Senarai Bajet Untuk Perkahwinan Anda

Aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah perkahwinan yang sempurna ialah bajet perkahwinan. Perkara ini perlu diambil kira dengan sedalam-dalamnya agar majlis perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar. Selain itu, perlulah anda ingat dan tetapkan bajet di bawah kemampuan sebenar anda.

Bergantung kepada kedudukan kewangan anda sebelum berkahwin dan pekerjaan anda. Jika anda terlebih bajet, takut-takut nanti kesan buruknya terpaksa anda tanggung selepas perkahwinan anda.

Ingat! Masalah kewangan merupakan punca Nombor 1 yang menyebabkan perceraian berlaku di kalangan pasangan suami-isteri Islam di Malaysia ini. Ini merupakan fakta yang dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM.

Ok, kita releks-releks dulu, jangan poning-poning memikirkan masalah tak cukup bajet untuk nak kahwin kay :-)

Dalam artikel kali, saya akan berkongsi bersama anda beberapa panduan untuk menetapkan bajet perkahwinan. Anda boleh jadikan perkongsian saya ini sebagai ‘guideline’ sewaktu membuat persiapan perkahwinan anda.

  • Kad Jemputan. Anda tidak perlu tetapkan bajet yang tinggi dan beli kad kahwin yang mahal-mahal. Sebabnya, tujuan utama anda beli kad kahwin ialah untuk menjemput para tetamu untuk hadir ke majlis Walimatul ‘Urus anda. Lagi simple, lagi baik. Sebab nanti lepas majlis selesai, adakah anda yakin 100% yang kad kahwin anda akan disimpan oleh tetamu jemputan anda itu untuk di buat perhiasan di ruang tamu rumah mereka? Oh!
  • Mas Kahwin & Wang Hantaran. Untuk mas kahwin, ia bergantung kepada setiap negeri tempat yang anda ingin langsungkan majlis penikahan anda. Manakala untuk wang hantaran pula ia ditetapkan boleh keluarga pihak perempuan. Cuba lah berbincang bersama untuk mendapatkan persetujuan mengenai wang hantaran. Untuk keluarga belah perempuan, jangan tetapkan tinggi-tinggi. Anda bukan nak “jual” anak dara anda. Takut nanti kalau pihak lelaki tak mampu, majlis perkahwinan anda tidak dapat diteruskan. Tak baik kan tangguh-tangguhkan benda baik ni.
  • Cincin Perkahwinan. Anda boleh berbincang bersama pasangan untuk membeli cincin bagaimana. Ikut kemampuan anda yang anda sendiri selesa. Memadai jika hanya membeli cincin emas kuning belah rotan. Tak perlu nak beli mahal-mahal seperti cincin berlian yang harganya puluh-puluh ribu.
  • Barang Hantaran. Untuk jumlah barang hantaran, memang tiada sebarang ketetapan yang khusus. Jika anda mempunyai bajet yang sederhana dan rendah, anda boleh lakukan balasan seperti ‘7 dulang berbalas 9′. Ini merupakan tetapan yang biasa bagi kebanyakkan majlis perkahwinan. Pastikan juga barang-barang hantaran tersebut boleh anda gunakan selepas majlis perkahwinan anda.
  • Lokasi. Kalau anda mempunyai kemampuan dan bajet anda besar, boleh lah anda adakan di hotel atau kelab-kelab eksklusif. Jika bajet anda sederhana, memadai anda buat di dewan atau rumah anda sendiri.
  • Pelamin. Untuk pelamin, anda dinasihatkan untuk luangkan masa melakukan survey bagi mendapatakan harga yang paling menjimatkan. Tak mengapa anda ambil masa lama untuk buat survey. Ini kerana, memang terdapat banyak butik di luar sana yang menawarkan harga-harga yang lebih berpatutan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak anda.
  • Mak Andam. Jika anda ingin lebih jimat, anda boleh ambil terus pakej yang disekalikan dengan pelamin, alas dulang, dulang hantaran, baju bersanding dan aksesori. Kalau anda hanya ambil khidmat Mak Andam secara berasingan, takut nanti anda akan dikenakan bayaran lebih mahal.
  • Baju Persandingan. Lebih baik anda hanya menyewanya, tak perlu beli. Ini kerana, baju pengantin anda hanya pakainya sekali seumur hidup. Tidak munasabah rasanya dengan harga yang mahal dan akhirnya anda hanya jadikan koleksi peribadi dalam almari baju anda jika anda membelinya.
  • Katering & Kanopi. Tetapkan bajet anggaran makanan yang anda tempah melebihi sedikit daripada jumlah tetamu anda. Ini bagi mengelakkan masalah tak cukup makanan nanti. Biasanya khidmat katering akan dipakejkan sekali dengan sewa kanopi.
  • Kompang. Nak lagi meriah dan nampak lebih menarik majlis perkahwinan anda, anda boleh sewa khidmat pasukan kompang. Jadikan ini sebagai salah-satu cek-list item persediaan majlis perkahwinan anda.
  • Bunga Telur & Door-Gift. Anda boleh jimatkan kos dengan buat sendiri. Beli bahan-bahan dan anda boleh bergotong-royong bersama sanak-saudara atau ahli keluarga anda untuk sediakan door-gift.
  • Jurufoto. Jika anda mempunyai rakan-rakan terdekat yang mempunyai kemahiran fotografi, anda boleh upah sahaja dia. Berbanding anda dapatkan khidmat fotografer profesional yang menelan belanja hingga melebihi RM1000.

Anda boleh lah jadikan poin-poin di atas sebagai cek-list dalam membuat persediaan hari bahagia anda. Semoga panduan ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam menetapkan bajet perkahwinan anda.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu klik butang biru Share di sebelah kanan sudut atas imej artikel ini.

Untuk senarai lengkap bajet sebuah perkahwinan dan merancang sebuah majlis perkahwinan yang sempurna, anda boleh dapatkan panduan Perancangan Perkahwinan di sini. Klik sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

10 Responses to “ “Senarai Bajet Untuk Perkahwinan Anda”

  1. lina says:

    hi..awak kalau nak wedding planner, awak bole search kat facebook Issyaz Wedding Enterprise or tuannya Areen Isrien atau 0134359383

  2. farihan says:

    mcmne saya nk share trus note nie kat akak saye yang nk kawin…

  3. fikri says:

    sy ada sediakan perkhidmatan pa system dgn harga yg berpatutan di sekitar KL dan selangor…klu berminat bleh col sy..0194612156..thank

  4. Fadli Izhar Rasd says:

    Kami ada menyediakan perkhidmatan menyewa khemah,camera/video shoot,sound system,pelamin dan andaman.Berminat,sila hubungi kami.0102201811.Fadli Izhar Rasid.

  5. Norrus says:

    macam mana nak email kan article2 ni kat kawan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>