami mengadakan hubungan sex..adakah itu dikira haram..dan adakah darah itu darah haid?

    • Salam puan. Untuk hal ini adalah lebih baik puan bersuci semula. Ada kemungkinan besar ianya darah haid. Jikalau suami melakukan hubungan dengan puan tanpa mengetahui darah masih belum berhenti, hukumnya tidak haram.

      Tapi jikalau setelah mendapati darah masih lagi keluar, tidak boleh lakukan hubungan intim. Puan perlu mandi wajib dulu.

  18. wan says:

    kalu saya rangsang isteri sampai klimaks dibahagian bwh dari pinggang ketika isteri haid adakah berdosa?

  19. Pn. Azis says:

    Assalamualaikum,
    Saya mempunyai kemusykilan tentang seks yang dilakukan ketika isteri sedang haid. Bagaimana jika sumai menggunakan jarinya di kemlauan isteri (tidak dimasukkan terlalu dalam) untuk membuatkan isteri klimaks ketika isteri sedang haid, dan ketika itu darah seakan sudah tiada (hampir kering). Alasannya utk memberikan kepuasan kepada isteri (kerana isteri jenis susah klimaks)walaupun sudah dipujuk agar suami tidak melakukannya.Sila En. Khairul berikan komen…

  20. Nak share says:

    BERSETUBUH KETIKA HAID : PENJELASAN SYARAK MENGENAINYA
    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    1. Apakah Dia Kaffarah Kerana Bersetubuh Ketika Haid Itu?

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu‘ Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya bagaimana dengan keadaan seseorang yang mendatangi (menjimak atau menyetubuhi) isterinya pada ketika haid. Baginda lalu bersabda:

    Maksudnya: “(Dia) bersedekah dengan satu dinar atau setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)……….

    2. Bersetubuh Setelah Kering Darah Haid Tetapi Belum Mandi

    Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama-ulama Syafi‘e mengatakan apabila perempuan yang haid itu sudah kering darahnya, maka terangkatlah beberapa perkara yang diharamkan ke atasnya seperti puasa, talak dan zhihar…..

    Teruskan membaca, http://ustaznaim.blogspot.com/2009/07/bersetubuh-ketika-haid-penjelasan.html

    Sangat membantu InsyaALLAH. Moga Allah permudahkan kita memahami tuntutan agama kita (deen Islam) yang sebenarnya memelihara kita.

    waAllahualam.

  21. shieda says:

    bagaimana klu sya telah bersetubuh dgn suami saya dlm keadaan haid dgn secara tidak sengaja..tp slps kami mgadakan hubungan seks,kami terus mcucinye dgn sgera….adakah sye kn mgalami pyakit pd kn dtg??

  22. Azhar says:

    Salam, tumpang tanye ye?

    Saya baru sahaja berkahwin dan baru baru ini saya telah bersetubuh dgn isteri saya ketika dia masih lagi mempunyai haid. Saya juga telah melakukan hubungan kelamin (melalui farajnya) kerana ketika itu kami berdua sedang terangsang.

    Soalan saya:

    1. Adakah saya mempunyai risiko utk menghidapi penyakit?
    2. Apakah kemunkinan yang akan terjadi pada isteri dan saya sendiri?

  23. pn. syafa says:

    assalam.. saya ingin tahu tentang hal ini. baru-baru ni suami saya melakukan hubungan kelamin semasa saya sedang haid. dan selepas dari itu, pada kitaran haid seterusnya..haid tak datang.. saya buat pregnancy test… keputusan negatif. tetapi kenapa haid tetap tak datang..? bimbang saya di buatnya.. harap boleh bagitahu apa penyebabnya..tQ.

  24. kak leha says:

    salam,,, sye nak tnye,,, adakah kita akan hamil jika bersetubuh ketika haid,, dan air mani leleki masuk ke dalam fajar kite.

  25. sam says:

    Salam,

    saya ingin bertanya satu soalan. Ketika isteri saya dalam keadaan berpantang (kerana keguguran), saya tidak dapat menahan nafsu dan akhirnya melakukan seks oral. isteri saya memberitahu, dia turut mencapai klimaks. Apakah adanya risiko isteri saya terkena penyakit kelamin atau penyakit bahaya yang lain?

    Mohon penjelasan

  26. Perlukan_ilmu says:

    bagaimana kalau melalukan persetubuhan dengan memakai kondom ketika haid??

  27. rungsing says:

    saya nak tanya, suami saya mahukan seks di bahagian dubur.
    masalhnya adakah seks di bahagian dubur boleh menyebakan mandul atau apa2 jangkitan?.

  28. busu says:

    saya pernah melakukan seks dgn isteri saya beberapa kali ketika dalam keadaan haid,persoalan saya apakah saya diwajibkan bayar denda atau kifarah??

  29. shawari says:

    salam..ustaz saya telah menyetubuhi isteri saya yang belum mandi wajib..dia telah memaklumkan pada saya..tetapi sy tidak dpat mengawal diri…sy pun tidak pasti yg bahawa sy tidak boleh menyetubuhi isteri sy yg belum mandi wajib.mcm mana yer ustaz..pening2..apa yg sy perlu lakukan

  30. pn.milo says:

    haid isteri dah tidak kelihatan, sang suami memasukkan zakarnye, selepas persetubuhan, darah haid yang tinggal sisa itu keluar lagi. bgaimana pula? perlukah si istri brjumpa dengan doktor untuk kepastian bahawa tiada sebarang penyakit??

  31. ingin tahu says:

    salam
    dalam kes sy, sy dtg haid ketika sedang bersama suami.haid blm keluar sblm bersama.selepas bersama, baru perasan yang darah haid melekat di zakar suami (semasa bersama dalam gelap jadi tak nmpk darah keluar).kemudian darah haid saya masih tidak turun mcm biasa.selepas beberapa jam baru darah haid turun.dari segi hukum mcm mn ya?sbb kami tak sengaja.dan dari segi kesihatannya pula mcm mana?sy risau jika dijangkiti apa2 penyakit.

    dan sy ingin menanyakan bagaimana hendak mandi wajib…kerana slepas bersetubuh baru sy perasan yang sy telah dtg haid.

  32. nurul says:

    Bagaimana pula jika saya didatangi haid.kemundian bersetubuh tetapi menggunakan kondom?

  33. amir says:

    Assalamualaikum na tanya ni ketika isteri bru na abis period tpy ad lgi sedikit lgi haid nye suami nye ingin bersetubuh dan ap risiko nye.ketika itu ?

  34. Nurul says:

    Shri lpas hbis uzr sy bsma suami..tp scre tak lgsug msih keluar darh haid skit..boleh mengandung k?nak tao

  35. Tidak tahu says:

    Saya telah melakukan hubungan sex bersama isteri ketika dia sedang haid…so apakah kesan nya???

  36. Hangsilas says:

    Saya ingin tahu
    Saya bersetubuh dengan isteri saya ketika dia sedang haid….dan lepas hubungan itu kami terus mencuci kemaluan masing2
    Adakah akan memberi kesan apa apa???

  37. no name says:

    Assalamualaikum
    Saya telah melakukan hubungan sex bersama isteri
    ketika dia sedang haid pada hari je 3…so apakah kesan nya??? adakah saya dpt penyakit ??
    nk tahu sngt2

  38. Cunna says:

    salam ,
    saya telah melakukan sex bersama suami dan dia telah mengeluarkan airmani nya ke rahim saya . adakah saya berkemungkinan akan mengandung ??

  39. ingin tahu says:

    Ustaz sy ad soalan,bagaimana cara pembayaran kifarah dan hukumnya jika suami isteri melakukn hubangan kelamin ketika haid belum kering?dan jika tidak mampu membayar kifarah bagaimana?mintak ustaz perjelaskn terima ksh

  40. salman says:

    assalammualaikum. .
    mau tanya … ketika mlakukan seks bersama istri dan membuang air mani ke dlam vagina istri ketika istri haid.. adakah itu istri akan mngandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>